Showing posts with label biawak hidup. Show all posts
Showing posts with label biawak hidup. Show all posts

Tuesday, 11 April 2017

[Video Tak manis sebut 'biawak hidup', tegur Azmin kepada Hadi] Dulu PAS GALAK Samakan Pembangkang dengan BIAWAK! Sekarang kenapa marah jika ada yang nyatakan sebagai beruk?

Selasa, 11 April 2017

Image result for Gambar beruk pakai songkok
Sekadar hiasan

Antara BIAWAK & BERUK..mana satu pujaan ahli & pimpinan Pas???

*1 Sudut Pandang: Dulu PAS GALAK Samakan Pembangkang dengan BIAWAK. Sekarang kenapa marah jika ada yang nyatakan Ustaz Hadi sebagai beruk?*

oleh: Revolusi Anak Muda Malaysia [ R.A.M.M ]

Sebelum ini bukan main galak puak lebai haprak pimpinan Hadi dok samakan orang dengan binatang. Anjing, babi, kera, keldai dan terkini biawak. Yang terbaru semalam, Tuan Brehim dalam tulisannya berkata bersama Pakatan Harapan yang juga diisi oleh Amanah dan Dap umpama memikul biawak hidup.

Bila para cendiakawan dan rakyat terbanyak tegur, pandai pulak mereka kata kita tidak faham peribahasa. Bila para agamawan kata tidak sesuai seorang yang mengaku berstatus ulamak memberi perumpamaan begitu. Pandai pulak mereka pusing kata Al Quran pun gelar orang dengan nama binatang.

Mengikut sejarah, Hadi juga pernah samakan orang yang meninggalkan partinya umpama kera mencari pokok berbuah. Walaun masa tu siap bertakbir lagi. Bila Hadi sebut anjing menyalak babi dalam bukit, makin kuat walaun bodoh ni bertakbir.

Yakinlah, Allah itu Maha Adil lagi Maha Bijaksana!

Sekali akbar cina MCA buat karikatur gambar monyet. Tahu pulak nak marah dan melompat sakan persis monyet terkena sengat kerengga.
Nasib baik akbar ni dah buang karikatur tu. Kalau akbar ni keluar jugak dalil yang menyatakan dalam Al Quran ada sebut pasal kera. Puak lebai nak jawab apa?

Itulah, lain kali jangan ingat  Hadi dan puak anda sahaja yang ada maruah. Ingat, Allah itu bukan milik puak anda sahaja. Bertaubatlah selagi nyawa masih dikandung badan. Jangan ingat bila dah dipanggil olamak dan lebai oleh para walaun sendiri, maka dengan sendiri anda bebas menghukum, mengkafirkan, dan melabel orang sesedap mulut anda.

Bertaubatlah wahai para lebai dan walaunnya!

Posted by Kedah Lanie 

Read More

Monday, 27 March 2017

[Video] Pakatan Harapan jenama dikenali ramai, kata Dr M & Biawak Hidup: Azmin Tegur Hadi.

Isnin, 27 Mac 2017


Pakatan Harapan jenama dikenali ramai, kata Dr M

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad nampaknya teragak-agak dengan cadangan menukar nama Pakatan Harapan kepada Barisan Rakyat. 

Beliau berkata PH jenama yang dikenali ramai dalam kalangan pengundi. “Kita akan tunggu keputusan jawatankuasa teknikal yang akan mengkaji cadangan itu. “Tetapi kita perlu mengambil kira yang orang ramai sudah terbiasa dengan Pakatan Harapan,” kata pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kepada pemberita selepas mesyuarat dengan kepimpinan PH di Parlimen hari ini. 

Bekas perdana menteri berkata demikian mengulas kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan pakatan yang dipimpin orang Melayu cara terbaik untuk memenangi pilihan raya umum akan datang melawan Barisan Nasional. 

Presiden PPBM berkata sekiranya pimpinan PH bersetuju, pakatan pembangkang perlu menukar namanya kepada Barisan Rakyat. “Mungkin kita boleh minta namakan Barisan Rakyat, Barisan Rakyat menentang Barisan Nasional,” katanya pada Ahad menurut laporan Malaysiakini. 

Selain PPBM, PH dianggotai DAP, PKR dan Amanah. Dr Mahathir berkata logo PH akan dibincangkan pada mesyuarat minggu depan. Pengerusi PPBM itu sebelum ini mendesak pakatan pembangkang supaya menampilkan barisan yang bersatu di bawah 1 logo dan manifesto pada pilihan raya akan datang. Ketika ditanya sama ada beliau sukacita dapat mengambil bahagian dalam pilihan raya umum akan datang – yang dijangka akan diadakan antara September dan Mac tahun depan – Dr Mahathir tidak pasti akan bertanding. 

Beliau bagaimanapun berharap pembangkang akan dapat menawan Putrajaya, kerana ia tidak mustahil. “Tiada apa yang kekal dalam politik dan cinta.” 

Sementara itu, Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata parti Pakatan Harapan akan didaftarkan sebagai pakatan rasmi sebelum pilihan raya umum. “Kita akan mendaftarkan Pakatan dan 18 pimpinan kanan akan dimasukkan dalam pendaftaran itu sebelum pilihan raya umum.” 

Mohamad bersetuju untuk mengemukakan logo dan manifesto bersama pada pilihan raya nanti. Beliau menambah rundingan kerusi masih di peringkat awal kerana mereka tidak tahu bila pilihan raya akan diadakan.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Biawak Hidup: Azmin Tegur Hadi Supaya Guna Istilah Lebih Sopan

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegur kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana memberi istilah tidak manis untuk khalayak ramai dalam satu kenyataannya pada Sabtu lalu.

"Kalau kita berhujah dengan musuh sekalipun, tidak ada keperluan menggunakan istilah-istilah yang tidak sihat. Itu pandangan saya," kata Azmin.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Ke Lima Dewan Negeri Selangor yang ke 13, di Bangunan Annexe, di sini, hari ini.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu lalu, Abdul Hadi menegaskan PAS tidak bersama Pakatan Harapan kerana bercanggah dengan dasar dan konsepnya manakala di dalamnya ada parti dan pemimpin yang terus menerus menentang Islam secara terbuka, bersembunyi atau oportunis.

Ini sekaligus mengulangi pendirian parti itu untuk tidak menyertai PH malah BN dalam menghadapi PRU14.

Ahli Parlimen Marang itu turut menyifatkan menyertai BN laksana memikul biawak hidup walaupun sebahagian kalangan mereka yang mencipta masalah dalam BN telahpun keluar dan menyertai PH.

"Bahkan menyertai PH biawaknya lebih besar dan penyakitnya lebih parah," kata Abdul Hadi.

Mengulas lanjut mengenai pemutusan hubungan PAS terhadap PKR di Selangor, Azmin menyifatkan ia sebahagian daripada proses demokrasi.

Jelasnya, PKR tidak pernah memutuskan hubungan dengan parti-parti politik yang dianggapnya sebagai 'sahabat'.

"Kita menghormati perbezaan tetapi tidak sampai memutuskan hubungan begitu rupa.

"Kita masih yakin dan percaya keperluan kepada satu muafakat yang utuh itu amat penting bagi menyelamatkan negara dan rakyat keseluruhannya, itu pendirian PKR," katanya.

Posted by Jeebond BLM
Read More

Thursday, 18 June 2015

Apa sebab UMNO nak pergi pikul PAS macam biawak hidup?

Rabu, 18 Jun 2015

UMNO Dijangka Buang PAS Macam Sampah

Kalau difikirkan, perlu ke UMNO terima PAS sekarang ni.

Misi mereka telah berjaya.

Pakatan Rakyat dah pecah.

Waktu sekarang ni pengundi2 India dan Cina dah buang PAS. Orang2 Melayu Pantai Barat yang pro pembangkang majoritinya mengundi PAS kerana mereka benci pada BN. Dengan krisis sekarang ini, hampir kesemua mereka telah menolak PAS.

PAS dah jadi partai pinggiran dan hanya sebahagian orang Pantai Timur sahaja yang masih menyokong PAS. Kalau di Pantai Barat, hanya sebahagian orang2 yang suka ke masjid sahaja yang menyokong PAS.

Dengan naik nya partai baru, PAS akan hilang semua kerusi di Pantai Timur.

Di Pantai Barat, inshaalah, majoriti calon2 PAS akan hilang wang deposit seperti di Sungai Acheh, Panti dan Labuan kalau berlaku tiga penjuru.

Kalau Tulang Besi jadi UMNO, Tulang Besi buang aje PAS terkontang kanting keseorangan.

Biarkan PAS jadi parti hidup segan mati tak mahu.

UMNO sudah dapat apa mereka hendak. Pecahkan PAS serta pecahkan PAkatan Rakyat.

UMNO boleh ambil semula Kedah, Perlis Kelantan dan Terengganu tanpa PAS.

Apa sebab UMNO nak pergi pikul PAS macam biawak hidup?

TULANG BESI

MALAYSIAWAVES

Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena