Thursday 20 June 2013

Syarikat milik Cina sisih graduan Melayu - Sebenarnya Melayu elit yang pandai menjual nama Melayu...

Khamis, 20 Jun 2013
Melayu pertengahan di akar umbi hanya menjadi alat untuk mendapat sokongan kuasa Melayu dalam pilihanraya. 
Melayu Proto moyang populasi moden - Sejarah warisan dunia


Hari ini kita baca dalam akhbar Utusan Malaysia syarikat milik Cina sisih graduan Melayu. 
Kita juga pernah dilapurkan impak sampingan dari hasil Dasar Ekonomi Baru ialah kewujudan perniagaan Ali–Baba di antara Melayu dan Cina. Ali berkongsi perniagaan dengan Baba tetapi peranan Ali hanyalah broker atas nama Melayu untuk memudahkan Baba mendapat permit, tanah simpanan Melayu dan projek-projek kerajaan. 

Ali hanya menjadi ‘teman tidur’ Baba (sleeping partner) dengan hanya mendapat elaun sebagai ahli lembaga pengarah yang tidak berapa sen manakala perjalanan pengurusan perniagaan masih di bawah kuasa Baba. 


Ali tidak ada suara dalam syarikat Baba dan bila-bila masa jika Baba telah mendapat apa kehendak nya Ali akan ditendang keluar. Habis manis sepah dibuang. 
Hari ini pun masih terdapat ramai Melayu yang dilantik dalam syarikat Cina sekadar berperanan menjadi broker untuk mendekati pak menteri bagi mendapatkan projek kerajaan yang dikuasai menteri Melayu. 

Yang lebih melucukan Melayu-Melayu yang dilantik ini konon cukup kuat keMelayuannya menyalak atas nama Melayu bagai nak rak tetapi dibayar Cina untuk menjadi broker sahaja. 

Melayu-Melayu ini langsung tidak dapat menolong Melayu yang lain kerana mereka tidak ada ‘say’ dalam pengurusan syarikat Cina tersebut. 
 Orang Asli Temiar 
Sesungguhnya jenama Melayu dalam negara ini sungguh berharga dan amat menguntungkan bagi oportunis Melayu ‘urban’ dan Melayu elit yang pandai menjual nama Melayu. Melayu di desa dan Melayu pertengahan di akar umbi hanya menjadi alat untuk mendapat sokongan kuasa Melayu dalam pilihanraya. 

Apakah jenama ini masih boleh bertahan? jika Melayu hari ini bukan setakat menjadi pengemis dalam syarikat Cina tetapi lebih parah ialah mengemis undi Cina untuk menang dalam pilihanraya konon untuk mengekalkan kuasa Melayu. 

Melayu Proto Nenek Moyang Populasi Manusia?
Padan lah jika “Cina Tatak Helan Sama Melayu” kerana ada Melayu yang boleh dibeli dengan nilai yang begitu murah.
Author MUMMY ROKIAH/Posted by Kedah Lanie 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena