Kerajaan, polis akan rayu kes Kugan
Kerajaan dan polis akan memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi minggu lepas yang memberi award lebih RM800,000 sebagai bayaran ganti rugi kepada N. Indra, susulan kematian anak lelakinya A. Kugan ketika dalam tahanan polis pada Januari 2009.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan dan jika gagal ia akan dibawa ke Mahkamah Persekutuan.
"Saya menghormati keputusan yang dibuat Hakim Mahkamah Tinggi Datuk V.T Singham dan itu adalah keputusan mahkamah, oleh kerana keadilan harus diikuti bukan sahaja oleh pihak tertuduh tetapi juga pihak yang menuduh, maka sudah pasti ketua polis negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) dan kerajaan akan mengemukakan rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Alumni Sekolah Izzuddin Shah dan Sekolah Menengah Raja Perempuan Ta'ayah (Sista) ke-35 serta Koperasi bekas pelajar Izzuddin dan Ta'ayah (Kosista) ke-15 hari ini.
N. Indra menang dalam kes saman itu di Mahkamah Tinggi pada 26 Jun lepas apabila mahkamah mendapati plaintif telah membuktikan tuntutannya terhadap defendan-defendan.
Singham memberi award RM851,700 kepada Indra bagi ganti rugi serangan dan memukul, penjara palsu, misfeasans, kesakitan dan penderitaan.
Singham juga memerintahkan Khalid (yang ketika itu Ketua Polis Selangor), bekas konstabel polis V. Navindran, bekas Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Zainal Rashid Abu Bakar (yang telah meninggal dunia), ketua polis negara dan kerajaan untuk membayar RM50,000 sebagai kos. - Bernama
Ibu Kugan Menang Kes Saman Terhadap Polis, Kerajaan
Hakim Mahkamah Tinggi, V T Sigham memerintahkan defendan iaitu kerajaan dan polis membayar ganti rugi berjumlah RM851,700.
KUALA LUMPUR - Ibu kepada tahanan yang mati dalam lokap, A Kugan, N Indra berjaya memenangi tuntutan saman dikemukakan terhadap polis dan kerajaan Malaysia. Hakim Mahkamah Tinggi, V T Sigham memerintahkan defendan iaitu kerajaan dan polis membayar ganti rugi berjumlah RM851,700. Pada 13 Januari tahun lalu, Indra memfailkan saman menuntut ganti rugi RM100 juta dengan menamakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, yang ketika itu Ketua Polis Selangor sebagai defendan pertama. Bekas anggota polis, V Navindran (yang didapati bersalah mengakibatkan kecederaan kepada Kugan) sebagai defendan kedua diikuti bekas Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar dan kerajaan Persekutuan. Ketika ditahan, Kugan berusia 23 tahun dan adalah suspek kes curi kereta mewah. Dalam pernyataan tuntutan, Indra mendakwa kesemua defendan gagal pastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan anaknya semasa dalam tahanan polis dari 14 hingga ke 20 Januari 2009. #sumber
Baca Artikel Selanjutnya Di: http://pahangdaily.blogspot.com/2013/06/
Hakim VT Singham Bersara Selepas 13 Tahun Berkhidmat
Datuk V.T. Singham, yang sangat dihormati rakan sejawatan atas dedikasi dan komitmen beliau dalam menegakkan keadilan sistem kehakiman, bersara pada hari jadi ke-65nya
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk V.T. Singham, yang sangat dihormati rakan sejawatan atas dedikasi dan komitmen beliau dalam menegakkan keadilan sistem kehakiman, bersara pada hari jadi ke-65nya, Jumaat.
Berita persaraannya memeranjatkan ramai pengamal undang-undang termasuk staf beliau yang mengaku mereka langsung tidak mengetahui perkara itu apabila ditanya oleh pemberita mengenai persaraan Singham.
Menurut Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, persaraan Singham pada usia 65 tahun adalah persaraan wajib kerana Singham memilih untuk bersara pada usia itu ketika usia persaraan wajib bagi hakim dinaikkan kepada 66, beberapa tahun lepas.
Seorang pekerja kanan beliau yang enggan namanya disiarkan, menggambarkan Singham sebagai seorang perahsia yang tidak mahu persaraannya diheboh-hebohkan.
Ditanya sama ada penghakimannya pada Rabu lepas mengenai kes A. Kugan ada kaitan dengan keputusan Singham untuk bersara, pekerjanya itu berkata: "(Sebab)mengenalinya, saya ragu-ragu kes itu ada kena-mengena dengan keputusan beliau."
Seorang lagi pekerjanya berkata Singham tiba di pejabatnya pada pukul 7 pagi dan adakalanya lebih awal.
"Beliau mungkin meninggikan suara kepada peguam di mahkamah tetapi amat jarang terhadap kami. Beliau cuma mahu stafnya cekap dalam mengendalikan tugas yang diserahkan dan belajar daripada kesilapan," kata pekerja itu.
Penghakiman terakhir Singham ialah pada hari Rabu lepas apabila beliau memberi award lebih RM800,000 sebagai bayaran ganti rugi kepada seorang suri rumah, susulan kematian anak lelakinya A. Kugan ketika dalam tahanan polis pada Januari 2009.
Dalam penghakimannya, Singham memutuskan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Ibrahim (ketika itu Ketua Polis Selangor) bertanggungjawab atas kesalahan yang dilakukan di dalam pejabat awam.
Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2013/06/hakim-kes-kugan-di-desak-letak-jawatan.html#ixzz2XejKklj8
0 comments:
Post a Comment