Showing posts with label TAMPAL POSTER. Show all posts
Showing posts with label TAMPAL POSTER. Show all posts

Monday, 20 April 2015

Pejuang sebenar tidak perlu duduk dalam GLC...'Ana ni tak reti bagi kuliah, tukang tampal poster pun tak pe lah'

Selasa, 21 April 2015

MAZLAN ALIMAN MENULIS MENGENAI RAKAN SEPERJUANGANNYA, BACALAH DENGAN HATI

1 hr · 

Salahudin Ayub, YB Aminolhuda Hassan, Hj Dzulkifly Ahmad, Hj Khairudin Abd Rahim dan Onn Jaafar adalah antara sahabat akrab sejak saya menyertai PAS pada tahun 1986. Kami membina karier dari bawah. Menampal poster, naikkan bendera atas pokok, kutip derma jihad dan kerja kerja asas sebagai aktivis parti. BerUsrah dan bertamrin bersama sama. Kami wujudkan Pusat Tarbiyyah Amaliyyah yang di ketuai sendiri oleh Aminolhuda bagi memperkasa tarbiyyah pemuda. 

Bintang Salahudin lebih cerah dari saya; namun saya tahu keperitan yang beliau hadapi sewaktu beliau menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS Johor sepenuh masa dengan elaun RM300 sebulan. Acapkali kesempitan wang, hingga susu anak pun tidak mampu di beli. Dia tidak lupa diri bila jadi Ahli Parlimen. Selalu membantu saya terutamanya menjelang hariraya dan naik sekolah. Kalau jumpa dia akan tanya secara berseloroh, 'duit belanja ada?' Lantas hulur sejumlah wang kepada saya kerana dia pernah alami keperitan dalam hidupnya. Dia mahu berkongsi sedikit keselesaan dengan rakannya yang lain.

Sejak zaman Al Marhum Ismail Ibrahim sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, kami adalah exco Pemuda PAS. Aminolhuda akan singgah dan tumpangkan saya untuk pergi bermesyuarat di Batu Pahat. Beliau sahabat yang ambil berat mengenai saya. Tidak berkira orangnya. Hj Khairudin, meskipun engineer; sebahagian besar gajinya adalah untuk jamaah. Sanggup jual kuih dan buka kedai makan nak tampung kos operasi Dewan Pemuda. Kadangkala nak tuang minyak kereta pun tak ada duit. 

Dzulkifli Ahmad, saya anggap arkitek parti di Johor. Pemikiran dan cara bekerjanya hebat. Seorang perancang parti yang work smart. Bangunan PAS Johor yang sedang berdiri megah waktu ini adalah hasil 'buah tangannya'.

Apapun yang orang perkatakan mengenai Onn Jaafar, beliau adalah aktivis parti yang gigih. Walau dikata loklak, ceroi dan lain lain, kerja buatnya selesai sebagaimana arahan. Jika kita ni jam 1 pagi dah tidur; beliau masih menampal poster dan macam macam dilakukan hingga ke dinihari sejak 20 tahun dulu lagi. 'Ana ni tak reti bagi kuliah, tukang tampal poster pun tak pe lah'. Guraunya menceriakan kami.

Ukhuwwah yang terbina mengeratkan kami. Walau ada yang sudah berjawatan penting dalam parti dan bergelar YB, hubungan kekal terpelihara. Justeru, bila ada fitnah yang disebarkan, kami sama sama hadapi, walau terasa pedihnya. Menitik air mata mengingatinya.

Sekarang musim pemilihan parti, pilu tetap terasa bila kawan baik berubah sikap kerana berbeza pandangan. Seperti kata Dato' Mahfuz Omar, 'saya mengenali Salahudin sudah sekian lama. Sembahyang sunat dia lebih banyak dari saya. Tapi, bila orang fitnah dia baru baru ini (ada ceritanya) saya sangat terasa. Di mana letaknya akhlak kita?'.

Mahalnya nilai sebuah persahabatan. Jangan kerana jawatan dan berbeza pandangan, kita bersengketa dan berpecah. Hilang segala galanya meskipun di pupuk sekian lama.

Moga Allah pelihara persaudaraan ini hingga ke akhir hayat 

Mazlan Aliman

Terasa amat sedih apabila membaca status Mazlan Aliman dalam Facebooknya.

Orang yang banyak jasa dipinggirkan. Dipakaikan dengan gelaran yang menjelekkan. Difinah dengan berbagai-bagai cerita rekaan.

Adakah budak-budak yang ramai datang dari Timur tengah itu pernah merasai kesukarannya membina sebuah organisasi?

Adakah mereka tahu bagaimana hendak bermula dari hampir kosong menjadi sebuah jemaah yang digeruni musuh?

Budak-budak itu yang juga berkeliaran di dalam media sosial, bersama tulisan yang berhamburan dengan maki-hamun dan berbagai-bagai istilah yang dicipta untuk menghina pemimpin yang penyokong yang tidak setuju dengan mereka.

Pejuang sebenar tidak perlu duduk dalam GLC atau menjadi anak/menantu sang ketua.

Semoga nama-nama yang disebut oleh Mazlan Aliman dalam tulisannya, dan dia sendiri sentiasa tabah yang istiqomah dalam perjuangan.

Sekadar ingatan untuk diri sendiri:

Nabi Muhammad (S.A.W) bersabda:

“Wahai `Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan maka engkau ditinggalkan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa permintaan maka engkau dibantu (oleh Allah)” Shahih Al-Muslim: 1791.

Dan Allah (S.W.T.) juga berfirman dalamm surah Al-Hujurat, ayat 18:

إِنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ غَيْبَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ وَاللَّهُ بَصِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ 

Terjemahannya:

“Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan” (Al-Hujurat: 18).




Read More

Wednesday, 13 August 2014

DARI TUKANG TAMPAL POSTER Kawan...! Kamu di lihat senada dengan Umno di dalam beberapa hal?

Rabu, 13 ogos 2014

BINGKISAN DARI TUKANG TAMPAL POSTER BUAT PEMIMPIN PAS
Boleh dikatakan bingkisan berikut adalah representasi tukang tampal poster, tukang gantung bendera, perayu undi, pengurus/penyelaras majlis/ceramah, keyboard warriors dan seluruh gerak kerja PAS yang amat berdukacita terhadap apa yang berlaku di Selangor. 

Inilah bingkisan yang datang dari golongan yang tidak mendapat apa-apa itu. Yong panjangkan. Sila baca.

YONG NO COMMENT.

Rakyat Bangkit



UNTUK KAWAN..!!

Kawan...!! Jangan khianati kepercayaan rakan Pakatan Rakyat. Pas untuk Semua. Pas tidak akan menjadi Rahmat kepada semua jika Presiden mengekalkan kuasa Veto tanpa mengambil kira Syura Muktamar dan Syura Jawatankuasa Pas Pusat. 

Kawan...!! Jangan kamu hanya mengambil kira kesenangan kamu sehingga membelakangkan rakan-rakan yang pernah bersama kamu ketika menghadapi Pilihanraya. 

Kawan...!! Jangan kamu lupa, yang memberikan undi kepada kamu ialah pengundi yang mahukan Pakatan Rakyat berkuasa bukan hanya untuk Pas memiliki kuasa persendirian.

Kawan...!! Jangan kamu di hukum oleh pengundi dengan cara menghumban kamu kalah dalam PRU14 kerana sikap kamu yang hanya mementing diri sendiri.

Kawan...!! Musuh kamu yang utama ialah Umno dan Barisan Nasional bukannya rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat.

Kawan...!! Kamu mendapat elaun ADUN dan Ahli Parlimen kerana rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat. Tidakkah kamu merasa bersalah mengambil elaun tersebut sehingga berani meninggalkan Pakatan Rakyat. 

Kawan...!! Kamu bercakap soal ugama tentang amanah dan janji benar tetapi dalam masa yang sama kamu seolah-olah mengkhianati janji-janji kamu kepada Rakan Pakatan.

Kawan...!! Kamu bercakap tentang Wala' kepada Pemimpin tetapi kamu lupa untuk Wala' kepada Syura Muktamar yang telah kamu putuskan bersama dengan ahli ketika kamu mengambil mandat Muktamar. 

Kawan...!! Pengalaman mengajar kita kezaliman Umno ketika kita sama-sama memperjuangkan demokrasi. Tetapi hari ini kamu di lihat senada dengan Umno di dalam beberapa hal.

Kawan...!! Dengarlah rintihan kami ini dan penyokong kamu. Jangan di lupakan sama sekali kamu yang kini berada di atas kerana ahli kamu dan sokongan pengundi kamu.

Kawan...!! Selesaikanlah masalah ini secepat mungkin untuk mengelakkan anggota bawahan dan kepimpinan sesama kita tidak berbalah sehinggakan membawa berantakan keretakan hubungan sesama sendiri. 

Akhirnya... Kawan...!! Sekali lagi kami merayu kepada kamu, mohon di selesaikan dengan bijak masalah ini secepat mungkin.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena