Wednesday, 26 June 2013

Dakwat kekal SPR guna pewarna makanan..."boleh dimakan" & "sedap hingga menjilat jari."

Rabu, 26 Jun 2013
Menteri: Dakwat kekal guna pewarna makanan
NONE
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini menjelaskan bahawa bahan kimia yang digunakan dalam dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke-13 digantikan dengan bahan pewarna makanan.

"Tiada kandungan bahan-bahan kimia digunakan dalam dakwat tersebut sebaliknya ianya digantikan dengan penggunaan bahan-bahan pewarna makanan yang diluluskan. 
"Tarikh luput dakwat kekal adalah dalam tempoh empat bulan dari tarikh ianya dikilangkan. Ianya diimport daripada negara luar," katanya dalam satu jawapan bertulis kepada MP DAP Segambut, Lim Lip Eng.
Shahidan juga berkata tahap ketahanan dakwat berkenaan berbeza mengikut individu.

Ia bergantung kepada usaha yang dilakukan oleh setiap individu untuk menghilangkan dakwat kekal berkenaan, katanya. 

Beliau juga menyatakan bahawa Kementerian Kewangan meluluskan sebanyak RM400 juta bagi kos perbelanjaan pilihan raya yang lalu. 
Lim kemudiannya menjadikan jawapan bertulis itu sebagai satu bahan jenaka apabila menulis di Twitter bahawa dakwat kekal kini "boleh dimakan". 
Tulisan berkenaan mendapat perhatian pengguna Twitter lain yang turut berjenaka dan bertanya kepadanya sama ada dakwat itu "sedap hingga menjilat jari."

Sementara itu, dalam satu jawapan berasingan, Shahidan berkata kos penggunaan dakwat kekal itu adalah sebanyak RM6.9 juta.
Kos itu meliputi kerja-kerja mereka bentuk botol dakwat khas, berus, kotak botol dan membuat bancuhan khas dakwat memandangkan ia tiada di pasaran, katanya dalam jawapan bertulis kepada MP DAP Seremban, Anthony Loke.

"Kos tambahan lain meliputi kos pengangkutan, pembungkusan serta penyimpanan dakwat kekal adalah sebanyak RM200,000 menjadikan jumlah kos keseluruhan sebanyak RM7,100,000.
"Pada masa ini SPR tidak bercadang memaklumkan maklumat pembekal dakwat kekal kepada umum atas sebab keselamatan," katanya.



Silver nitrate dan dakwat pilihan raya
Selepas PRU13, pelbagai komen daripada pihak bertanggungjawab/berkuasa mengenai dakwat pilihan raya  atau dakwat kekal yang tidak kekal. 

“In overseas, indelible ink does not have to comply to halal status for Muslims,” EC chairman Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof told reporters here.

Saya difahamkan, Afghanistan telah menggunakan dakwat kekal untuk pilihan rayanya pada tahun 2004, Bukankah Afghanistan Negara Islam, adakah ia tak perlu “comply to halal status for Muslim”?

“At the same time, an official letter from the Ministry of Health stated that the content of silver nitrate must not exceed one per cent.” (1 % = 10,000 ppm, parts per million)

Perkara ini telah dinafikan oleh Kementerian Kesihatan. Pada pendapat saya KKM lebih mengetahui farmakologi atau chemistry argentum nitrate berbanding SPR.

“A higher content of silver nitrate would cause internal organ failure, so it has been replaced by herbal ingredients, he said. “

Daripada pelbagai kenyataan di atas, dakwat yang digunakan dalam PRU13 juga dikatakan tidak  mengandungi argentum nitrate yang telah digantikan dengan “herbal ingredients”.

Oleh itu, kita boleh buat kesimpulan bahawa bahan herba yang digunakan boleh menggantikan fungsi argentum nitrate, iaitu mengekalkan warna untuk masa yang lebih lama. Adakah kesimpulan ini benar? Tentu sekali tidak. Berdasarkan pengalaman semasa mengundi, dakwat yang dicat dijari hilang dalam beberapa jam sahaja.

Lazimnya, dakwat yang digunakan mengandungi dye (perwarna) (lebih baik daripada pigment).  Dye lazimnya larut dalam air (seperti yang digunakan pencetak kain batik). 

Yang anih ialah kenyataan yang silver nitrate boleh menyebabkan “internal organ failure”. Semasa di tingkatan dua, saya percaya semua pelajar Sains Am didedahkan kepada penggunaan argentum nitrate sebagai bahan menguji kewujudan ion klorida dalam larutan. Dan kemungkinan besar AgNO3 ini terkena pada baju atau tangan kita, kesannya dapat dilihat seperti gambar di bawah. 




Warna hitam/gray ini tidak akan hilang sehingga sel kulit berkenaan gugur atau terhakis, dan sel kulit baru tumbuh (5 – 7 hari). Setelah 60 tahun merdeka banyak pelajar yang terdedah kepada argentum nitrate, kita tidak pernah dengar laporan kegagalan organ dalaman disebabkan oleh silver nitrate, tetapi jika disebabkan oleh meminum arak memang ada.

Di bawah adalah petikan berkenaan penggunaan Silver nitrate untuk nyahjangkit (disinfect) air. (2009) [silver (argentum) adalah sejenis logam, perak dalam BM, dan silver nitrate adalah bahan kima yang larut dalam air]

“Silver nitrate is currently unregulated in water sources by the Environmental Protection Agency. However, if more than 1 gram of silver is accumulated in the body, a condition called argyria may develop. Argyria is a permanent cosmetic condition in which the skin and internal organs turn a blue-gray color. The United States Environmental Protection Agency used to have a maximum contaminant limit for silver in water until 1990, when it was determined that argyria did not impact the function of any affected organs.

Argyria is more often associated with the consumption of colloidal silver solutions rather than with silver nitrate, since it is only used at extremely low concentrations to disinfect the water. However, it is still important to be wary before ingesting any sort of silver-ion solution.”

Kenyataan dalam sebuah laman web tempatan berkenaan “internal organ failure” mungkin adalah apa yang dikatakan Argyria, suatu keadaan iaitu kulit dan organ dalaman akan berwarna blue-gray. Tetapi pada tahun 1990 didapati argyria tidak mendatangkan kesan kepada fungsi organ dalaman, sebaliknya colloidal silver yang lebih berkaitan dengan  argyria. Namun, Argyra adalah satu keadaan kosmetik (kecantikan) dan bukan barah. 

[Colloidal silver is a suspension of submicroscopic metallic silver particles in a colloidal base]

Yang harus kita perhatikan daripada kenyataan ini adalah silver (sama ada silver nitrat atau colloidal silver) perlu di “consume”, atau dimakan, minum atau disuntik ke dalam badan manusia (penghadaman), dan bukan dengan mencalit dakwat mengandungi silver nitrat pada hujung jari sahaja, lagipun sekali dalam 5 tahun; mungkin dua kali dalam 5 tahun kalau ada by-election. 

Silver nitrate mempunyai kesan yang terhad dengan sendiri (self-limiting). Apabila ia dikenakan (disapu) pada kulit ia membentuk lapisan putih (protein precipitant), Lapisan ini akan menghalang kemasukan bahan kimia seterusnya, iaitu mengehad dengan sendiri. Lapisan atasan akan membentuk plak warna hitam (silver klorida) yang akan hilang dengan sendiri apabila sel dalam lapisan berkenaan terhakis atau gugur. 

Satu lagi petikan yang menyatakan  sebatian silver tidaklah sampai mengugat nyawa (itupun jika dimakan) adalah seperti berikut. 

“Dr Alan BG Lansdown, Honorary Senior Research Fellow and Senior Lecturer in Chemical Pathology, Clinical Chemistry and Investigative Sciences at Imperial College London, states that "Chronic ingestion or inhalation of silver preparations (especially colloidal silver) can lead to deposition of silver metal/silver sulphide particles in the skin (argyria), eye (argyrosis) and other organs. These are not life-threatening conditions but cosmetically undesirable.” This view is supported by the Agency for Toxic Substances and Disease Registry (ATSDR) and other authorities.”

Sebaliknya ada syarikat yang menjual silver sebagai bahan untuk kesihatan, Sila rujuk www.nutrasilver.com/myths.

Untuk maklumat pembaca Business Today (India) April (2009) melaporkan berikut “Mysore Paints & Varnish Ltd., the world’s oldest maker of indelible ink and the only one in India. This year, it exported the ink to Ghana, Mongolia, Malaysia, Nepal, South Africa and the Maldives. In 2004 used in Afghanistan”

Saya harap artikel ini dapat memperkayakan ilmu pembaca khasnya dan rakyat Malaysia amnya dan pada masa depan tidak ada lagi cerita hikayat mengenai silver nitrate dalam dakwat piliha raya akan timbul lagi.

Pepatah Melayu mengatakan bahawa “Segan mengayuh perahu hanyut, segan bertanya sesat jalan.” 
Harakahdaily.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena