Tuesday 11 June 2013

BN Perak tidak akan memfailkan sebarang petisyen berhubung keputusan PRU-13

Selasa, 11 Jun 2013
"Bukannya soal tiada kes atau kita tidak akan menang" - Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir

IPOH - Barisan Nasional (BN) Perak tidak akan memfailkan sebarang petisyen berhubung keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), sebaliknya mahu terus mara ke hadapan melaksanakan pelbagai agenda pentadbiran negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, pihaknya menerima keputusan PRU-13 biarpun boleh membuat petisyen di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi kurang 1,000 undi oleh pembangkang seperti Selinsing.
"Kawasan DUN Changkat Jering juga dimenangi oleh Pas dengan hanya majoriti 1,170 undi, namun kita telah berbincang bahawa inilah masanya untuk kita maju ke hadapan.

"Bukannya soal tiada kes atau kita tidak akan menang. Lebih penting, kita terima keputusan dan teruskan tugas. Kalau tidak, kita tidak akan habis-habis berada dalam kancah politik yang tegang dan tiada ketentuan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Hari Bertemu Pelanggan Menteri Besar di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di sini hari ini.

Sementara itu Pas Perak memfailkan 6 petisyen untuk DUN berhubungan dengan keputusan pilihanraya. Petisyen itu membabitkan DUN Manjoi, Lubok Merbau Pasir Panjang, Rungkup, Selama dan Manong.

Petisyen dibuat  adalah berdasarkan hujah serta asas kukuh tentang kepincangan, salah laku dan ketidakadilan dalam proses pilihanraya lalu.

Pada PRU13, PAS hanya menang lima daripada 22 kerusi DUN Perak yang ditandinginya manakala bagi kerusi parlimen pula, parti itu menang dua daripada lima yang ditandingi.
batuvskayu.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena