Showing posts with label Sirul. Show all posts
Showing posts with label Sirul. Show all posts

Wednesday, 25 February 2015

[Video] BETULKE SIRUL MENGARUT?...Sirul hanya mengucapkan "terima kasih" dengan suara yang sebak...

Rabu, 25 Februari 2015
Bekas komando polis Koperal Sirul Azhar Umar yang didapati bersalah membunuh warga Mongolia Altantuya Sharibuu berkata, beliau berterima kasih kepada kerajaan Australia kerana memberi pelindungan kepadanya sepanjang ditahan di negara itu. 

Pada telesidang bersama Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar pada kira-kira jam 1.28 petang, Sirul berkata beliau tidak berhasrat untuk membuat sebarang kenyataan dalam waktu terdekat. 

Bagaimanapun, bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu berkata, beliau akan memberi kenyataan pada waktu yang sesuai.

Saya dedah waktu sesuai, kata Sirul

Bekas anggota polis Sirul Azhar Umar berkata, beliau berterima kasih kepada kerajaan Australia kerana memberi pelindungan kepadanya sepanjang beliau ditahan di negara itu.

Dalam telesidang bersama Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar pada kira-kira jam 1.30 petang, Sirul berkata beliau tidak berhasrat untuk membuat sebarang kenyataan dalam waktu terdekat.

Bagaimanapun, bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu berkata, beliau akan memberi kenyataan pada waktu yang sesuai.

"Saya menghormati sepenuhnya pemerintahan kerajaan Australia yang mana saya sekarang bawah lindungan pihak Asutralia. Dan saya perlu menghormati negara Australia.

“Saya tak berhasrat untuk membuat kenyataan di masa ini. Bagaimanapun saya akan cuba membuat satu kenyataan dari masa ke semasa dan apabila waktu sesuai," katanya yang bercakap selama kira-kira tiga minit melalui pembesar suara telefon bimbit Mahfuz.

Selepas itu, Sirul hanya mengucapkan "terima kasih" dengan suara yang sebak dan meletakkan telefonnya tanpa mengambil sebarang soalan daripada pemberita.

Telesidang yang sepatutnya diadakan pada jam 11.33 pagi tadi tidak diadakan selepas Mahfuz tidak dapat menghubungi Sirul walaupun percubaan berkali-kali dibuat selama kira-kira 40 minit.

Talian telefon termasuk beberapa orang pemberita yang berada di ibu pejabat PAS turut terganggu ketika sidang media itu diadakan.

Bagaimanapun, pada jam 1.10 petang, Mahfuz kemudian mendapat panggilan telefon daripada Sirul yang mengatakan bahawa bekas anggota polis itu sedang menantikan panggilan daripada Mahfuz.

Sirul kini ditahan di pusat tahanan Villawood, Sydney dan tidak boleh dibawa balik ke Malaysia kerana ia melibatkan hukuman mati.

Sirul boleh dibawa pulang sekiranya Malaysia berjanji untuk tidak menjalankan hukuman mati terhadap Sirul.

Australia merupakan salah sebuah negara yang tidak memperuntukkan hukuman mati dalam undang-undangnya.
Kedahkini.
Read More

Monday, 23 February 2015

Panas! Sirul membuat 'missed call' aje dari Autralia...Panas!, cuaca semakin panas!

Isnin, 22 Februari 2015

PANAS: MAHFUZ TUNJUK BUKTI SIRUL HUBUNGI BELIAU HARI I



Selepas hampir 2 jam, Sirul hubungi kembali Mahfuz


Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar menunjukkan teks pesanan ringkasnya dengan Sirul Azhar Umar kepada media pada sidang media pagi tadi di ibu pejabat PAS, Kuala Lumpur. 

Selepas hampir 2 jam, pembunuh Altantuya Shaariibuu, Sirul Azhar Umar berjaya dihubungi Datuk Mahfuz Omar kira-kira jam 1.10 petang tadi.

Ketua Penerangan PAS itu berkata, Sirul membuat 'missed call' padanya dan apabila Mahfuz cuba menelefonnya, bekas anggota Unit Tindakan Khas itu memberitahu sudah bersiap sedia menunggu panggilan ahli Parlimen Pokok Sena itu sejak pagi tadi untuk telesidang yang dijanjikan pada 11.30 pagi tadi.

Dalam perbualan telefon itu, Sirul mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia di atas sokongan yang diberikan kepadanya dan turut berterima kasih pada kerajaan Australia kerana melindungi dirinya.

"Sirul juga ada mengatakan beliau akan mematuhi peraturan di pusat tahanannya di Australia.
Namun, beliau tidak akan bercakap lebih daripada apa yang diberitahu kepada Malaysiakini," kata Mahfuz kepada The Malaysian Insider.

Mahfuz berkata, Sirul hanya akan memberitahu perkara selebihnya pada waktu yang sesuai.

Minggu lepas, Sirul memberitahu Malaysiakini beliau bersama Ketua Inspektor Azilah Hadri hanya menerima arahan dan pembunuh sebenar masih bebas.

"Walaupun kebanyakan pihak media yang sudah pulang dan hanya tinggal beberapa saja, tetapi bagi saya inilah masanya untuk menelefon Sirul kerana pagi tadi kebanyakan daripada kami tidak berjaya menghubunginya disebabkan gangguan talian.

"Saya kata padanya, saya sudah cuba menghubungi beliau dengan tiga nombor yang berlainan namun tidak berjaya kerana gangguan talian," katanya.

Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu dijadualkan mengadakan telesidang secara langsung bersama media Malaysia anjuran PAS pada jam 11.30 pagi ini tidak berjaya dihubungi apabila ketua Penerangan PAS itu cuba menghubunginya untuk beberapa kali gagal.

Pada masa sama, pihak media yang menunggu sejak jam 11 pagi mempersoalkan bagaimana mereka dapat mengenal pasti individu yang dihubungi Mahfuz itu adalah benar-benar Sirul yang disabitkan bersalah dalam kes pembunuhan Altantuya.

Mahfuz bagaimanapun menunjukkan perbualan akhir beliau bersama Sirul menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) di pusat tahanan Imigresen di Australia sebagai bukti.

Sirul dan Azilah disabitkan bersalah dalam kes pembunuhan Altantuya dan dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari lalu.

Bagaimanapun Sirul tidak hadir semasa mahkamah menjatuhkan hukuman dan berada di Australia.


Kedahkini.
Read More

Sunday, 22 February 2015

'Jelmaan Altantuya? Pada pukul 11.33 pagi' Isnin...Telesidang dengan Sirul esok diteruskan...

Ahad, 22 Februari 2015

Telesidang dengan Sirul esok diteruskan

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, sidang media secara telesidang bersama Sirul Azhar Umar tetap diadakan esok.


Walaupun terdapat laporan yang mengatakan Jabatan Imigresen Australia tidak membenarkan sebarang temubual diadakan bersama bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu, namun Mahfuz berkata sidang media tetap dijalankan dan sebarang kemungkinan hanya akan diketahui esok.

"Ya, tetap akan dibuat. Pada pukul 11.33 pagi. (Sebarang kemungkinan) tak tahu. Esok baru kita akan tahu. Selama ini saya ada telefon dia (Sirul), bercakap dengan dia dan saya pun ada e-mel dengan dia.

"Saya dah dapat persetujuan dia dulu, baru saya umumkan mengenai sidang media itu dan dia setuju," kata Mahfuz ketika dihubungi Malaysiakini.

Sebelum ini, seorang jurucakap imigresen Australia memberitahu, jabatan tersebut tidak meluluskan sebarang temubual televisyen dengan Sirul yang kini ditahan di pusat tahanan Villawood, Sydney.

Bagaimanapun, Jabatan Imigresen Australia tidak menolak kemungkinan Sirul memberi temubual kepada media jika proses permohonan yang sepatutnya, dipenuhi.

Sirul sebelum ini turut berkata, dia kini berunding dengan stesen televisyen Australia untuk ditemubual dan akan mendedahkan siapa yang didakwanya mengarahkan untuk menembak wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Malah, pada Jumaat lalu, Mahfuz pula memberitahu bahawa dia akan mengadakan sidang media melalui telefon bersama Sirul selama 15 minit di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur.

sumber Malaysiakini
Batu vs kayu.
Read More

Friday, 20 February 2015

PAS akan mengadakan telesidang selama 15 minit bersama Sirul pada Isnin...Siapa "Bakal Cabut Lari?"

Jumaat. 20 Februari 2015
15 minit telesidang dengan media bersama Sirul pada Isnin 
Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar ketika di luar kedutaan besar Australia pada 9 February lalu. Beliau berkata hari ini bahawa PAS akan memberi peluang bagi media tempatan bertemubual dengan Corporal Sirul Azhar Umar yang kini di tahan pihak imigresen Australia, pada hari Isnin. – Gambar The Malaysian Insider, 20 Februari, 2015.
Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar ketika di luar kedutaan besar Australia pada 9 February lalu. Beliau berkata hari ini bahawa PAS akan memberi peluang bagi media tempatan bertemubual dengan Corporal Sirul Azhar Umar yang kini di tahan pihak imigresen Australia, pada hari Isnin. – Gambar The Malaysian Insider, 20 Februari, 2015.

PAS akan mengadakan satu sesi telesidang selama 15 minit bersama bekas komando polis Sirul Azhar Umar yang berada di Australia pada Isnin ini, kata Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar.


Melalui sesi tersebut, yang menghubungkan komunikasi antara peserta di tempat yang berasingan, Mahfuz berkata, Sirul akan berkomunikasi secara terus dengan media tempatan.
Bagaimanapun, butiran terperinci mengenainya masih belum diketahui, katanya pada satu sidang media di ibu pejabat parti PAS di Kuala Lumpur hari ini.
Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu, yang disabitkan bersalah dalam kes pembunuhan model Mongolia Altantuya Shariibuu, dikatakan lari daripada hukuman gantung dan kini berada di Australia.
Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari lalu menjatuhkan hukuman mati ke atas Sirul dan rakan setugasnya, Ketua Inspektor Azilah Hadri, kerana bersalah membunuh Altantuya pada 18 Oktober, 2006 di pinggir bandar Shah Alam.
Pada masa sama, Mahfuz turut mengumumkan yang ibu kepada Sirul akan ke Australia melawat anaknya di pusat tahanan tidak lama lagi.
Katanya, persiapan seperti tiket penerbangan sudah dibeli dan hanya menunggu kelepasan visa.
"Tiket sudah siap tetapi saya tidak boleh umumkan bila tarikhnya. Buat masa sekarang kami sedang menunggu visa."
Mahfuz juga berkata, selain telesidang bersama media tempatan yang dijadualkan pagi Isnin ini, Sirul juga turut menunggu masa yang sesuai menjemput semua media Malaysia dan antarabangsa ke pusat tahanannya di Australia itu.
"Beliau akan memberikan komitmen. Hanya menunggu waktu yang sesuai. Beliau akan memaklumkan pada saya untuk diumumkan kepada media.
"Ia bertujuan supaya adil untuk semua media, dan agar beliau dapat berdepan secara terus dengan mereka," katanya.
Mahfuz juga menyatakan Sirul buat masa ini sedang mengikuti kelas Bahasa Inggeris di pusat tahanannya. – 20 Februari, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/15-minit-telesidang-dengan-media-bersama-sirul-pada-isnin#sthash.jMy2bLIU.dpuf
Read More

Saturday, 17 January 2015

Kita tengok sampai bila drama Sirul akan berakhir!...SIRUL BUAT NAJIB TIDAK TIDUR LENA?

Ahad, 18 Januari 2015

SIRUL BUAT NAJIB TIDAK TIDUR LENA
KEMANA hilangnya Sirul?  Di mana berakhirnya Sirul yang telah dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah kerana terlibat di dalam kes pembunuhan Altantuya?  Jika pesawat MH370 dikatakan oleh Najib berakhir di Lautan Hindi hingga sekarang tidak dijumpai, berakhir di mana Sirul? 

Diberitakan Sirul berakhir di Australia.  Kerajaan Australia dikatakan enggan menyerahkan Sirul kerana mereka tidak iktiraf hukuman bunuh.  Ertinya Kerajaan Australia seperti ada hak pula atas undang-undang di negara ini.  Atau, mereka tahu kisah sebenar kes Altantuya?  Tidak mustahil Sirul di sana telah menceritakan segala-galanya kejadian bunuh Altantuya kepada Kerajaan Australia.  Tidak mustahil 'rahsia besar' negara ini telah pun berada di dalam poket Kerajaan Australia. 

Apakah selepas ini pemimpin negara kita akan dijadikan lembu dicucuk hidung oleh Australia sekiranya 'rahsia besar' ini tidak mahu tersebar?  Sebelum Sirul, ada banyak lagi kes 'ghaib' di dalam negara kita.  Raja Petra masih menjadi buruan tetapi bebas nampaknya mengeluarkan kenyataan dari luar negara.  Seperti tiada usaha untuk mencari Raja Petra.  Maklumlah, bukankah Raja Petra kini telah anti Anwar?  Tidak suka Anwar ertinya suka kepada rejim sekarang.  Suka pada rejim anda boleh selamat. 


Ayah Pin sampai sekarang masih hero.  Pihak berkuasa tidak mampu menandingi kehebatan Ayah Pin.  Beliau masih bebas sekarang.  Mungkin Ayah Pin bukan penyokong PR maka bererti beliau juga pro rejim.  Pro rejim adalah lesen besar untuk selamat.  Sebab itu aku tidak pernah percaya pasukan keselamatan kita hebat sangat.  Orang tua seperti Ayah Pin lebih hebat. 

Kita mahu tonton sampai bila drama Sirul akan berakhir.  Aku dapat rasakan tidor malam Najib sering terganggu selagi Sirul tidak ditamatkan segera.  

DICATAT OLEH WFAUZDIN NS
Read More

Monday, 12 January 2015

Sirul, Azilah dihukum MATI, Sirul diburu polis...

Selasa, 13 Januari 2014

Sirul, Azilah Dihukum Mati, Sirul Diburu Polis - Peluang Akhir Sirul Untuk Dedahkan Kebenaran.



Inila masa dan peluang akhir yang ada pada Sirul sebelum kau 'dimatikan' di atas tali gantung. Azilah dah takde jalan. Polis dah bawa dia pergi sejurus didapati bersalah oleh mahkamah rayuan selepas pendakwaraya berjaya membuktikan bahawa Sirul dan Azilah ialah individu yang bertanggungjawab menyebabkan kematian seorang model dari Mongolia, Altantuya.

Semua orang tahu.

Dengan had kuasa yang ada pada Sirul dan Azilah. Kedua2 individu ini tidak akan mampu memadamkan rekod kemasukkan Altantuya ke Malaysia.

Semua orang tahu.

Sirul dan Azilah tiada hubungan dan kaitan langsung dengan Altantuya dari apa-apa sudut sekalipun.

Pembunuhan Altantuya tidak akan berlaku jika tiada sesuatu disitu.

Semua orang tahu.

Sirul dan Azilah tidak akan mampu mengeluarkan C4 dari stor simpanan tanpa kelulusan pihak yang ditugaskan untuk menjaga bom tersebut. Dan sudah tentu ianya semakin pelik untuk hanya semata-mata mahu membunuh seseorang, seseorang perlu mendedahkan diri ketika mengeluarkan C4 dalam simpanan.. sudah tentu la tindakan tersebut menimbulkan keraguan dan persoalan.. seorang pembunuh tidak akan meninggalkan bukti (dengan sengaja) jika dia merancang untuk membunuh melainkan dia membunuh dengan tidak sengaja.

Sengaja atau tidak sengaja kah Sirul dan Azilah?

Jika sengaja maka kenapa C4 pilihan mereka?

Adakah kerana C4 boleh memusnahkan bukti ke tahap yang pakar forensik sukar nak mengenalpasti punca kematian yang pertama sebelum dimatikan dengan cara kedua (bom)?

Jika tidak sengaja mengapakah Sirul dan Azilah tidak serah diri ke polis saja dan memaklumkan apa yang berlaku dengan berharap hukuman akan dikurangkan dan menyesali apa yang telah terjadi.

Sirul dan Azilah tidak dedahkan sehingga kini apa motif pembunuhan. Dalam apa2 kejadian pembunuhan sengaja atau tidak sengaja, motif mesti ada motif. Semua orang tatau apa motif Sirul dan Azilah membunuh Altantuya pun. Kita tertanya-tanya juga apa motif mereka tetapi tidak didedahkan hingga kini apa motif kepada pembunuhan tersebut.

Sirul dan Azilah neh UTK. Ada kerjaya yang tetap, terjamin dan stabil. Bukan ada masalah kewangan, bukan ada masalah hutang, bukan juga ada skandal dengan Altantuya, tau-tau aje p bunuh Altantuya. Pasal apa? 

Jadi Sirul, lari selagi mana kau boleh lari dari PDRM. Dalam masa kau lari itu, kau cuba fikir baik-baik. Kalau sungguh kau yang bunuh maka kau kena dedahkan kebenaran kenapa kau bunuh. Rakyat Malaysia tidak bodoh. Kita semua tahu ada sesuatu di sebalik kejadian dan kita berhak mendapatkan kebenaran tentang apa yang berlaku. Kau bertanggungjawab mendedahkan kepada rakyat kronologi kejadian kerana kes yang begitu misteri ini kita percaya ada tangan2 ghaib yang masuk campur bagi mengelirukan pemikiran rakyat dan berperanan memesong jalan cerita untuk menutup sesuatu yang lain pula dari terdedah.

Dan jika kau tak bunuh, kau juga bertanggungjawab mendedahkan kepada rakyat bahawa kau dianiaya dan fitnah. Kau kena jadi berani la sikit. Kalau jadi penipu pun kena mati, jadi berani pun kena mati, baik kau jadi berani je la. Risiko tetap sama. Mati tetap mati kan Sirul. Aku harap kau pertimbangkan peluang yang ada neh untuk merungkai persoalan-persoalan yang terbit di minda rakyat.

Keputusan kes ;

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar bersalah dan disabitkan atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Mereka berdua dihukum gantung.

Mahkamah Persekutuan juga mengeluarkan waran tangkap terhadap Koperal Sirul Azhar Umar selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Tun Abdul Majid Tun Hamzah.

Ameno World

Read More

Friday, 23 August 2013

Who C4 Altantuya? ..Siapa Bunuh Dia?...: Mahkamah Rayuan Bebaskan Sirul, Azilah Pertuduhan Bunuh Altantuya...

Jumaat, 24 Ogos 2013
Sirul, Azilah Bebas Pertuduhan Bunuh Altantuya


Sirul, Azilah Bebas Pertuduhan Bunuh Altantuya

Dua bekas komando polis bebas hari ini selepas Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan mereka dan mengubah sabitan terhadap mereka atas tuduhan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Panel tiga hakim iaitu Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan sebulat suara membenarkan permohonan rayuan bekas ketua inspektor Azilah Hadri dan bekas korperal Sirul Azhar Umar.

Kedua-duanya sebelum ini disabitkan bersalah di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan membunuh model dan penterjemah, Altantuya, 28, di hutan simpan di Shah Alam pada 2006.

Mereka pada ketika itu bertugas di Unit Tindakan Khas Bukit Aman dan berada dalam pasukan keselamatan Datuk Seri Najib Razak. Najib pada ketika itu ialah timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan. – 23 Ogos, 2013.
P/s: Apa sudah jadi dengan segala macam bukti dan akuan bersumpah?
Boleh bikin filem!
DCM
Mahkamah Rayuan bebaskan Sirul dan Azilah dari tuduhan bunuh Altantuya..


Berita pada Khamis April 9, 2009
Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Cif Inspektor Azilah Hadri dan Kpl Sirul Azhar Umar 
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Cif Inspektor Azilah Hadri dan Kpl Sirul Azhar Umar kerana didapati bersalah membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibu.

Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin berkata pihak pendakwaan telah membuktikan tanpa keraguan munasabah kes terhadap Azilah, 33, dan Sirul Azhar, 37.

Katanya pembelaan keduadua tertuduh berdasarkan kepada penafian dan juga menyalahkan satu sama lain, dan dengan itu, ianya tidak boleh dipercayai.

"Mereka gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan yang dapati konklusif.

"Saya dengan ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap kamu, Azilah dan Sirul Azhar," kata Mohd Zaki.

Azilah dan Sirul Azhar dituduh membunuh Altantuya, 28, di satu kawasan dalam Mukim Bukit Raja dekat sini antara 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.

Pengarah eksekutif Malaysian Strategic Research Centre, Abdul Razak Abdullah Baginda, 48, yang sebelum ini dituduh bersubahat dengan mereka, telah dilepaskan dan dibebaskan pada 31 Oktober tahun lepas tanpa dipanggil membela diri setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan ada kes prima kes terhadapnya.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena