Sunday 9 June 2013

Takziah buat keluarga Allahyarham Tajuddin

Ahad, 9 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS (DPP) Negeri Perak merakamkan ucapan takziah kepada Puan Shariffah Ramli di atas pemergian suami beliau, Allahyarham Tajuddin Zainal Abidin.

Allahyarham merupakan mangsa yang terlibat di dalam tragedi runtuhan konkrit Jambatan Kedua Pulau Pinang di Batu Maung.

Jenazah beliau selamat tiba di kediaman mertuanya pada jam 2.08 pagi tadi.

Ketua DPP Perak yang juga Adun Gunong Semanggol, Mohd Zawawi Abu Hassan sempat mengimamkan solat jenazah yang turut disertai oleh Adun Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat.

“Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas beliau. Pihak kami juga mendoakan ahli keluarga beliau dapat bersabar dan menerima dengan redha. Al-Fatihah,” tulis beliau di Facebook.
Harakahdaily.

 Jenazah Mangsa Jambatan Penang II Runtuh Di Kebumikan Awal Pagi Ini

ISTERI mangsa, Shariffah Ramli (tengah) ditenangkan oleh sanak saudara ketika beliau menunggu mayat suaminya, Tajudin Zainal Abidin di Jabatan Forensik, Hospital Pulau Pinang malam ini. - UTUSAN/MALINDA ABDUL MALIK
PULAU PINANG 8 Jun - Mangsa yang maut dalam kejadian runtuhan penyambungan tanjakan susur keluar ke Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan akan dikebumikan awal pagi ini juga.

Isterinya, Shariffah Ramli,40, berkata, jenazah suaminya, Tajudin Zainal Abidin,45, akan dibawa pulang ke kampung di Bukit Merah, Perak sebaik sahaja proses bedah siasat selesai dijalankan.

"Saya akan bawa pulang jenazah suami ke kampung saya di Kampung Batu 39, Bukit Merah," katanya kepada pemberita di perkarangan rumah mayat, Hospital Pulau Pinang, di sini malam tadi.

Mayat Zainal yang terperangkap dalam kejadian runtuhan yang berlaku lewat petang semalam itu berjaya di keluar oleh pasukan penyelamat kira-kira pukul 8.45 malam tadi. 
- UTUSAN ONLINE 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena