Sunday 9 June 2013

Terkini seramai 4,600 orang ahli UMNO menyertai PKR pada Majlis Himpunan Black Out 505 Sabah

Ahad, 9 Jun 2013
Terkini ! 4,600 ahli UMNO sertai PKR, Sabah!
SERAH....Sahar menyerahkan borang keahlian seramai 4,600 orang ahli UMNO menyertai PKR kepada Anwar Ibrahim pada Majlis Himpunan Black Out 505 Sabah.

SAHAR BAWA 4,600 AHLI UMNO SERTAI PKR
LIBARAN : Gara-gara hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan UMNO Libaran, seramai 4,600 orang ahli daripada 38 buah cawangan telah keluar beramai-ramai meninggalkan parti itu menyertai PKR yang diketuai sendiri Mantan Calon Bebas Parlimen Libaran, Sahar Saka, petang kemarin.

Upacara kemasukan beramai-ramai ahli tersebut telah diadakan di Dewan Hakka, bersempena Program Himpunan Blackout Sabah dan penyerahan borang kemasukan tersebut telah diterima oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan disaksikan seramai lebih 2,000 para penyokong parti Pakatan Rakyat (PR) yang melibatkan PAS, PKR dan DAP.

Dalam ucapan ringkasnya, Sahar antara lain menjelaskan tujuan beliau dan para pengikutnya menyertai PKR kerana sudah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan UMNO yang didakwanya terlalu banyak melakukan perkara songsang.

"Saya nyatakan dengan ikhlas yang tidak bermusuhan dengan Datuk Hj Juslie Ajirul dan saya juga tidak bermusuhan dengan Datuk Hj Zakaria Hj Edris. Walaupun saya sudah berpindah kapal, namun soal fahaman ideologi politik yang berbeza kita ketepikan dulu; yang penting kawan tetap kawan,” jelasnya.

Kata Sahar, terdapat beberapa pemimpin kanan UMNO Pusat yang menyelar beliau sebagai orang yang tidak pandai beruntung dan orang yang tidak pandai bersyukur dan berterima kasih serta tidak mengenang budi kepada UMNO kerana menyertai PKR.

"Saya bertanding atas tiket bebas. Saya tidak anti UMNO atau BN tetapi saya marah dengan Datuk Musa Aman yang langsung tidak memberi ruang dan peluang kepada saya untuk jadi calon di Libaran. Kemudian saya dipecat daripada UMNO untuk seumur hidup. Buat apa saya tunggu parti yang tidak telus perjuangannya?” ujarnya.
Lebih 2,000 penyokong Pakatan Rakyat menghadiri Program Himpinan Black Out 505 Sabah di Dewan Hakka, Sandakan.

Sementara itu, dalam ucapannya, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membongkar penipuan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak telus dalam sistem perjalanan pada PRU 13 ini dan terbukti dakwat hitam yang diletakkan dijari para pengundi tidak kekal; tidakpun sampai sehari dakwat hitam begitu mudah tanggal di jari apabila membasuh tangan.

Katanya, di negara-negara lain seperti India, Indonesia, serta Pakistan para pengundinya juga menggunakan dakwat hitam tetapi kekal dan tdak mudah luntur dari jari masing-masing berbanding di Malaysia.

“Perbuatan Musa Aman menyekat dan melarang kemasukan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah dan Tian Chua Ahli Parlimen kawasan Batu ke Sabah telah menjadikan bahan ejekan dan bahan ketawa oleh para pemimpin luar negara.

"Kenapa rakyat Malaysia sendiri dilarang masuk ke negara sendiri? tetapi di Lahad Datu, di Kampung Tanduo dan Tanjung Labian, orang asing begitu mudah bolos ke Sabah tanpa sekatan; berbanding dengan Rakyat Malaysia. Mereka dilarang memasuki negeri Sabah,” ujarnya.

“Dalam PRU 13 lalu rakyat Bangladesh boleh mengundi dan ada di antaranya daripada mereka boleh mengundi sehinga 2 dan 3 kali sebab dakwat hitam yang diletakan di jari-jari mereka mudah tanggal (hilang) bila mereka mencuci tangan,” jelasnya.

“Mengenai petisyen pilihanraya, akan kita teruskan. Kita akan teruskan juga perhimpunan Black Out untuk menentang dan memprotes pihak SPR kerana dalam menjalankan tanggungjawab tidak telus dan bersekongkol melakukan penipuan.

"Saya cabar Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz dan Timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar supaya meletakan jawatan daripada SPR kerana bersubahat dengan UMNO/BN melakukan penipuan kepada rakyat, khususnya pengundi. Mereka berdua tidak layak duduk di kerusi empuk di SPR untuk menyusahkan rakyat saja,” tambahnya lagi.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ahli Parlimen Sandakan, Stephen Wong dan para pemimpin kanan parti-parti Pakatan Rakyat yang terdiri Timbalan Persuruhjaya PAS Sabah Hj Hamzah Hj Abdullah dan Pengerusi Perhubungan PKR Sabah, Mohd Tamrin Hj Zaini. 
Sabahkini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena