Thursday 10 October 2013

Suami hiba pangku mayat isteri...berhasrat cari pekerjaan di sekitar pusat bandar

Khamis, 10 Oktober 2013
Suami hiba pangku mayat isteri

UPEK memangku mayat Julan yang mati selepas dilanggar dan diseret sebuah bas di Miri semalam

MIRI: Seorang suami yang terlalu menyayangi isterinya meratap hiba sambil memangku jasad wanita tersebut apabila mendapati orang yang sudi berkongsi hidup dengannya itu maut dalam keadaan tragis selepas diseret sejauh 10 meter oleh sebuah bas yang melanggarnya semalam.

Kejadian di Jalan Miri-Lutong di sini pada pukul 9 pagi itu berlaku apabila Julan Batang, 42, dilanggar bas henti-henti sebelum diseret hingga mengakibatkan mangsa cedera parah di kepala dan tangan.

Suami mangsa, Upek Usan, 48, berkata, sebelum kejadian, mereka dalam perjalanan pulang ke rumah sewa di Jalan Pujut Adong di sini selepas mencari pekerjaan di sekitar pusat bandar.

"Ketika kami berlari untuk melintas jalan, tangan kami terlepas hingga mengakibatkan Julan dilanggar bas.

"Saya menyesal kerana sebelum itu isteri mencadangkan kami menggunakan jejantas tetapi saya tetap berkeras mahu melintas jalan. Dia menjadi korban kerana tindakan saya," katanya sambil memangku mayat isterinya.
-kosmo-
at 10/10/2013 10:57:00 PTG
Jangan Cari Nahas (Gambar hiasan)
Gunakan Jejantas

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena