Showing posts with label Suka Duka 505. Show all posts
Showing posts with label Suka Duka 505. Show all posts

Monday, 24 June 2013

Panas: Aktivis Tersiksa Di Luar, Anwar Gelak Sakan Di Dalam !!

Isnin, 24 Jun 2013
Protes Di Hadapan Parlimen 25 Di Tahan
Aktivis Tersiksa Di Luar, Anwar Gelak Sakan Di Dalam !!
Ramai yang pasti terkejut dengan adengan yang disaksikan ini. Di kala beberapa orang aktivis Black 505 berhadapan dengan pihak polis di luar bangunan parlimen, tetapi dua pemimpin utama politik negara iaitu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Daruk Seri Anwar Ibrahim kelihatan mesra bersarapan bersama pagi tadi. Mungkin bagi sesetengah pihak, ia dianggap perkara biasa apabila seorang Ketua Pembangkang dijemput bersarapan dengan Ketua Kerajaan yang memerintah. Namun, bagi mereka yang hadir ke parlimen untuk menghantar memorandum mendesak Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletakkan jawatan, pasti akan benci melihat adengan ini. Ternyata ia satu senario biasa dalam sesebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini sebenarnya. 

Apapun, apa salahnya para pemimpin pembangkang yang berada di dalam dewan turun melihat aktivis yang ditahan ketika berhadapan dengan pihak polis. Kini ramai yang musykil apabila Anwar awal-awal lagi mengatakan tiada lagi himpunan membantah SPR akan diadakan selepas ini. Apakah ia bermakna Pakatan Rakyat kini sudah sedia menerima kenyataan bahawa BN menang pilihanraya umum ke-13 lalu secara sah?. Inilah yang memusykilkan ramai pihak sekarang sebenarnya. Apa yang jelas, selain Anwar beberapa orang lagi pemimpin pembangkang turut kelihatan mesra dengan barisan pemimpin kerajaan. Sepatutnya adengan sebegini ditangguhkan terlebih dahulu bagi menghormati aktvivis yang sedang berjuang untuk menuntut keadilan PRU-13 di luar parlimen. Kenapa perlu bermuka-muka ketika mereka tersiksa diluar sana. Adalah lebih elok ahli parlimen pembangkang turun melihat adengan yang berlaku diluar daripada bermesra di dalam parlimen!.
Jika Copy Paste, Sila Nyatakan Sumber Artikel Ini: http://pahangdaily.blogspot.com/2013/06/panas-foto-najib-anwar-minum-di.html#ixzz2X43yNdNa

RAKAMAN GAMBAR NAJIB, MUHYIDDIN DAN DSAI DUDUK SEMEJA MINUM PAGI SELEPAS ANGKAT SUMPAH AHLI PARLIMEN CUBA DIJADIKAN ISU BESAR!!!!!!




Rakaman gambar Dato' Seri Najib bersama-sama dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin, minum pagi duduk semeja dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim di bangunan Parlimen selepas angkat sumpah cuba diputarkan menjadi isu politik oleh seorang ahli Parlimen veteran yang baru menang dari Kelantan sebagai kisah pemimpin duduk seronok minum pagi bersama pihak lawan tetapi rakyat berjemur di luar panas berjerebu lawan penipuan SPR.

Hakikatnya DSAI duduk semeja kerana mengikut protokol sebagai Ketua Pembangkang.

Paling ketera dalam rakaman gambar diatas betapa begitu ramai "bodyguard" DSNR dan TSMY mengelilingi kawal ketat keselamatan meja tersebut.

Menunjukkan betapa profesional dan matangnya politik DSAI.
Posted by OMAK KAU!!!!
Read More

Gambar Anak Muda Baring Atas Jalan Raya Protes di Pintu Masuk Parlimen - 24 Jun 2013...

Isnin, 24 Jun 2013
Blackout 505 - Baring atas jalanraya depan Parlimen tanda protes

Gambar dan video sekitar protes di parlimen


Gambar dan video sekitar protes di parlimen


Gambar dan video sekitar protes di parlimen sekarang ini 24.6.2013










Read More

Protes berbaring di tepi jalan - Mendesak SPR diletakkan di bawah parlimen...

Isnin, 24 Jun 2013
Protes di hadapan parlimen
KUALA LUMPUR: 25 aktivis ditahan sehingga jam 12.00 tengah hari ini sewaktu mengadakan protes di hadapan pintu masuk Parlimen termasuk Safwan Anang, Ekhksan Bukhari serta Akram Ahmar.

Mereka kini dibawa ke IPD Dang Wangi.
Mereka adalah antara lebih 50 anak muda yang mengadakan protes di hadapan parlimen hari ini bagi mendesak pimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakan jawatan.
Ada di antara mereka berbaring di tepi jalan menuju ke pintu masuk bangunan parlimen sementara menunggu rakan-rakan mereka yang lain menyerahkan memorandum kepada ahli-ahli parlimen. 

Mereka mula mengadakan protes ini kira kira jam 9 pagi.

Kumpulan ini terdiri dari gabungan NGO anak muda yang sejak kelmarin berkampung dalam khemah di Padang Merbok sejurus tamatnya Himpunan Aman Black 505.
Antara kumpulan itu termasuklah GM13, NGO Royalti, Asalkan Bukan Umno (ABU), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) antara yang terlibat dalam protes ini.

Antara tuntutan yang diminta oleh anak muda ini termasuk mendesak SPR diletakkan di bawah parlimen, menubuhkan suruhanjaya diraja menyiasat peranan SPR dan jabatan pendaftaran negara atas isu yang berbangkit pada PRU lalu.
Selain itu mereka turut menuntut parlimen membincangkan tentang penipuan dakwat kekal dan perletakan jawatan dan permohon maaf secara terbuka oleh pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

Sementara itu, kumpulan mereka yang berkumpul dihadapan pintu masuk bangunan parlimen dihalang oleh pihak polis apabila cuba untuk memasuki kawasan parlimen.
Sebelum ini, berlaku sedikit pergelutan antara beberapa anggota kumpulan itu dengan pihak polis.

Polis turut menahan tiga daripada mereka termasuk aktivis pelajar Safwan Anang, Ekhksan Bukhari serta Akram Ahmar.Harakahdaily.
Cemas & Sukanya...
Read More

Video Sekitar Perhimpunan Black 505 Padang Merbok & DBKL operasi rampas khemah..

Isnin, 24 Jun 2013
Padang Merbok Black 505 22 Jun


DBKL beri notis 2 jam kosongkan Padang Merbok 















Black505 tamat, khemah tetap berdiri 













Protes Di Hadapan Parlimen 25 Di Tahan
Suka Duka 505


Read More

Kecoh lantikan Speaker Dewan Rakyat tidak ikut peraturan - Hanipa

Isnin, 24 Jun 2013
Kecoh


Lantik Speaker tidak ikut peraturan – Hanipa
KUALA LUMPUR: Amat malang pelantikanYang Dipertua (Speaker) Dewan Rakyat yang berlangsung hari ini dicemari apabila Setiausaha Dewan telah secara jelas melanggar Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat (standing orders).

“Saya dan beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah bangun membuat bantahan kepada Setiausaha Dewan Rakyat kerana proses pengundian pelantikan Speaker telah secara jelas tidak dijalankan melalui undi yang dijamin kerahsiaannya,” ujar Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin (gambar) kepada Harakahdaily.
Menurutnya, memandangkan terdapat dua calon yang dicalonkan bagi pelantikan speaker Dewan Rakyat maka proses pengundian perlu dilakukan melalui undi bersurat seperti mana yang diperuntukkan di bawah Peraturan 4 (3) dan (4) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat.

Katanya, peraturan 4 (4) memperuntukkan kaedah pengundian yang perlu dilakukan oleh Setiausaha Dewan.

“Apa yang perlu dibuat adalah ahli-ahli parlimen hendaklah diberi sekeping kertas undi dan ahli Parlimen itu bolehlah menulis pada kertas undi itu nama calon yang beliau ingin pilih dan kemudiannya  kertas undi itu hendaklah dilipat supaya nama calon itu tidak dilihat oleh orang lain dan hendaklah ditandatangani oleh ahli-ahli Parlimen itu.

“Peraturan 4 (4 ) tersebut adalah jelas,” jelas beliau lagi.

Beliau yang juga AJK PAS Pusat berkata, nama ahli parlimen yang mengundi tidak boleh ada di dalam kertas undi bagi memastikan kerahsiaan undi terjaga.

Malangnya, kata beliau dalam kertas yang undi diberikan kepada para ahli parlimen, nama ahli parlimen juga diminta diisi oleh Setaiausah Dewan dalam kertas undi.

Ini, ujarnya jelas ia bercanggah dengan Peraturan Mesyuarat dan jelas ia melanggar prinsip kerahsiaan undi.

“Saya dan beberapa ahli Parlimen PR telah bangun membantah tapi nampaknya pelanggaran undang-undang bagi pemilihan Spekaer juga dilanggar seperti SPR melanggar Undang-Undang  Pilihanraya dalam isu dakwat kekal,” ujarnya.Harakahdaily.

Read More

Khalid terima memo anak muda Black 505: Peserta perhimpunan bertindak menyerah diri kepada polis sebagai tanda solidariti..

Isnin, 24 Jun 2013
Khalid terima memo anak muda Black 505
Khalid bercakap kepada media selepas menerima memo daripada anak muda Black 505.

KUALA LUMPUR: Kehadiran Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad akhirnya meredakan suasana tegang antara pihak polis dengan anak muda Black 505 yang mengadakan protes di hadapan parlimen seawal jam 9 pagi tadi.

Khalid Samad yang mucul kira-kira jam 11.50 pagi selepas mengangkat sumpah ahli Dewan Rakyat untuk menenangkan peserta himpunan dengan menerima memorandum daripada kumpulan terbabit. 

Sewaktu menerima memorandum itu, Khalid berjanji akan menyerahkan memorandum tersebut kepada pihak berkenaan dan akan membangkitkan perkara itu di dalam persidangan Dewan Rakyat yang bermula esok. 

"Ini merupakan tuntutan bahawa rakyat yang sepatutnya memilih, dan saya berterima kasih kepada aktivis yang hadir menyatakan bantahan agar pimpinan SPR letak jawatan," katanya kepada lebih 150 anak muda yang berkumpul di hadapan bangunan Parlimen.

Beliau turut memaklumkan kepada barisan peguam Pakatan Rakyat berhubung penangkapan anak-anak muda yang masing-masing di bawa ke balai polis di Jinjang dan Dang Wangi.

Malah beliau yang juga AJK PAS Pusat turut meminta pihak polis jangan mengapa-apakan aktivis terbabit ketika dalam jagaan mereka itu nanti. 

"Matlamat himpunan hari ini telah selesai dengan penerimaan memorandum daripada Gabungan NGO yang membantah SPR," katanya yang meminta para aktivis untuk bersurai.

Sebelum itu, kumpulan berkenaan mengadakan protes dengan berbaring di atas jalan utama masuk ke Parlimen sejak jam 10 pagi, keadaan bertukar menjadi tegang sejam kemudian apabila kumpulan tersebut cuba melepasi benteng polis seramai 300 orang di jalan utama masuk ke Parlimen.

Bagaimanapun kumpulan anak muda tidak berjaya melepasi sekatan polis, keadaan menjadi tidak terkawal apabila polis menahan tiga aktivis mereka iaitu Mohd Safwan Anang, Akram Ahmar dan Ehsan Bukhari kira-kira jam 11.10 pagi.

Keadaan bertambah kecoh lagi apabila pihak polis yang terus mengejar dan menangkap beberapa lagi aktivis anak muda menyebabkan ada yang lari bertempiaran. 

Susulan itu, sebilangan lagi peserta perhimpunan bertindak menyerah diri kepada polis sebagai tanda solidariti, termasuk pengerusi SAMM Badrul Hisham Shaharin dan aktivis siswa Adam Adli.Harakahdaily.



Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena