Showing posts with label Sarawak Report. Show all posts
Showing posts with label Sarawak Report. Show all posts

Saturday, 11 February 2017

[Video] Kenapa PAS Ambil Alih Peranan UMNO? Sah, Pas belum saman Sarawak Report.

Ahad, 12 Februari 2017

Sah, Pas belum saman Sarawak Report

Sarawak Report menafikan bahawa Pas telah memulakan tindakan undang-undang terhadap laman web itu kerana mendakwa kepimpinan kanan parti Islam itu menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Sehingga hari ini, kami boleh mengesahkan bahawa Pas belum lagi memulakan sebarang tindakan undang-undang terhadap Sarawak Report," kata Sarawak Report dalam satu kenyataan.
Pihaknya menegaskan demikian sebagai membetulkan kenyataan Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man Jumaat lalu bahawa parti itu akan mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas Naib Presiden Pas Datuk Husam Musa seperti yang dilakukan terhadap Sarawak Report.
Husam menerusi satu klip video ceramahnya yang kini ditularkan melalui media sosial mendakwa Pas menerima wang RM90 juta daripada Umno seperti didedahkan Sarawak Report.
Beliau juga mendakwa wang itu disalurkan melalui sebuah bank tempatan, Affin Bank.
Mengulas lanjut, Sarawak Report yang berpengkalan di UK berkata, dua bulan lalu seorang pimpinan Pas menghantar surat tuntutan melalui peguam di United Kingdom (UK) mengandungi tuntutan agar Sarawak Report menarik balik artikel yang didakwa memfitnah parti itu.
Sarawak Report mendakwa sejumlah RM90 juta dipercayai dimasukkan ke akaun pimpinan kanan Pas.
Transaksi itu, katanya, antara usaha Najib untuk memikat kepimpinan Pas agar menyokong Barisan Nasional dan Umno.
Walau bagaimanapun, Pas tidak mengambil apa-apa tindakan selepas seminggu tuntutan itu dibuat.
"Membayar seorang peguam untuk menulis surat adalah tidak sama dengan mengambil tindakan undang-undang," jelas Sarawak Report.
Justeru pihaknya berpandangan, Pas tidak mempunyai fakta yang cukup untuk menyaman Sarawak Report.
"Selepas dua bulan berlalu, kami menganngap Pas menipu. Kami mengesyaki peguam Pas sendiri sudah memberi nasihat yang sama, menjelaskan kegagalannya untuk memfailkan writ," katanya lagi.
Sarawak Report juga menasihatkan ahli Pas yang mendakwa bahawa parti Islam itu telah memfailkan saman terhadap laman web itu agar meneliti semula dakwaan itu.
"Bolehkah mereka bercakap bohong di bawah undang-undang hudud yang sedang diperjuangkan.
"Pas juga perlu mengambil kira kos memulakan saman fitnah di UK, ang menelan berjuta-juta ringgit, sudah pasti ahlinya mahu tahu di mana mereka mendapat wang itu?" katanya.
Read More

Sunday, 19 July 2015

Wahai kerajaan Malaysia! Sila Saman bukannya Halang Akses Sarawak Report - Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN

Isnin, 20 Julai 2015

Sila Saman bukannya Halang Akses Sarawak Report wahai kerajaan Malaysia

KENYATAAN MEDIA

SAMAN, BUKAN HALANG AKSES SARAWAK REPORT

Halangan akses kepada laman web Sarawak Report oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini amat dikesali dan cukup membimbangkan bagi pengamal media, aktivis hak asasi manusia, dan rakyat Malaysia. Walaupun laman tersebut kini memaparkan mesej "Laman sesawang ini tidak dapat diakses di Malaysia kerana kandungannya melanggar undang-undang negara", kemungkinan besar salah satu sebab utama Sarawak Report dihalang bagi pengguna internet di Malaysia kerana rencana-rencana menggempar mengenai isu 1MDB.

Kerajaan Malaysia sepatutnya tidak menggunakan langkah-langkah kukubesi seperti ini - ada pelbagai cara untuk mengatasi halangan akses, malah sesiapa sahaja yang tahu mengguna Google boleh mencari jalan penyelesaian - dan hadapi isu dengan berlaku jujur terhadap rakyat Malaysia mengenai isu 1MDB yang dibawa bukan sahaja Sarawak Report malah media antarabangsa lain seperti Wall Street Journal, atau dengan memfail saman terhadap pengendali laman web Sarawak Report dan bawa mereka ke mahkamah.

Tindakan terkini ini, yang berlaku selepas "exposé" janggal Datuk Abd Rahman Dahlan, mengukuhkan persepsi umum bahawa pentadbiran Dato' Sri Najib Razak sudah kehilangan terlalu banyak kredibiliti dan terpaksa "mengecam pemberi maklumat". Kalau boleh dipinjam kata-kata Rahman Dahlan sendiri, "Malangnya, Putrajaya memilih untuk tidak memperdulikan mesej itu dan sebaliknya memburuk-burukkan dan mengecam pembawa mesej itu." Putrajaya patut mendengar nasihat menterinya sendiri.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN
Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN

19 Julai 2015
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena