Friday, 21 June 2013

Rafizi nafi kenyataan Ketua Polis KL - mencetus provokasi... Rafizi akan saman?

Jumaat, 21 Jun 2013
Dah mula cakap merapu dah.. jangan ada jumpa bom botoi plastik macam BERSIH tempohari sudah..

Polis dakwa penganjur 'Black 505' mahu lihat pertempuran
Jun 21 2013
Polis Kuala Lumpur dalam satu kenyataan lewat petang ini mendakwa menerima maklumat tentang cubaan peserta himpunan 'Blackout 505 esok' untuk menimbulkan provokasi terhadap pihak berkuasa.

Rafizi nafi kenyataan KP KL
Rafizi Ramli
Rafizi Ramli



SHAH ALAM - Sekretariat Penganjur #Black505 hari ini menafikan kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh yang mengatakan penganjur 'Blackout 505' telah mengeluarkan arahan supaya melakukan provokasi terhadap anggota polis untuk  tujuan mencetuskan rusuhan.

Kenyataan itu bagaimanapun disanggah oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang juga merupakan jurucakap rasmi perhimpunan Black 505.

“Saya menafikan tuduhan tersebut. Pihak polis boleh menilai kesemua kenyataan media saya dan laporan temuramah mengenai kesemua perhimpunan Black 505.

“Tidak ada satu pun yang mengarahkan sebarang provokasi atau kekasaran terhadap pasukan polis,” katanya.

“Saya merupakan orang yang terlibat  dalam kesemua perancangan.
Posted by Kedah Lanie at 10:45 PM 

 # BLACK505 NAFI TUDUHAN KP KUALA LUMPUR ADA ARAHAN PROVOKASI, RAFIZI AKAN SAMAN ATAS KENYATAAN FITNAH DAN TIDAK BENAR !!!


#Black505 Nafi Tuduhan Ketua Polis Kuala Lumpur
Saya terkejut dengan kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato’ Mohamad Salleh yang baru dikeluarkan sebentar tadi. Antara lain, kenyataan tersebut menuduh kononnya penganjur mengeluarkan arahan untuk melakukan provokasi terhadap anggota polis dengan tujuan mencetuskan rusuhan.

Sebagai jurucakap rasmi kesemua perhimpunan #black505 yang telah dilaksanakan setakat ini, saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut. Pihak polis boleh menilai kesemua kenyataan media saya dan laporan temuramah mengenai kesemua perhimpunan #black505. Tidak ada satu pun yang mengarahkan sebarang provokasi atau kekasaran terhadap pasukan polis.

Saya juga merupakan penganjur utama kesemua perhimpunan #black505 termasuklah yang akan diadakan esok di Padang Merbok dan terlibat di dalam kesemua perancangan. Tidak ada satu perbincangan pun yang menyentuh mengenai kekasaran terhadap pasukan polis, malah saya berhubung dengan baik dengan Ketua Polis Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad sepanjang penganjuran ini.

Oleh kerana kenyataan Dato’ Mohamad Salleh itu adalah tidak benar dan memberikan gambaran buruk terhadap saya selaku penganjur, saya telah mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang dan saman terhadap Dato’ Mohamad Salleh kerana kenyataannya itu berbau fitnah dan tidak benar.

Saya juga mempertahankan kenyataan saya petang ini bahawa penganjur telah mendapat isyarat tidak rasmi dari pimpinan atasan bahawa pihak polis akan memberikan kerjasama untuk membolehkan perhimpunan esok berjalan lancar. Saya percaya keputusan itu akan diselaraskan di peringkat pimpinan polis dan Kementerian Dalam Negeri selepas ini.

RAFIZI RAMLI
21 JUN 2013

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena