Thursday, 3 October 2013

Sedihya, Isteri meninggal, anaknya pula diperkosa 5 rakan sekolah dan Mat Bangla...

Khamis, 3 Oktober 2013
Sekadar hiasan/KL Post

Terima Kehadiran Cucu Walaupun Hasil Diperkosa
[HM] Sepang: “Walaupun saya mendapat cucu dengan cara begini, saya tetap sayangkan Adam. Saya anggap dia pengganti arwah isteri saya genap setahun lalu. Keletahnya setiap hari menyebabkan saya terlupa dia tidak mempunyai bapa.

“Saya terima dengan hati terbuka keadaan ini biarpun anak saya, Aina baru berusia 15 tahun ketika melahirkannya lebih setahun lalu. Hidup kami bahagia, namun sebagai bapa, saya mahu ibu Adam kembali ke sekolah seperti biasa,” kata seorang bapa yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 44.

Menurutnya, hati bapa mana tidak tersentuh mengenangkan nasib anaknya yang menjadi mangsa rogol lima rakan sekolah dan kemudian diperkosa warga Bangladesh berhampiran rumah, namun ia bukanlah penghalang untuk dia menyayangi bayi berkenaan.

Baginya, dia menganggap kejadian itu takdir Ilahi walaupun terpaksa berdepan pelbagai cemuhan dan pandangan serong jiran tetangga, namun dia perlu meneruskan kehidupan sebagai bapa tunggal untuk menjaga lima anaknya dan seorang cucu.

“Selepas kejadian pertama, saya dan arwah isteri nekad menjaga cucu kami, namun dia hanya sempat melihat wajah Adam selama dua bulan sebelum meninggal dunia.

 “Sejak itu, bebanan terletak di bahu saya seorang. Pada mulanya, saya agak terumbang-ambing kerana tiada siapa menjaga anak dan cucu yang baru dilahirkan,” katanya memberitahu ia tidak menghalang niatnya untuk membesarkan cucunya itu.

Katanya, arwah isteri meninggal dunia pada 28 September tahun lalu dalam van ketika menunggu anak pulang dari sekolah kerana penyakit darah tinggi.

“Kematian isteri hanya disedari sebaik anak dan rakan sekolahnya menghampiri van berkenaan. Saya rasa isteri mengalami tekanan memikirkan nasib keluarga kami, tambahan pula cemuhan masyarakat.

“Dalam keadaan kelam kabut itulah, seorang lelaki warga Bangladesh mengambil kesempatan memperkosa anak saya itu beberapa hari lalu.

“Biarpun berat, saya terima juga ketentuan Tuhan. Mungkin sudah nasib saya begini,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Dengkil mengenai kejadian itu, Isnin lalu. - 3/10/13/DCM

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena