Dah kerja je sampai penat2 badan. Last2 accident
Tengok neh kawan2. Nampak? Nampak? Kos sara hidup tinggi. Nak tampung keperluan kena kerja gila2. Dah kerja je sampai penat2 badan. Last2 accident. Dah accident anak2 yang masih hidup jadi yatim. Ada fikir tak? Ada?
Saya Benci Harga Barang Naik!
'Letih bekerja antara punca nahas jalan raya'
KUCHING - Letih kerana bebanan kerja adalah antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan kes kemalangan jalan raya sejak sedekad lepas, kata pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan, Tan Sri Lee Lam Thye, semalam.Beliau berkata, daripada hanya 18,387 kes dilaporkan pada 2002, perangkaan mengenai pekerja yang terbabit dengan kemalangan ketika pergi atau balik dari tempat kerja, meningkat kepada 26,256 tahun lepas dan junmlah ini adalah membimbangkan.
"Hingga Jun 2013 (dari Januari tahun ini), jumlahnya sudah mencapai 13,679 kes. Pekerja dan majikan mereka perlu memainkan peranan masing-masing untuk mencegah jumlah kes ini terus meningkat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Seminar Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan Untuk Media di sini.
Lam Thye berkata, pekerja juga perlu didedahkan kepada kaedah pemanduan berhemah dan defensif sebagai satu lagi cara untuk mencegah meningkatnya kes kemalangan.
"Majikan perlu memberi lebih banyak peluang kepada pekerja mereka untuk mengikuti latihan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Kami sentiasa bersedia membantu mereka untuk memberi latihan itu," katanya. - Bernama
0 comments:
Post a Comment