Thursday 3 October 2013

PRK N20 Sungai Limau selepas Bajet 2014 dibentangkan - Penamaan 23 Okt , Undi 4 Nov & guna dakwat kekal...

Khamis, 3 Oktober 2013

PRU13 N20 SUNGAI LIMAU

Parti Undi
Datuk Seri Azizan Abdul RazakPas 13294
Fadzilah Mohd AliBN 10520
Bebas 100
Bebas 84
2013
Pengundi: 27,287                                     
 Pecahan Kaum: M:93% C:7% L:0% 
Jumlah Undi: 24,404 Undi Rosak: 351 Peratus Mengundi: 89.43 
PRK DUN Sungai Limau : Penamaan – 23 Oktober , undi – 4 November
PRK DUN Sungai Limau
SHAH ALAM 3 OKT : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Oktober 2013 adalah hari penamaan calon dan 4 November 2013 hari pengundi untuk Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Sungai Limau.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof mengumumkan demikian selepas mempengerusikan mesyuarat khas SPR di Putrajaya hari ini.

Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin, dalam reaksinya di twitter mempersoalkan tarikh itu yang penamaan calon dibuat pada hari Rabu manakala hari pengundian pada hari Isnin yang merupakan hari bekerja.

Seramai 27,222 pemilih berdaftar bagi PRK ini dengan 27,220 pemilih berdaftar biasa dan dua lagi tidak hadir kerana berada di luar negara. Tidak ada pengundi-pengundi awal bagi PRK kali ini.

PRK DUN Sungai Limau diadakan berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Abdul Razak pada Khamis lepas setelah lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan serius.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Mei lepas, Azizan yang juga mantan menteri besar Kedah memperoleh 13,294 undi menewaskan sepupunya, Mohd Fazillah Mohd Ali daripada BN dengan majoriti 2,774 undi.
SelangorKini 
azlan
SPR nafi sengaja buat PRK Sungai Limau selepas Bajet 2014 dibentangkan
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menegaskan pengumuman tarikh PRK Sungai Limau tiada kaitan dengan Bajet 2014 yang akan dibentangkan pada 25 Oktober ini.

“Dalam pertimbangan mesyuarat sebentar tadi, kita hanya mempertimbangkan isu penggunaan dewan oleh sekolah bagi kegunaan peperiksaan SPM dan cuti Deepavali,” katanya pada sidang media ketika mengumumkan tarikh pengundian PRK Sungai Limau di sini, sebentar tadi.

Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan pihak pembangkang bahawa SPR sengaja memilih tarikh selepas pengumuman bajet bagi mempengaruhi undian.


PRK DUN Sungai Limau akan menggunakan dakwat kekal yang sama ketika PRK Kuala Besut.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika mengumumkan tarikh pengundian PRK Sungai Limau di sini, sebentar tadi.

Sementara itu, Abdul Aziz turut menyerahkan writ PRK Sungai Limau kepada Pegawai Pengurus yang juga Pegawai Daerah Yan, Abdul Rashid Osman.
KL-TODAY.COM

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena