Sunday, 9 June 2013

Polis akan sekat himpunan 'Blackout 505' di Perlis

Ahad, 8 Jun 2013
Polis tidak meluluskan perhimpunan Blackout 505 yang dijadual berlangsung malam esok, di tanah lapang Kampung Bakau di Kangar, kerana penganjurnya tidak mengemukakan permohonan dalam tempoh 10 hari sebelum penganjurannya.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kangar DSP Ismail Che Isa berkata jika program itu diteruskan, ia jelas melanggar Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Kami akan mengambil langkah mengawal kawasan berkenaan bagi memastikan tidak berlaku sebarang perhimpunan," katanya di Kangar hari ini.

Menurut Ismail, polis hanya menerima satu permohonan untuk mengadakan program ceramah kesyukuran di tapak berkenaan tetapi polis tidak dapat memproses permohonan itu kerana penganjur gagal memenuhi syarat di bawah Seksyen 10(C) dan Seksyen 11, Akta perhimpunan Aman 2012.

Mengikut Seksyen 10(C) akta berkenaan, penganjur perlu mengemukakan permohonan bersama salinan persetujuan pemunya atau penghuni tempat perhimpunan manakala Seksyen 11 mensyaratkan pemohon memperoleh persetujuan pemunya atau penghuni tempat perhimpunan bagi maksud perhimpunan, katanya.

Sementara itu, Pengurus Kawalan Pelaburan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis Norsiake Kassim mengesahan pihaknya tidak menerima sebarang permohonan bagi menggunakan tapak perbadanan itu bagi tujuan perhimpunan.

Justeru, Ismail menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil bahagian dalam perhimpunan haram itu dan memberi amaran kepada penganjur supaya tidak meneruskan program itu atau berdepan tindakan undang-undang.
- Bernama/Malaysiakini.

Komentar

Mansor Raya ·  Pengulas Tertinggi · Project Specialist di Jurong East, Singapore
Sekat atau larang berhimpun bagaimana sekalipun, yg pasti ianya akan terus berlangsung.. Suara Rakyat adalah melebihi segalanya.. Semua akan berjalan dgn aman, selagi tiada gangguan dari mana2 pihak termasuk Polis.. Gunalah apa Akta sekali pun yg jelas perlaksanaannya hanya ditujukan utk mana2 golongan yg tidak menyokong kerajaan.. Rakyat sudah muak dgn cara spt ini.
Balas · 5 ·  · lebih kurang sejam yang lalu

Raja Mohd Shahrim ·  Pengulas Tertinggi · 3,770 orang pelanggan
Ismail nasihatkan org ramai jgn datang.. tapi bukan pada penyokong PR...
Balas · 10 ·  · lebih kurang sejam yang lalu

Bikir Perak ·  Pengulas Tertinggi · Sulu · 127 orang pelanggan
KERAjaan BN hanya boleh menyekat..kami. TAPI jiwa kami tidak boleh di sekat..HIDUP RAKYAT HIDUP KEADILAN...
Balas · 2 ·  · 23 minit yang lalu

Bikir Perak ·  Pengulas Tertinggi · Sulu · 127 orang pelanggan
KERAjaan UBN hanya mampu menyekat kami. Tetapi JIWA dan SEMANGAT kami InysaAllah tidak mampu di sekat, di ugat.. Kerana KUASA RAKYAT ADALAH KUASA SEJAGAT. POWER OF PEOPLE
Balas · 2 ·  · 13 minit yang lalu

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena