Saturday 5 October 2013

Fasal 85 Perlembagaan PAS Pindaan 2011...BOLEH BERKEMPEN - Asmuni Awi (Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS Pusat)

Ahad, 6 Oktober 2013
Setiap calon dan Ahli PAS Boleh Berkempen - Asmuni Awi
Asmuni Awi Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS Pusat


Sewaktu PAS Kawasan Gopeng mengadakan mesyuarat agongnya dua minggu lepas, tiga tokoh parti telah dijemput untuk menyampaikan ucapan sebelum mesyuarat dimulakan.

Mereka ialah, AJK PAS Pusat, Hj Mahfudz Omar, PJ Perak, Ust Bakar Hussein dan Ketua Penerangan PAS Perak, Dr Ahmad Nuri Endut.

 Salah seorang dari mereka yang berucap dimajlis itu, ada mengatakan bahawa “Dalam PAS ini jangan ada yang berkempen-kempen untuk meminta jawatan. Kalau ada yang berbuat begitu, insya’Allah orang itu akan kalah!”

“Jawatan itu adalah amanah, jika tidak ditunaikan boleh bawa bala di akhirat kelak….,” tambahnya lagi.

 Lebih kurang begitulah peringatan dari sipolan itu. Memang baguslah cakap macam begitu….kerana yang cakap itu pun sudah ada juga jawatan…. Aku hanya senyum-senyum sahaja…

 Aku tumpang gembira apabila baru-baru ini, Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS Pusat, Asmuni Awi mengumumkan mengenai Peraturan dan Tatacara Pemilihan menjelang Muktamar Tahunan PAS ke-59 November ini.
 Menurutnya peraturan tersebut adalah di bawah Fasal 85 Perlembagaan PAS Pindaan 2011.

 Asmuni telah menjelaskan serba sedikit mengenai etika kempen. Bahawa setiap calon atau ahli PAS BOLEH BERKEMPEN, tetapi mengikut peraturan yang ditetapkan :

 1. Calon hanya boleh promosikan dirinya sahaja. Dia tak boleh perlekehkan  orang lain khususnya pihak lawan.

 2. Dia boleh jelaskan wawasannya dan apa yang akan dia buat kalau dia menang.

 3. Calon itu juga tak boleh menyalahgunakan kedudukannya.

 4. Setiap calon tidak boleh membeli undi.

 5. Setiap calon tidak boleh bertindak menyalahi disiplin parti seperti yang telah ditetapkan. Kalian boleh rujuk di sini

Ternyata apa yang diucapkan oleh sipolan yang kononnya didalam PAS adalah dilarang untuk berkempen secara terbuka adalah perkara yang tidak benar.Kontra dengan apa yang Asmuni nyatakan diatas itu.

 Memang kebanyakan ahli-ahli PAS sendiri tidak berapa faham mengenai melobi sesuatu jawatan itu sebenarnya dibolehkan dalam Islam.

 Korang nak jadi Imam atau Kadhi misalnya, sudah tentu perlu mengisi borang permohonan. Kena menyatakan kelulusan dan sebagainya.Kemudian kena hadiri sessi temuduga atau ujian bagai….Kalau korang tak isi borang atau memohon jawatan, alamat jadi penganggurlah sampai ke mati....Ha! ha! ha!

Sebenarnya, asal di dalam sistem siyasah Islam, individu dilarang merebut jawatan kepimpinan umat atau memintanya, namun perkara tersebut dikecuali disebabkan darurat atau tuntutan yang amat sangat daripada sesuatu keadaan.

 Al-Imam al-Mawardi (meninggal 450H) di dalam Al-Ahkam as-Sultaniyyah menyebut bahawa adakalanya meminta jawatan memperolehi pahala sekiranya tujuan untuk menegakkan kebenaran dan dibimbangi orang yang tidak layak mendapat tempat tersebut

 Pendapat al-Mawardi ini bersesuaian dengan sabda Nabi s.a.w. di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud : Maksudnya: Sesiapa yang meminta jawatan qadhi muslimin sehingga dia memperolehinya kemudian keadilannya mengatasi kezalimannya maka baginya syurga.

 Nabi Yusuf a.s. sendiri telah meminta jawatan dalam kerajaan Mesir, katanya:

 Yusuf berkata: “Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya.Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir; ia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki, dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan. ( Surah Yusuf 55-56)

 Kata al-Qurtubi: “Sesungguhnya Yusuf a.s. hanya meminta kuasa setelah dia mengetahui bahawa tiada sesiapa yang setanding dengannya, yang dapat melaksanakan keadilan, islah dan menyampaikan hak-hak fakir miskin. Dia melihat yang demikian itu adalah fardu `ain bagi dirinya, kerana tiada siapa lagi selain dia.

 Demikian juga hukumnya pada hari ini.Sekiranya seseorang insan tahu mengenai dirinya, bahawa dia dapat menegakkan kebenaran dalam kehakiman dan hisbah, sementara tiada seseorang pun yang sesuai dan setanding dengannya maka jawatan itu fardu `ain ke atas dirinya.

 Wajib dia mengendali dan memintanya. Dia juga hendaklah memberitahu sifat-sifatnya yang melayakkan memperolehi jawatan tersebut iaitu ilmunya, kemampuannya dan lain-lain.”

 Namun pendekatan kempen yang dibuat sesetengah ahli dan pemimpin PAS bagi menghadapi Muktamar ke-59 November ini adalah diluar adab dan kesopanan dengan cara menyerang dan memburuk-burukan  pihak yang tidak dipersetujui.

 Malah ada di kalangan pimpinan dan ahli PAS yang menyatakan bahawa orang ini layak memimpin, orang ini tidak layak,orang ini faqeh, orang itu tidak; malah label seperti Liberal, Syiah dan Erdorgen juga diberikan kepada kepimpinan parti.Apa kata perwakilan dan tindakan Badan Disiplin parti nanti?
Catatan Oleh alhusseyn pada 12:00 am.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena