Saturday, 15 June 2013

Runtuhan Penebat Kilat Menara Umno: Saya berharap bukan suami saya yang tertimbus

Ahad, 16 Jun 2013
Penebat kilat runtuh: penjual nasi dipercayai tertimbus
Seorang lelaki dipercayai tertimbus dalam lubang jalan sedalam lima meter yang terhasil akibat dihempap runtuhan penebat
kilat Menara Umno di Jalan Macalister di George Town Khamis lalu.

Sumber polis ketika dihubungi berkata penjual nasi Lim Chin Aik, 44, dilaporkan hilang oleh keluarganya pada 3 petang semalam.

Beliau berkata siasatan awal mendapati nombor casis empat angka belakang yang dijumpai pasukan petugas kerja-kerja pembersihan di kawasan runtuhan itu sama dengan nombor casis kereta milik penjual nasi berkenaan.
Bagaimanapun, katanya, polis belum membuat sebarang pengesahan bahawa Lim adalah mangsa yang tertimbus itu.

"Kerja mencari masih diteruskan. Tetapi kerja mencari agak rumit kerana terdapat air bertakung di dalam lubang itu. Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang sedang sedut air itu keluar," katanya.

Sementara itu, isteri Lim, Lee Chai Song, 48, berkata suaminya keluar mengambil anak perempuan bongsu mereka dari Penang Chinese Girl's High School di Jalan Gottlieb pukul 7 petang, Khamis lepas.

"Suami saya dipercayai tidak sampai ke sekolah kerana anak saya cikgu yang hantar ke rumah pada 9.30 malam. Suami saya tak bawa telefon sebab ingat keluar sekejap saja.

"Suami saya memandu kereta Honda City warna kelabu. Saya berharap bukan suami saya yang tertimbus," katanya ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.

Pada petang Khamis lepas, penebat kilat setinggi 20 meter yang terletak di atas Menara Umno di Jalan Macalister runtuh berikutan angin kencang mengakibatkan jalan rosak selain menghempap beberapa kenderaan.

Insiden pukul 6.45 petang itu turut menyebabkan seorang pekerja asing lelaki maut selepas lori yang dinaikinya bersama rakan sekerja dihempap penebat kilat berkenaan.

Sebanyak 293 rumah dilapor terjejas dipukul ribut kencang yang melanda negeri ini pada hari berkenaan, enam di daerah Seberang Perai Selatan, 125 di Seberang Perai Tengah, 12 Barat Daya, 94 di Seberang Perai Utara dan 56 di daerah Timur Laut.
- Bernama

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena