Showing posts with label penyokong Pas. Show all posts
Showing posts with label penyokong Pas. Show all posts

Thursday, 15 October 2015

Penyokong Pas 'KENA KENCING'? PAS tidak rancang bawa usul hudud di Parlimen, kata Takiyuddin.

Khamis, 15 Oktober 2015

Penyokong Kena Kencing.. PAS Tak Cadang Bentang Hudud Ke Parlimen

PAS tidak rancang bawa usul hudud di Parlimen, kata Takiyuddin 

PAS membawa usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 dalam usahanya melaksanakan hudud di Kelantan. — Foto oleh Yusof Mat Isa
PAS tidak menghantar usul baru untuk membentangkan rang undang-undang persendirian berhubung penguatkuasaan hudud di Kelantan, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan.

“Itu kami belum putuskan. Kemungkinan besar tidak,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ketika ditanya sama ada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah memfailkan usul rang undang-undang persendirian untuk sidang Parlimen yang akan datang, Takiyuddin berkata perkara berkenaan di luar pengetahuannya.

Hadi awal tahun ini membawa usul sedemikian tetapi gagal membentangkan dalam sidang-sidang Dewan Rakyat yang lepas.

Untuk melaksanakan hudud di negeri yang dikuasainya itu, PAS membawa usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, yang selama ini membenarkan mahkamah tersebut mengenakan hukuman denda RM3,000, lima tahun penjara dan enam sebatan.

- See more at: http://m.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/pas-tidak-rancang-bawa-usul-hudud-di-parlimen-kata-takiyuddin#sthash.v2tokPIe.dpuf
Read More

Thursday, 26 February 2015

“Pas sudah kecoh sekarang, bertikam lidah dan serang-menyerang di media sosial?" Kini Pas dah ‘out’ nampaknya - Penyokong Pas Tegar

Jumaat, 27 Februari 2015

Ada Sesuatu Yang Tak Kena Dengan PAS



“Memang dah ada sesuatu yang sudah tak kena dengan Pas hari ini. Sudah amat jelas ada dua puak yang sedang bertelagah, iaitu puak ulama dan puak profesional. Saya fikir hal ini akan berterusan hingga ke Muktamar pemilihan parti pada bulan Jun ini,” kata seorang dispatch rider di Kuala Lumpur yang mempunyai gambarfoto Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada cermin motosikalnya.

Beliau yang berumur 47 tahun dan telah menjadi penyokong tegar Pas sejak tahun 1998 lagi berpendapat bahawa perang terbuka dalam Pas akan menggugat kedudukan Pakatan Rakyat (PR) pada keseluruhannya.

“Selain daripada itu, pertelingkahan dengan DAP juga memberikan imej yang buruk kepada Pakatan,” ujar beliau yang bekerja di sebuah firma guaman.

Seorang lagi penyokong Pas di Kuala Lumpur, yang juga bekerja sebagai dispatch rider, telah menyuarakan kebimbangan beliau bahawa perang saudara dalam Pas kini sudah menjadi perang terbuka.

Beliau mengumpamakan situasi dalam Pas sekarang sebagai ‘sebuah rumahtangga yang porak-poranda’.

“Sudah kecoh sekarang, bertikam lidah dan serang-menyerang di media sosial. Laporan berita dari ‘Urusan Meloya’ juga akan menyumbang untuk mengeruhkan lagi keadaan,” sambung beliau sambil menggesa supaya semua puak yang bertelagah cepat mengadakan mesyuarat meja bulat untuk berbincang dan berunding.

Seorang inspektor bas yang juga penyokong Pas berkata dengan nada suara yang sedih bahawa masa depan Pas sudah malap.

“Pas kini telah hilang sokongan pengundi bukan-Islam dan undi Melayu pun belum pasti dapat lagi. Tak tahulah bagaimana nasib Pas dalam pilihanraya umum yang akan datang,” kata beliau.

Seramai 25 penyokong Pas yang telah diwawancara oleh penulis ini berpendapat ada setengah puak dalam Pas yang sudah berkelakuan terlalu extreme dan ini telah menyebabkan berbagai masalah dalam parti tersebut.

Kata seorang pemandu van, “Pas hari ini bukanlah Pas yang bekerjasama dengan PKR dan DAP dalam tahun 2008 dulu. Kini Pas dah ‘out’ nampaknya.”

Oleh itu, jika para pemimpin Pas gagal menyelamatkan parti mereka, maka bukan sahaja Pas malah PR juga akan menghadapi kesusahan dalam Pilihanraya Umum ke-14 nanti. Jika PR gagal, ianya akan kerana kelemahan sendiri, dan bukan kerana musuh kuat.

- http://rakyattimes.com/index.php/news/2809-ada-sesuatu-yang-sudah-tak-kena-dengan-pas
BLM
Read More

Tuesday, 16 December 2014

Apakah kerja buat PAS sekarang ini...Bila penyokong Pas mula berkata!

Rabu, 17 Disember 2014

Apakah kerja buat PAS sekarang ini lagi mendekatkan atau menjauhkan orang kepada mereka?

KLIK LINK
"Saya kesian dengan orang PAS macam awak, berjuang tapi macam tak mahu menang. Cukup menang di akhirat saja."

Berjuang tapi tak nak menang? Aik! macam pelik je bunyinya. Saya lebih kesian lagi kepada penghantar mesej ni sebab dia tak tahu apa-apa.

Saudaraku...

Nak menang bukanlah dengan pergi duduk tepi jalan lepas tu laung kuat-kuat

"Aku nak menaaanngg!!! Aku nak menaaaannnggg!!!"

Siang malam kita buat kerja untuk tarik orang supaya sokong perjuangan Islam. Untuk apa itu semua? Kerana nak supaya Islam menanglah!

Kita bagi kuliah, bagi ceramah, buat program kebajikan, ziarah orang susah dan orang sakit, tolong orang yang ditimpa musibah, bantu anak-anak yatim, daftar pemilih baru, buat program untuk anak-anak muda, tulis berita dalam surat khabar, dalam fb, dalam laman web, hadir prgm forum dan diskusi, tulis buku, mesyuarat siang malam, berunding sana-sini, buat macam-macam NGO dan banyak lagi kalau saya nak senaraikan.

Untuk apa semua ini? Jawabnya kerana nak tarik masyarakat kepada Islam dan supaya menyokong perjuangan Islam. Sokong perjuangan Islam sebab nak suruh Islam menanglah!

Apa kamu ingat nak menang tu cukup dengan duduk berkhayal sambil kritik orang tanpa buat apa-apa kerja?
PERSOALAN DIA APAKAH KERJA BUAT NAK TARIK ORANG TU PAS LAKUKAN SEKARANG...YG DILIHAT DOK HALAU SANA HALAU SINI HAMBAT SANA HAMBAT SINI TAK SUKA PAS KELUAQ TAK MAU ULAMAK KELUAQ...SEPATUTNYA PAS DEKATI DAN DAKWAH MEREKA BUAT SEPERTI APA YG DIKATAKAN..

ANGGAPLAH UJIAN BILA ADA TENTANGAN...SAMPAIKAN WALAUPUN SEPOTONG AYAT.... JIKA BENAR PAS DAH BUAT KENAPA HUDUD PUN ORANG RAMAI DAN TERBANYAK MASIH KELABU....BUKAN KATA DAP...YG UMNO BERAGAMA ISLAM TU PUN MASIH DOK TOLAK HUDUD DISITULAH...

JIKA SEMUA ITU DILAKUKAN SEBAIK2NYA PAKAI TUTUP KEDAI UMNO, PKR & DAP SEBAB MEREKA DAH FAHAM APA ITU ISLAM... TAPI KENAPA SAMPAI SEKARANG MASIH BANYAK YANG TAK DEKATI PAS YANG BERWADAHKAN ISLAM...

JADI APA KERJA YG PAS BUAT SEBENARNYA?

Abang Joe
Penyokong PAS Jitra
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena