Monday 24 June 2013

Pembukaan Dewan Rakyat: Anggota Polis cedera & patah gigi..

Isnin, 24 Jun 2013
Polis KL: Ada anggota yang cedera, patah gigi
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata, beberapa orang anggotanya cedera dalam pertembungan dengan kumpulan peserta perhimpunan berhampiran bangunan Parlimen hari ini.
Mohmad bekata, kejadian itu antara lainnya mengakibatkan seorang pegawai kanan polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sentul mengalami kecederaan di mata kanan dan hidung.
NONE
Seorang anggota polis IPD Dang Wangi terseliuh ibu jari tangan kiri dan patah gigi hadapan, katanya lagi.

"Peserta perhimpunan juga telah membuat provokasi dengan membaling botol air, telur dan menyimbah cat terhadap anggota polis yang bertugas," katanya dalam kenyataan berkenaan.

Tambahnya, seramai 29 orang lelaki dan tiga wanita ditahan perempuan termasuk Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin dan aktivis pelajar Adam Adli Abdul Halim ditahan dalam kejadian tersebut.

Suasana perhimpunan berkenaan bertukar tegang pada kira-kira jam 11.10 pagi apabila kumpulan tersebut cuba melepasi sekatan polis yang berkawal di kedudukan kira-kira 800 meter dari pintu pagar Parlimen.

Kumpulan berkenaan bagaimanapun tidak berjaya melepasi sekatan polis, yang berkawal di Jalan Parlimen dengan kekuatan kira-kira 300 orang anggota.

Kumpulan tersebut terdiri dari kira-kira 50 orang aktivis yang disuraikan dari tapak perkhemahan mereka di Padang Merbok dan disertai serami kira-kira 150 orang lagi yang seterusnya mengadakan protes dengan berbaring di atas jalan berkenaan sejak jam 10 pagi ini.Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena