Pemangku Ketua Polis Daerah Kangar DSP Ismail Che Isa berkata jika program itu diteruskan, ia jelas melanggar Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012.
"Kami akan mengambil langkah mengawal kawasan berkenaan bagi memastikan tidak berlaku sebarang perhimpunan," katanya di Kangar hari ini.
Menurut Ismail, polis hanya menerima satu permohonan untuk mengadakan program ceramah kesyukuran di tapak berkenaan tetapi polis tidak dapat memproses permohonan itu kerana penganjur gagal memenuhi syarat di bawah Seksyen 10(C) dan Seksyen 11, Akta perhimpunan Aman 2012.
Mengikut Seksyen 10(C) akta berkenaan, penganjur perlu mengemukakan permohonan bersama salinan persetujuan pemunya atau penghuni tempat perhimpunan manakala Seksyen 11 mensyaratkan pemohon memperoleh persetujuan pemunya atau penghuni tempat perhimpunan bagi maksud perhimpunan, katanya.
Sementara itu, Pengurus Kawalan Pelaburan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis Norsiake Kassim mengesahan pihaknya tidak menerima sebarang permohonan bagi menggunakan tapak perbadanan itu bagi tujuan perhimpunan.
Justeru, Ismail menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil bahagian dalam perhimpunan haram itu dan memberi amaran kepada penganjur supaya tidak meneruskan program itu atau berdepan tindakan undang-undang.
- Bernama/Malaysiakini.
Komentar
Mansor Raya · Pengulas Tertinggi · Project Specialist di Jurong East, Singapore
Sekat atau larang berhimpun bagaimana sekalipun, yg pasti ianya akan terus berlangsung.. Suara Rakyat adalah melebihi segalanya.. Semua akan berjalan dgn aman, selagi tiada gangguan dari mana2 pihak termasuk Polis.. Gunalah apa Akta sekali pun yg jelas perlaksanaannya hanya ditujukan utk mana2 golongan yg tidak menyokong kerajaan.. Rakyat sudah muak dgn cara spt ini.
Balas · 5 · · lebih kurang sejam yang lalu
Raja Mohd Shahrim · Pengulas Tertinggi · 3,770 orang pelanggan
Ismail nasihatkan org ramai jgn datang.. tapi bukan pada penyokong PR...
Balas · 10 · · lebih kurang sejam yang lalu
Bikir Perak · Pengulas Tertinggi · Sulu · 127 orang pelanggan
KERAjaan BN hanya boleh menyekat..kami. TAPI jiwa kami tidak boleh di sekat..HIDUP RAKYAT HIDUP KEADILAN...
Balas · 2 · · 23 minit yang lalu
Bikir Perak · Pengulas Tertinggi · Sulu · 127 orang pelanggan
KERAjaan UBN hanya mampu menyekat kami. Tetapi JIWA dan SEMANGAT kami InysaAllah tidak mampu di sekat, di ugat.. Kerana KUASA RAKYAT ADALAH KUASA SEJAGAT. POWER OF PEOPLE
Balas · 2 · · 13 minit yang lalu
0 comments:
Post a Comment