Anwar di Jakarta, tapi nafi jumpa Najib
Terence Netto
4:05PM Jun 15 2013/Mk.
Terence Netto
4:05PM Jun 15 2013/Mk.
Pemimpin Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di Jakarta hari ini selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Indonesia, Bambang Susilo Yudhoyono di Bali malam tadi.
Spekulasi tercetus berhubung kehadiran Anwar di Jakarta hari ini apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib juga turut berada di ibukota Indonesia itu.
Sumber-sumber PKR menolak sebarang kemungkinan pertemuan antara Anwar dan Najib untuk membincangkan perkara kepentingan bersama.
Anwar sendiri, dalam Twitter awal hari ini menafikan beliau akan mengadakan perjumpaan dengan Najib.
"Tidak benar," katanya dalam respon terhadap khabar angin yang tersebar tersebut.
Satu sumber PKR berkata kehadiran Anwar di Jakarta adalah untuk menyertai sidang akhbar bersama dengan bekas naib presiden Indonesia
Jusuf Kalla, individu yang disebut oleh Asian Wall Street Journal dalam laporannya baru-baru ini mengatur perjanjian sebelum PRU13 antara Najib dan Anwar untuk dua pemimpin itu menerima secara aman keputusan para pengundi Malaysia dlam pilihan raya tersebut.
Akhbar tersebut memetik Jusuf sebagai berkata Anwar memungkiri perjanjian tersebut.
Sumber PKR itu berkata dalam sidang hari ini Jusuf dijangka menafikan yang Anwar telah mungkir janji.
0 comments:
Post a Comment