Showing posts with label RinggitJatuhLagi. Show all posts
Showing posts with label RinggitJatuhLagi. Show all posts

Saturday, 19 November 2016

[Video Anda semua yang masih muda] #RinggitJatuhLagi "Orang Putih ke, Orang Hitam ke, Orang Chocolate ke, Orang Kuning ke, KITA SEMUA ORANG MALAYSIA.

Ahad, 20 November 2016

#BREAKINGNEWS .. Semakin hampiri RM5
Terkini USD$1 = MYR4.41

Syukur..
"Akulah paling gembira bila ringgit jatuh" -Nazri Aziz

"GST selamatkan M'sia dari kejatuhan ringgit" -Ahmad Maslan

"Nilai ringgit masih kukuh berbanding matawang dunia" -Ahmad Maslan

"Ringgit jatuh baik untuk pelajar asing" -Idris Jusoh

Tapi TV3suku bgtau satu negara ringgit TAK AKAN CECAH RM4 TAHUN LEPAS & TAHUN INI.. KOH!! KOH!! KOH!!

Tak heran pon Malaysia MAKIN JAHANAM jika penyangak #MO1 berterusan urustadbir negara..

Masih gah nak laungkan Hidup Melayu di PWTC ??

#RinggitJatuhLagi

Aishah bawa Bahtera Merdeka, Susan dan Najwa titip doa

Seperti selalu himpunan BERSIH turut mendapat perhatian kalangan artis di negara ini sama ada secara langsung atau tidak.
Menurut pemerhatian sederhana Malaysiakini sekurang-kurangnya tiga artis menunjukkan - atau membayangkan - mereka mengikuti perkembangan terkini himpunan hari ini.
Paling ketara ialah penyanyi popular yang juga tokoh Parti Amanah Negara (AMANAH), Aishah.
Penyanyi Cinta Beralih Arah itu dilihat bukan saja hadir dalam perhimpunan BERSIH5 malah turut diberi peluang mendendangkan lagu.
Ketika suasana hangat dengan keghairahan peserta berbaju kuning Aishah menyampaikan lagu Bahtera Merdeka di Bangsar.
Ia sekali gus menaikkan semangat peserta BERSIH5 yang turun ke jalan raya untuk mendesak reformasi dalam sistem pilihan raya negara, selain memperkasa demokrasi berparlimen.
Aishah pernah aktif bersama PAS dan menjadi calon parti itu dalam pilihan raya umum lalu.
Bagaimanapun selepas kumpulan sederhana dalam parti itu diketepikan, Aishah menarik diri dan menyertai AMANAH.
Seorang lagi artis yang memberi reaksi kepada BERSIH5 ialah pelakon Susan Lankester.
Menggunakan dialog popularnya dalam filem Mekanik Susan menulis di Twitter: "Orang Putih ke, Orang Hitam ke, Orang Chocolate ke, Orang Kuning ke, KITA SEMUA ORANG MALAYSIA. A peaceful rally. Stay strong. #Bersih5".
So glad we are all peaceful Malaysians. Thank you for today. Love and Light to our Country 🙏🏻☮🇲🇾

Ketika perhimpunan sedang berlangsung Susan menulis: "Red shirts are carrying sticks now. Please be careful. #Bersih5" (Baju Merah membawa kayu sekarang. Tolong berhati-hati).
Selepas BERSIH5 berakhir dan peserta bersurai Susan yang baru-baru ini muncul dalam filem Redha menulis lagi: "So glad we are all peaceful Malaysians. Thank you for today. Love and Light to our Country (Sungguh gembira kita semua rakyat Malaysia yang aman. Terima kasih untuk hari ini. Cinta dan cahaya untuk negara kita)."
Turut menarik perhatian ialah penyanyi Najwa Mahiaddin. Meski pun sangat ringkas, berkias dan sederhana mesej itu dapat diagak dengan mudah disasarkan kepada BERSIH5.
"Stay safe," tulisnya di Twitter diiringi simbol hati berwarna kuning.
Seperti diketahui Najwa ialah anak kepada Tan Sri Muhyddin Yassin yang kini mengetuai parti baru untuk perjuangan politiknya.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu hadir ke tengah orang ramai hari ini bersama bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pada himpunan BERSIH tahun lalu seorang lagi selebriti memberikan sokongan terbuka kepada gerakan berkenaan.
Malaysiakini pada 1 September melaporkan Soo Wincci memberi sokongan kepada BERSIH4 yang diadakan selama dua hari.
Menggunakan media sosial Soo memuat naik klip video pendek meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan dan "memberi ruang kebebasan kepada rakyat Malaysia".
Dalam pesanan itu Soo berkata, Najib sudah berada "di atas pentas" terlalu lama dan ia kini "amat sesak".
Malaysiakini.
Read More

Thursday, 6 August 2015

#RinggitJatuhLagi...Menteri Kewangan (Najib) Kat, Kat Mane?

Khamis, 6 Ogos 2015

Program Transformasi Ekonomi (ETP) ciptaan Najib semakin berjaya.

PECAH REKOD !!!.. Ringgit Jatuh Lagi RM3.89 like emoticon
.. Bila NAK CECAH RM4.00 !!!

3 hari lps.. (3/8/2015) : RM3.85
2 hari lps.. (4/8/2015) : RM3.87
Semalam.. (5/8/2015) : RM3.88
HARI INI.. (6/8/2015) : RM3.89

SEJARAH TAK MENIPU..
Sejak UMNO/BN memerintah negara berpuluh2 tahun lamanya nilai matawang negara terus jatuh DAN TERUS JATUH MERUDUM !!!

APA YANG NAIK ???
Yang naik hanyalah Najib, Rosmah, anak & menantu terbang NAIK ke luar negara naiki jet mewah VVIP kerajaan.. DAN kos sara hidup rakyat terus NAIK !!!

#RinggitJatuhLagi


Menteri Kewangan Kat Mana? Ringgit turun jadi RM3.91 per 1USD dah ni..


Bagi tahu kat dia.. tak payah sibuk nak buat pengumuman pasal MH370 tu.. bukan kerja dia.. serahkan kepada Menteri Pengangkutan.

Kat Indonesia hari tu ada juga Kapal Terbang jatuh, tapi Presiden Indonesia tak nampak pun menyibuk buat pengumuman pasal operasi mencari dan hasil operasi mereka..

Diserahkannya kepada pihak yang sepatutnya menjelaskan iaitu Pengarah Operasi saja.. tak ada pun dia nak menempek menumpang glamour dalam sebarang sidang media mereka itu..

Petang ini.. biarpun ada laporan yang mengatakan Bank Negara telah menggunakan RM5 Billion untuk cuba mengukuhkan nilai ringgit.. namun ia terbukti gagal kini..

Ringgit jatuh ke paras terendah setelah tidak lagi diikat pada kadar RM3.80 untuk sedolar Amerika Syarikat (AS) pada 2005.

Setakat jam 4.30 petang ini, ringgit dinilai pada 3.9083 berbanding satu dolar AS.

 The Malaysian ringgit has tumbled to a new low since it was unpegged from its fixed rate of 3.80 in 2005. As of 4.30pm, the ringgit was valued at 3.9083 to the US dollar.

The ringgit has been falling at an accelerated rate in recent months from around RM3.20 to US$1 a year ago.

Among the factors attributed for the weak currency include falling global oil prices which has impacted the country's revenue as well as political instability.

Prime Minister Najib Abdul Razak has been struggling to defend his position amid allegations that RM2.6 billion was deposited into his private bank accounts.

Domestic manufacturing have also been hit amid rising cost following the introduction of the Goods and Services Tax (GST) in April.

Malaysia's manufacturing sector continues to worsen in July to the second-weakest in over two-and-a-half years, according to the latest survey from the Nikkei and Markit Economics released on Monday.

According to the Nikkei manufacturing purchasing managers' index, Malaysia's score rose slightly from 47.6 to 47.7.

Any reading under 50 indicates a contraction in activity. It attributed the further decline in July to "poor demand and challenging economic conditions" ~ Malaysiakini

Kerja yang dia patut buat, dia tak buat.. menyibuk dengan kerja orang lain pula.. nak tunggu apa?

Nak tunggu 1USD sama dengan RM10.00 baru nak bertindak?..

Itulah!! Jawatan mahu tapi kerja tak tahu nak buat!!.. lingkup negara...

Posted by Anak Sungai Derhaka 
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena