Tuesday 11 June 2013

PAS Perak fail 3 petisyen p'raya pagi ini.. & 3 petisyen lagi petang nanti atau esok...

Rabu, 11 jun 2013
PAS Perak fail 3 petisyen p'raya pagi  ini...

IPOH: Tiga wakil calon PAS mewakili Dewan Undangan Negeri (Dun) Pasir Panjang, Lubok Merbau dan Manjoi telah memfailkan petisyen pilihan raya pagi ini.

Menurut sumber, tiga lagi petisyen akan dibuat oleh PAS untuk Dun Rungkup, Manong dan Selama petang ini.

Petisyen tersebut difailkan menerusi Tetuan Amin Amirul & Partners yang diketuai oleh Pengerusi Lajnah Undang- Undang dan Hak Asasi Manusia PAS Perak, Amunuddin Zulkipli di Mahkamah Tinggi, Ipoh.
“Setakat pagi ini tiga Dun telah difailkan dan Insya Allah akan ada lagi beberapa Dun akan turut berbuat demikian pada petang ini atau esok,” katanya ketika ditemui Harakah selepas selesai memfailkan petisyen.

Hadir sama ialah pimpinan serta penyokong Pakatan Rakyat Perak yang hadir untuk memberikan sokongan.

Menurut beliau, pihaknya akan menunggu maklum balas oleh pihak mahkamah sebelum ditetapkan tarikh pengurusan kes tersebut.

Petisyen dibuat katanya adalah berdasarkan hujah serta asas kukuh tentang kepincangan, salah laku dan ketidakadilan dalam proses pilihanraya lalu.

“Perkembangan berikutnya akan dimaklumkan dari masa ke semasa dan kami berharap seluruh rakyat Malaysia khususnya di Perak agar dapat mendoakan kejayaan petisyen yang dijalankan ini seterusnya dapat mengangkat kembali hak rakyat Perak,” katanya lagi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu, calon PAS di Dun Manjoi Asmuni Awi kalah kepada calon BN Mohamad Ziad Mohamed dengan majoriti tipis iaitu 132 undi manakala di Pasir Panjang, calon PAS Rohawati Abidin tewas dengan majoriti 304 undi kepada Rashidi Ibrahim.

Majoriti 53 undi memisahkan antara calon PAS di Lubok Merbau, Zainudin Mohd Yusof dengan calon BN, Siti Salmah Mat Jusak.

PAS Perak hari ini menfailkan tiga petisyen pilihan raya umum ke-13 (PRU13) di Mahkamah Tinggi di Ipoh 
Image
PAS Perak hari ini menfailkan tiga petisyen pilihan raya umum ke-13 (PRU13) di Mahkamah Tinggi di Ipoh untuk mengisytiharkan tidak sah dan membatalkan keputusan di tiga kerusi DUN.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Misbahul Munir Masduki berkata petisyen itu membabitkan DUN Manjoi, Lubok Merbau dan Pasir Panjang.

"PAS Perak juga akan menfailkan tiga petisyen lain bagi kerusi DUN iaitu Rungkup, Manong dan Selama yang akan dikendalikan oleh peguam kita yang lain," katanya kepada pemberita.

Pada PRU13, calon PAS Asmuni Awi kalah kepada calon BN Mohamad Ziad Mohamed Zainal Abidin dengan majoriti 132 undi bagi pertandingan di DUN Manjoi.

Bagi DUN Lubok Merbau, calon BN Datuk Siti Salmah Mat Jusak mengalahkan calon PAS Mohd Zainudin Mohd Yusof dengan majoriti 53 undi manakala di DUN Pasir Panjang, calon BN Rashidi Ibrahim menewaskan calon PAS Rohawati Abidin dan calon Bebas S Vijayan dengan majoriti 304 undi.

Pada PRU13, PAS hanya menang lima daripada 22 kerusi DUN Perak yang ditandinginya manakala bagi kerusi parlimen pula, parti itu menang dua daripada lima yang ditandingi.
- Bernama

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena