Wednesday, 6 November 2013

Ada isu besar negara bakal meletup! 'Serius dan membimbangkan?'

Rabu, 6 November 2013
Boleh jadi apa dibangkitkan Mahahir ini serius dan membimbangkan...
www.agc.gov.my 

Mengejutkan! Perkembangan terbaru mengenai satu isu membabitkan negara ini agak menarik dan mungkin boleh mengejutkan banyak pihak. Seperti mana dilaporkan oleh sebuah protal berita, kononnya Dr Mahathir Mohamad kini sedang memberi tekanan ke atas salah laku Pegaum Negara Abdul Ghani Petail yang disyaki terlibat dengan dua orang pegawai CIA menjadi bekerja di pejabat Peguam Negara.

Isu ini adalah serius. Lapor portal berita itu juga keraguan Mahathir terhadap tingkah laku Ghani Petail itu telah sampai ke pengetahuan Menteri Dalam Negeri, Zahid Ibrahim. Dakwah portal itu Mahathir ada memanggil Zahid dan bertanya hal itu.

Zahid pula memberi jaminan akan menyiasat. Apabila Mahathir sedia untuk memanggil Zahid ini bermakna tindakan Mahathir itu bukan bersifat peribadi tetapi demi negara.

Walaupun begitu perkembangan ini dilihat satu perancangan yang cukup rapi oleh pihak tertentu dalam mencorakkan politik negara ini. Isu serius itu memberi peluang terbaik kepada Mahathir untuk terus menyerang Najib Razak demi kepuasan naluri politiknya. Kalau ia kebetulan isu ini merupakan rezeki buat Mahathir.

Kebelakangan ini Mahathir telah menyerang kepimpinan Najib secara senyap dan lantang dalam isu-isu tertentu seperti mengkritik polisi politik Najib dalam memastikan kemenangan UBN semasa pilihanraya umum lalu di mana Najib menggunakan wang negara begitu banyak untuk menarik undi.

Boleh jadi apa dibangkitkan Mahahir ini serius dan membimbangkan. Beliau katanya sedia berjumpa semula dengan beberapa pegawai tinggi kerajaan yang selama ini agak 'renggang' dengannya. Hasil perjumpaan itulah terbongkar mengenai salah laku Ghai Petail ini.

Kita percaya beberapa hari lagi isu ini akan meletup. [wm.kl.4:13 pm 06/11/13]

Posted by mso.im at 4:18:00 PM

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena