Sunday 16 June 2013

Berita Luar Negara: Syria & Iran..

Ahad, 16 Jun 2013
Negara Islam luar seperti Mesir dah putus hubungan dengan Syria...tapi Malaysia apa cerita?

Mursi Memutuskan Hubungan Diplomatik Dengan Syria
Ekoran PERANG DI SYRIA MESIR Memutuskan Hubungan Diplomatik Dengan Kerajaan SYRIA | PERANG DI SYRIA | Ucapan Presiden Mesir, Dr. Morsi sempena Himpunan Rakyat Mesir bersama Revolusi Syria telah memutuskan hubungan diplomatik dengan kerajaan Syria Bashar Al-Assad. Ekoran daripada kekejaman kerajaan Syria Bashar Al-Assad kepada rakyat mereka yang rata-rata berpegang kepada Ahlussunnah Wal Jamaah (ASWJ).
Presiden Mesir mengeluarkan perintah sebagaimana berikut :
1- Memutuskan Hubungan Diplomatik Dengan Kerajaan Syria Sekarang
2- Menutup Kedutaan Syria di Kaherah. 
3- Memanggil Balik Wakil Kedutaan Mesir di Damsyik.


Hassan Rowhani presiden baru Iran menggantikan Mahmoud Ahmadinejad
TEHERAN 16 Jun - Calon berhaluan sederhana, Hassan Rowhani , yang mendahului pilihan raya semalam, berjaya menggantikan Mahmoud Ahmadinejad sebagai Presiden Iran yang baru selepas mendapat lebih tiga suku daripada undian.

Rowhani yang juga bekas perunding nuklear yang mempunyai hubungan baik dengan masyarakat antarabangsa memperolehi 50.8 peratus undi.

Datuk Bandar Teheran, Mohammad Baqer Qalibaf pula berada di kedudukan kedua dengan 15.6 peratus diikuti dengan perunding nuklear, Saeed Jalili dengan jumlah 11.4 peratus, serta bekas pengawal komander, Mohsen Rezai yang berjaya mengumpul undian sebanyak 11.3 peratus. - AFP

Rakyat Iran mula mengundi pilih Presiden baru
2013/06/14 
Foto
WANITA Iran membuang undi pada pilihan raya presiden bagi menggantikan Mahmoud Ahmadinejad di Tehran, Iran, hari ini. - Foto AP

Foto
WARGA Iran beratur panjang sebelum membuang undi pada pilihan raya presiden bagi menggantikan Mahmoud Ahmadinejad di Tehran, Iran, hari ini. - Foto REUTERS

TEHRAN: Pusat pengundian di seluruh Iran dibuka hari ini bagi pilihan raya presiden menggantikan Mahmoud Ahmadinejad. 

Lebih 50 juta pengundi berdaftar akan memilih enam calon yang menawarkan diri bertanding pada pilihan raya kali ini.
Semua calon adalah penyokong setia kepada pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei, yang mempunyai kuasa muktamad mengenai hal ehwal dalam negara. 

Ahmadinejad kali ini tidak boleh bertanding selepas berkhidmat selama tiga penggal berturut-turut. - AP

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena