Monday, 11 November 2013

Balas Dendam: Punca pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jaip

Isnin, 11 November 2013
Kumpulan lelaki berkenaan dikatakan melakukan balas dendam.
Jaip_Tembak_1

"Kita dikejutkan lagi dengan insiden tembak mati. Kali ini Ahmad Rafli Abdul Malek, 49, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menjadi sasaran. Allahyarham ditembak petang Ahad tadi.

Allahyarham dipercayai ditembak sebanyak tiga kali di hadapan rumahnya, di Indera Mahkota 2, Pahang. Tembakan dilakukan sekumpulan lelaki berjubah warna hitam dan berkopiah yang menaiki kereta Wira Aeroback berwarna putih . Kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Punca kejadian masih dalam siasatan pihak polis. Motif pembunuhan mempunyai kaitan dengan ketegasan Allahyarham mengambil tindakan ke atas kumpulan syiah yang wujud di Pahang. Kumpulan lelaki berkenaan dikatakan melakukan balas dendam.

Berikut ialah beberapa keping gambar sekitar pembunuhan Allahyarham.
Jaip_Tembak_2

Jaip_Tembak_3

Jaip_Tembak_4
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena