Tuesday 11 June 2013

DBKL Tipu!!.. Larian Olimpik McDonalds tidak melibatkan Padang Merbok!

Rabu, 11 Jun 2013
Rafizi: Tiada Acara Lain Di Padang Merbok 22 Jun Ini


KUALA LUMPUR, 11 Jun - Rafizi Ramli mendedahkan hari ini tiada acara akan diadakan di Padang Merbok pada 22 Jun ini, mencadangkan alasan diberikan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Phesal Talib untuk tidak membenarkan perhimpunan Pakatan Rakyat (PR) #Black505 kerana tempat itu digunakan pada tarikh tersebut sebagai tidak benar. Pengarah strategi PKR itu juga berkata, beliau secara peribadi menyiasat dakwaan Ahmad semalam dan mendapati Larian Olimpik McDonald anjuran Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dijadualkan pada 23 Jun di Dataran Merdeka dan bukannya Padang Merbok. “Menyemak laman Facebook MOM untuk mendapat maklumat lanjut mengenai Larian Olimpik McDonald ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. “Didapati bahawa larian ini bukanlah berlangsung di Padang Merbok tetapi bermula dan berakhir di Dataran Merdeka,” tambah beliau lagi. Ahli Parlimen Pandan itu mengatakan siasatannya tidak terhenti di situ. Untuk memastikan acara tersebut benar-benar akan diadakan di Dataran Merdeka yang bersejarah, beliau mengatakan turut menyemak laman sesawang Pacesetters Athletic Club Malaysia (PACM), turut terlibat dengan tersebut. Di laman rasmi kelab itu, Rafizi mengesahkan acara anjuran MOM diadakan di Dataran Merdeka, bukannya di Padang Merbok. #sumber
Datuk Bandar Kuala Lumpur Ahmad Phesal
Saya kesal dengan tindakan DBKL yang tidak memberikan jawapan yang jelas - MP Pandan
Saya kesal dengan tindakan DBKL yang tidak memberikan jawapan yang jelas mengenai kepenggunaan Padang Merbok pada 23 Jun 2013 semata-mata kerana terpaksa tunduk kepada tekanan politik Umno/Barisan Nasional. 

Jelasnya, acara pada 23 Jun 2013 tidak melibatkan Padang Merbok dan bermula/berakhir di Dataran Merdeka – maka tidak ada alasan untuk tidak membenarkan himpunan aman #black505 berlangsung di Padang Merbok pada 22 Jun 2013. 

Saya juga ingin menjawab alasan-alasan lain yang diberikan oleh Dato’ Bandar Kuala Lumpur terutamanya ekoran pendedahan bahawa acara pada 23 Jun 2013 anjuran MOM tidak menggunakan Padang Merbok: 

1. Pendirian pimpinan Umno/Barisan Nasional bahawa perhimpunan aman hanya boleh diadakan di tempat tertutup seperti stadium adalah tidak masuk akal dan bertentangan dengan hak berhimpun secara aman di semua tempat-tempat awam mengikut peruntukan Akta Perhimpunan Aman. Jika pendirian pimpinan Umno/Barisan Nasional ini digunapakai, maka tidak ada apa-apa majlis atau acara yang boleh dibuat di tempat terbuka dan akta perlulah ditukar namanya menjadi “Akta Perhimpunan Aman Dalam Stadium Sahaja” 

2. Alasan bahawa penggunaan stadium akan memudahkan penjaja juga tidak masuk akal kerana semua perhimpunan aman yang dibuat di tempat terbuka sebelum ini berjaya menempat penjaja dengan baik. Malah, penggunaan stadium menyempit ruang untuk penjaja berniaga 

3. Alasan bahawa perhimpunan di Padang Merbok akan menjejaskan perhiasan sekitar kawasan sudah tentu tidak masuk akal kerana acara Larian Olimpik McDonald mengambil ruang yang lebih besar dan melalui semua kawasan-kawasan berhampiran Parlimen 

4. Alasan bahawa perhimpunan akan menyebabkan kesesakan jalan raya tidak boleh dipakai kerana Larian Olimpik McDonald akan menyebabkan jalan-jalan ditutup di sekitar kawasan. Jika pihak berkuasa boleh menutup jalan untuk mempermudahkan larian itu, saya pasti pihak berkuasa juga boleh menutup jalan untuk perhimpunan aman #black505 pada 22 Jun 2013. 

Saya dan rakan-rakan Pakatan Rakyat akan hadir berbincang dengan Dato’ Bandar Kuala Lumpur pada 14 Jun 2013 tetapi kami tidak akan berganjak dari keputusan mengadakannya di Padang Merbok pada 22 Jun 2013, apatah lagi apabila terbukti padang itu tidak digunakan pada hari Sabtu dan Ahad minggu itu. 

RAFIZI RAMLI 
Pengarah Strategi KEADILAN 
Ahli Parlimen Pandan 
11 JUN 2013

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena