Thursday, 13 June 2013

'Flashmob' menjelang himpunan 22 Jun & Pidato Perdana Blackout 505 di Meru Ipoh pada 17 Jun..

Jumaat, 14 Jun 2013
Jalan raya merupakan medium paling berkesan untuk rakyat melakukan reformasi pilihan raya - Datuk S Ambiga
Gabungan NGO Suara Rakyat 505 akan mengadakan dua 'flashmob' sebagai sebahagian daripada jelajah menjelang himpunan pada 22 Jun ini, kata Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin.

'Flashmob' pertama akan berlangsung pada jam 2 petang esok di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman dengan fokus utama berhampiran gedung membeli-belah Sogo.

'Flashmob' kedua pula akan berlangsung pada 19 Jun pada pukul 6 petang di Jalan Tun Perak.

Kemuncak jelajah tersebut, kata Badrul lagi, adalah majlis pengiraan detik akhir di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur pada 21 Jun.

"Pada malam kemuncak itu, hadirin akan diberi pedoman akhir bagi menghadapi hari besar 22 Jun 2013, hari rakyat menolak penipuan pilihan raya umum," kata Badrul atau lebih dikenali sebagai Chegubard pada sidang media pagi tadi.

Selain itu, beberapa pidato perdana akan turut berlangsung di seluruh negara menjelang himpunan Blackout 505, kata Chegubard.

Menurutnya, ia akan berlangsung pada 17 Jun (di Meru , Ipoh), 18 Jun (di Sungai Besar, Selangor), dan 20 Jun (Temerloh, Pahang), kata Chegubard.

Beliau turut mengambil kesempatan mengulas kenyataan pengerusi BERSIH, Datuk S Ambiga berkenaan kemungkinan jalan raya merupakan medium paling berkesan untuk rakyat melakukan reformasi pilihan raya.

Chegubard menyambut baik dan mengucapkan terima kasih kepada Ambiga yang menyokong gerakan rakyat massa.

"Kami mengenali sosok Datuk Ambiga, beliau cukup berhati-hati dan lembut dalam banyak perkara.

"Tetapi hari ini kita mengucapkan terima kasih kerana akhirnya beliau sedar dan akur dengan kehendak rakyat," katanya.
malaysiakini.


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena