Friday, 14 February 2014

Kajang: Zaid Ibrahim bertanding..."M'sia dibelenggu pemimpin bercakap "perkara bodoh dan berbahaya"

Sabtu, 15 Februari 2014

Menyeronokkan menjamu sate bersama rakyat... Zaid

Petang tadi Malaysiakini melaporkan.. Zaid Ibrahim yang bertanding tetapi kalah dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 2010 di bawah tiket PKR, menulis dalam blognya bahawa beliau berminat bertanding jika isterinya memberikan restu.

Menulis dalam blognya (www.zaid.my), Zaid berkata beliau cenderung untuk menawarkan diri sebagai calon bebas kerana bertanding dalam pilihan raya itu akan membolehkannya menangani banyak isu-isu politik dan ekonomi yang dialami negara.

"Menulis blog ini (www.zaid.my) adalah menyeronokkan tetapi bagus juga untuk bercakap secara bersemuka dengan rakyat sebenar, mendengar apa yang mereka mahu katakan dan, sudah tentu, menjamu sate bersama mereka.

"Bercakap kepada pengundi Kajang juga akan menguji penerimaan beberapa idea saya, yang seterusnya boleh menjadi maklum balas yang berguna untuk pembuat dasar kita," katanya.

Beliau berkata Malaysia kini "dibelenggu" oleh suasana yang "tidak terkawal" dan para pemimpin sama ada tidak berkata apa-apa atau berkata "perkara bodoh dan merbahaya".

Katanya, jika pemimpin takut untuk menangani apa yang dipanggil isu-isu sensitif kerana takut kalah dalam pilihan raya, maka "biarlah saya melakukannya."

Malam ini The Star laporkan Zaid Ibrahim sah akan turut bertanding dalam PRK Kajang ini sebagai calon Bebas setelah mendapat restu isterinya...
Nak kata apa?.. Negara ini negara demokrasi.. kalau Zaid nak bertanding juga tiada siapa yang boleh menghalangnya..

Dulu semasa bertanding dalam PRK Hulu Selangor atas tiket PKR beliau telah memperolehi 23,272 undi, tewas 1,725 undi kepada calon BN.. kali ni tak tahulah berapa yang dia akan dapat..

Dan yang pasti untuk mendapat majoriti undi lebih dari 10,000 sepertimana yang disuarakan oleh Zuraida itu di ( SINI ).. agak sukar kali ini...

Tadi dalam satu portal berita entah yang mana satu tah.. ada orang kata Zaid perlukan restu isterinya sebab dia takut bini..

Tapi kawan aku yang takut bini kata.. dia takut bini sebab dia tidur dengan bini dia tiap-tiap malam, jadi bila-bila masapun bini dia boleh sembelih dia, jadi sebab itulah dia takut bini..

Apa pun selamat bertanding Dato.. semoga tidak hilang wang pertaruhan..

Sekarang PRK Kajang menyaksikan Anwar Ibrahim vs Zaid Ibrahim vs Herman Tino... berapa banyak lagi calon bebas yg akan timbul tak tahulah..
Posted by Anak Sungai Derhaka 
Photo: [admin]   Sumbangan anda diperlukan...

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena