Sunday, 16 June 2013

Titah KDYMM Tuanku Sultan Muhammad ke-V - GESA PUSAT SELESAI BAYARAN TUNAI ROYALTI PETROLEUM !!!

Ahad, 16 Jun 2013
SULTAN KELANTAN GESA PUSAT SELESAI BAYARAN TUNAI ROYALTI PETROLEUM !!!


Petikan Titah KDYMM SULTAN MUHAMMAD V

Sempena Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Kelantan Ketiga Belas Tahun 2013

BETA MENYARANKAN SUPAYA KERAJAAN NEGERI DAN KERAJAAN PERSEKUTUAN BERKERJASAMA DALAM MENYEDIAKAN KEMUDAHAN INFRASTUKTUR DAN ULTILITI DI NEGERI INI. ANTARANYA PEMBINAAN 'CENTRAL SPINE ROAD', LEBUHRAYA RAKYAT KOTA BHARU-KUALA KRAI DAN KEMUDAHAN BEKALAN AIR.

BETA JUGA BERHARAP SUPAYA PENYELESAIAN ISU TUNTUTAN BAYARAN TUNAI ROYALTI PETROLEUM DAPAT DISELESAIKAN MENGIKUT PERJANJIAN YANG TELAH DITANDATANGANI.

Sultan Muhamad ke V, bersama Tengku Mahkota Kelantan, berangkat ke majlis dalam selepas pemeriksaan perbarisan kehormatan diRaja....

KOTA BHARU: Sultan Kelantan Sultan Muhammad Ke-V, mengucap tahniah pada Kerajaan Kelantan kerana telah berjaya mengekalkan kemenangan di negeri ini pada PRU13 lalu. 
Pada masa yang sama juga baginda mengucapkan penghargaan kepada bekas Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kerana telah berjaya mengemudi kerajaan negeri selama 23 tahun dengan cemerlang.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Dun Kelantan Ke-13 di Kota Darulnaim, di sini tengah hari tadi.

“Beta juga mengucapkan tahniah keada Ahli-Ahli Yang Berhormat sekelian kerana berjaya dalam PRU lalu.

“Beta menyeru ahli-ahli berhormat dapat membalas kepercayaan rakyat dengan memberi sumbangan khidmat yang terbaik, bertanggungjawab dan saksama,” titah baginda lagi.

Baginda juga turut menyatakan keyakinan Menteri Besar Kelantan yang baru dapat meneruskan kesinambungan kecemerlangan berlandaskan wawasan kerajaan negeri yang makmur, berkat dan berkebajikan.
Titah baginda dalam tempoh 23 tahun pentadbiran kerajaan negeri di bawah ulama, telah melaksanakan pelbagai dasar pentadbiran dan program termasuk pembelajaran berterusan.

“Beta mengucapkan tahniah di atas kejayaan, pengiktirafan dan kecemerlangan yang dicapai oleh anggota perkhidmatan awam negeri,”titah baginda lagi.

Terdahulu baginda telah melakukan pemeriksaan perbarisan kehormat sempena pembukaan istiadat itu.

21 das tembakan meriam kedengaran di sepanjang perjalanan istiadat pembukaan dan perbarisan yang diadakan di pekarangan Kompleks Kota Darulnaim.

Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, Timbalan Menteri Besar, Datuk Amar Nik Abdullah, Speaker Dun Kelantan menyambut keberangkatan tiba Sultan dan Tengku Mahkota Kelantan.

Hadir sama pada majlis perasmian itu, bekas Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ketua Pembangkang, Datuk Norzula Md Diah dan Adun-Adun yang lain.

Dua Adun mengangkat sumpah hari ini iaitu Datuk Seri Mustapha Mohamed (BN-Ayer Lanas) dan Datuk Che Abdullah Md Nawi (PAS-Wakaf Bharu).
MB, TMB Kelantan dan bersama TGNA sedang mengikuti titah ucapan dari Sultan Muhamad ke V, sewaktu pembukaan sidang Dun Kelantan, pagi tadi. 
-Kedahkini




0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena