Saturday, 15 June 2013

Hot : Pengerusi Ulama Rantau Asia & MB Kelantan Sokong Kuat Himpunan Black 505...Awat Pas 'Suara Umno' Kecoh Sangat!

Ahad, 16 Jun 2013
Blackout 505 Kelantan - Dato' Husam Musa
Sistem p’raya pincang, ulama gesa rakyat bangkit tuntut hak
“Pasrah kepada kezaliman dan penyelewengan bukan akhlak Islam. Kita wajib bangkit menuntut kembali hak kita yang dinafikan.

“Islam melarang kita melihat kemungkaran tanpa berusaha untuk mencegahnya,” katanya kepada Keadilandaily
Justeru,, beliau menyokong kuat usaha penganjur himpunan Suara Rakyat Black 505 dan menyeru rakyat Malaysia untuk hadir beramai-ramai ke himpunan akan diadakan di Padang Merbok 22 Jun ini.

Tegasnya, rakyat Malaysia tidak sepatutnya berasa lemah semangat dan pasrah dengan keputusan pilihan raya umum lalu kerana diketahui dicemari dengan pelbagai bentuk penipuan.

“Keputusan pilihan raya lalu mendedahkan seluruh rakyat kepada sistem demokrasi yang herot. Himpunan itu nanti menjadi platform terbaik menyedarkan rakyat hak mereka yang dicabuli pemerintah,” kata Aziz.
Katanya, sesebuah negara tidak akan dapat melahirkan rakyat yang bermaruah dan bermartabat akibat cara pemilihan pemimpin negara yang penuh tipu helah dan muslihat.

“Usaha dilakukan penganjur Blackout 505 patut disokong oleh semua rakyat yang cintakan keadilan,” tegasnya.
Kedahkini.
Dalam Diam, Pengerusi Ulama Asia Tegur Ketua Dewan Ulama PAS

KUALA LUMPUR, 15 JUN: Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Ustaz Abdul Ghani Shamsudin berkata, umat Islam tidak boleh membiarkan penipuan tanpa sebarang usaha mencegah, terutamanya melibatkan sistem pilihan raya yang pincang.
"Pasrah kepada kezaliman dan penyelewengan bukan akhlak Islam. Kita wajib bangkit menuntut kembali hak kita yang dinafikan.“Islam melarang kita melihat kemungkaran tanpa berusaha untuk mencegahnya,” katanya kepada Keadilandaily.

Justeru, beliau menyokong kuat usaha penganjur himpunan Suara Rakyat Black 505 dan menyeru rakyat Malaysia untuk hadir beramai-ramai ke himpunan akan diadakan di Padang Merbok 22 Jun ini.
Tegasnya, rakyat Malaysia tidak sepatutnya berasa lemah semangat dan pasrah dengan keputusan pilihan raya umum lalu kerana diketahui dicemari dengan pelbagai bentuk penipuan.
MB Kelantan sokong himpunan nyatakan kebenaran
Ahmad Yakob
MB Kelantan Datuk Ahmad Yakob
KOTA BHARU- Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob menyokong usaha rakyat di negeri ini yang berhimpun bagi menegakkan kebenaran kerana Islam adalah agama yang mengesyorkan umatnya berkumpul.
Beliau berkata, usaha seluruh masyarakat terutama pemuda termasuk Gabungan Profesional Menuntut Royalti Hak Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan atau R dan Kekal Kerajaan Kelantan (K) amat dihargai.
Apabila fikrah MB KELANTAN jauh lebih luas dan bersifat politikal dari pendangan ahli PEMUDA PAS yang syok warak..!!
Awat melenting sangat NIK AMAR dengan HUSAM nie..dah dengaq ka belum ucapan tersebut..???

Antara Petikan Ucapan Dato’ Paduka Haji Husam Musa dalam Perhimpunan #Blackout505 Ketereh.
“Sebab apa kita berhimpun..? Pada saya ada 2 sebab utama... Pertama meraikan kekecewaan orang ramai terhadap Perjalanan Pilihanraya... Yang kecewa adalah Rakyat Jelata... Kenapa mereka kecewa..? Mereka 100% yakin Pakatan Rakyat harus ataupun telah memenangi Pilihanraya PRU ke-13 dan mentadbir Putrajaya...

Kenapa kita kalah..? Dari segi undi, undi kita lebih besar daripada undi Barisan Nasional... Kenapa kita tak boleh tadbir Putrajaya..? Kerana penipuan Pilihanraya. Jadi yang kecewa adalah Rakyat Jelata... Mereka kecewa kerana Pakatan Rakyat (PAS, DAP, PKR) tidak boleh membentuk Kerajaan bagi mem, mahu Malaysia yang lebih baik.

Bila mereka kecewa... Apa salahnya kita meraikan kekecewaan mereka dengan berhimpun beramai-ramai dan berikan ucapan dan berhimpun bersama..?
Kedahlanie.
ads

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena