Saturday, 15 February 2014

Kenapa kejar juruterbang TUDM yang jujur dan lepaskan 'Jerung Besar' yang rasuah, soal DAP

Sabtu, 15 Februari 2014
Jerung besar...
Photo: ANDA TAK MAU KENA SAMAN?!? WAJIB BACA INI

 1. Saya baru dapat surat saman dari JPJ, saya ingatkan sepanjang Lebuhraya Utara Selatan (LRUS) hadlajunya 110 KM/J, rupanya tidak. Saya telah disaman semasa melalui Ipoh dengan kelajuan 104 KM/J, hadlaju disitu katanya 90 KM/J, tapi saya yakin ketika turun dari terowong Menora menuju bandar Ipoh hingga ke Simpang Pulai tak nampak pulak signboard 90 KM/J, ada sesiapa boleh sahkan? Adakah ketiadaan signbord itu disengajakan supaya duit rakyat mudah dikaut? Jadi berhati2lah wahai sahabat2 sekelian, memang kebelakangan ni nampak banyak betul speedtrap, dulu katanya nak stop dah, taktaulah nampak sgat mcm kemaruk duit diorang ni. BERITA DIBAWAH LAGI GEMPAQ!!! Betul tak betul terpulang pada anda menentukan, mungkin x betul tapi tak salah berhati2 (sumber dari rakan fb)

 2. Info dr Blk Gerakan JPJ Malaysia

 Tepat jam 6 ptg td selesai mesy JPJ d Putrajaya berkaitan dgn Ops Raya Cina. setiap jpj ng akan mengadakan ops penyamaran utk mengesan pesalah jlnraya tanpa adakan sekatan/roadblok. angota jpj ini tidak memakai pakaian seragam atau kenderaan jabatan.semua anggota d benarkan meggunakan kenderaan sendri ketika bertugas dan d benarkan claim. setiap anggta d beri target 15 saman seorang. sasaran kesalahan dr aspek 
 1. Tidak pakai seatbelt
 2. Langgar lampuisyarat
 3. Cermin gelap
 4. Potong Q
 5. Guna hp semasa memandu
 6. Merokok semasa memandu
 7. no plat xikut saiz
 Mesy.putuskan pesalah2 ini akan d beri surat saman secara pos kpd pemilik dan denda tidak kurang rm1000. semua denda kesalahan tidak blh d kurang, dgn tujuan utk mendisplin pemandu d malaysia.

 Tlg sebarkan kpd semua kwn2 d luar sana, demi mjaga poket masing2.....

 (gambar sekadar hiasan)
Photo: JUAL RAHSIA NEGARA; TUDUHAN N SURENDRAN TERHADAP ABDUL RAZAK BAGINDA; KALAU TAK BETUL SILALAH SAMAN SI SURENDRAN NI

Scorpene: JUAL DOKUMEN SULIT TLDM GUGAT KESELAMATAN NEGARA
(Oleh: Mohd Martin Kahar)

KUALA LUMPUR 1 Jun: Naib Presiden KEADILAN, N Surendran  mempersoal bagaimana Abdul Razak Baginda yang merupakan kenalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memperoleh dokumen sulit Tentera Laut Malaysia (TLDM) untuk dijual kepada DCNS.
“Saya terkejut mendapat tahu dokumen sulit TLDM boleh terlepas ke pihak luar. Ini sangat berbahaya kerana boleh mengancam keselamatan negara. Ia dijual oleh Razak yang merupakan sahabat baik Najib,”
“Saya khuatir adakah Najib juga terlibat kerana secara kebetulan beliau ketika itu adalah Menteri Pertahanan,” katanya kepada Keadilan Daily.
Sementara itu, KEADILAN akan memfailkan usul tergempar di parlimen berhubung penjualan dokumen sulit kerajaan kepada syarikat pertahanan Perancis itu.
Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, rakyat berhak menuntut penjelasan perdana menteri kerana kemungkinan wujud bahaya besar kepada negara. Katanya, ia juga memungkinkan maklumat rahsia pertahanan negara yang lain turut dijual kepada ejen asing.
“Jika tidak ada respons segera, rakyat harus bersedia menerima akibat dari keselamatan dan kedaulatan negara yang tergugat,” kata Nurul Izzah seperti dilapor Malaysiakini.
Kelmarin, Joseph Breham, peguam yang mewakili Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mendedahkan dokumen sulit TLDM dijual kepada DCNS dalam urusan pembelian Scorpene.
Pada sidang medianya di Bangkok Thailand, Breham berkata, syarikat berkenaan membayar 36 juta euro (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd yang dimiliki Abdul Razak, kononnya untuk kerja-kerja kejuruteraan komersial.
Hakim yang menyiasat kes berkenaan juga dikatakan mahu tahu tujuan bayaran tersebut dan meminta laporan transaksi kewangan daripada DCNS.

http://www.keadilandaily.com/jual-dokumen-sulit-tldm-ancam-keselamatan-negara/
Gambar sekadar hiasan

Mejar Zaidi sudah pun menjadi contoh – suatu 
kejujuran, integriti, dan keberanian
มูฮัมหมัด บรูโน่มาร์ส's photo.

Pemimpin DAP, Lim Kit Siang hari ini mempersoalkan tindakan Putrajaya mendakwa juruterbang Mejar Zaidi Ahmad kerana mengadu mengenai dakwat kekal Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sementara membiaran sahaja “jerung besar yang rasuah, mencuri ratusan juta ringgit hartanah dan kekayaan, berlagak bebas tanpa hukuman dan menikmati imuniti”.

Beliau berkata, kerajaan sepatutnya malu kerana berkelakuan jahat dan sempit terhadap juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membuat laporan polis terhadap dakwat kekal yang digunakan dalam pilihan raya pada 5 Mei lalu.

“Mengapa pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak degil dan tidak bertimbang rasa sehingga mereka lebih memilih mendakwa Zaidi menggunakan undang-undang ketenteraan yang berusia 40 tahun.

“Zaidi melakukan apa yang setiap warganegara Malaysia mahu buat, dia bercakap benar mengenai dakwat kekal yang digunakan dalam pilihan raya lalu kerana ia memang mudah dibasuh dan boleh tanggal.

“Penggunaan Akta Angkatan Tentera 1972 terhadap Zaidi menunjukkan pemimpin ketenteraan tidak ada pendirian dan mengambil perintah daripada pemimpin politik,” kata ahli Parlimen Gelang Patah itu dalam satu kenyataan, hari ini.

Lim juga mendesak Najib dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk campur tangan dan menarik balik semua tuduhan terhadap Zaidi, yang berdepan hukuman penjara dua tahun, jika sabit kesalahan.

“Jika Zaidi dihantar ke penjara, kedua-duanya Najib dan Hishammuddin patut rasa malu dan segan di mata dunia. Tetapi, mereka nampaknya membisu dan tidak sensitif,” katanya.
Beliau berkata, ketika Zaidi membuat laporan polis mengenai kegagalan dakwat kekal, beliau bertindak atas kapasiti sebagai pengundi dan rakyat Malaysia.

“Beliau bukan membuat laporan polis atas kapasti juruterbang TUDM.
“Mana lebih tinggi, kesetiaan kepada Perlembagaan Persekutuan atau peraturan birokrasi dan syarat dalam perkhidmatan ketenteraan,” katanya.

Beliau berkata, jika Putrajaya tidak bersedia untuk menarik balik semua tuduhan terhadap Zaidi, maka beliau akan membangkitkan isu itu dalam sidang Parlimen yang akan bermula pada 10 Mac.

Zaidi membuat laporan polis selepas dakwat kekal di jarinya hilang apabila dibasuh hanya beberapa jam selepas mengundi dalam PRU13.

Beliau kini dihadapkan di Mahkamah Tentera dengan beberapa tuduhan melanggar perintah Majlis Angkatan Tentera Malaysia, membuat kenyataan kepada media tanpa kebenaran Kementerian Pertahanan, dan menghantar dua kiriman pesanan ringkas (SMS) yang bersifat politik.

Beliau didakwa pada 7 Februari di Mahkamah Tentera di Kuala Lumpur. Kes itu akan didengar enam panel anggota pada 8 April.
Di samping itu, beliau juga dibekukan daripada menjalankan tugas sebagai juruterbang dan terpaksa  bertugas di jabatan am.

Zaidi mendapat sokongan daripada sebuah NGO pro PKR, Pahlawan, kumpulan bekas askar yang berkata juruterbang itu menjadi mangsa Putrajaya sebagai contoh bagi menakutkan semua anggota tentera daripada menjalankan hak-hak mereka sebagai warganegara.

Pahlawan berkata, ia tidak masuk akal apabila menggunakan undang-undang ketenteraan berusia 40 tahun bagi menyalahkan juruterbang berkenaan kerana membuat laporan polis.
Gabungan Pilihanraya Bebas dan Adil (Bersih 2.0) dalam status Facebook baru-baru ini juga menyokong Zaidi dengan menyatakan beliau secara jelas menjadi mangsa tentera dan kerajaan.

Bersih 2.0 mempersoalkan mengapa Zaidi yang menjadi pemberi maklumat dalam kes ini, dikenakan tindakan mahkamah manakala SPR dibiarkan lepas begitu sahaja.
"Kerajaan jelas berniat untuk menjadikan Mejar Zaidi sebagai contoh bagi menyampaikan mesej kepada orang lain, terutama pasukan bersenjata tentera dan penjawat awam agar tidak bertindak walau dalam apa keadaan sekalipun hatta demi keadilan.

"Apa yang kerajaan tidak sedari ialah Mejar Zaidi sudah pun menjadi contoh – yang patut dicontohi dan bukan dielak – suatu kejujuran, integriti, dan keberanian."
Photo: MAHKAMAH TENTERA SAYA AKAN DISAMBUNG SELEPAS PRK KAJANG (8,9, 10 APRIL 2014)

Salam, rasa2 klau buat serentak dengan Kajang mau ada yg tersedak satey Kajang nanti, jadi eloklah bagi Kajang settle dulu, Mac jom turun pekena satey Kajang, April jom pakat2 turun ke Mahkamah Tentera sya di Kompleks Mahkamah Tentera TUDM, Pangkalan Udara Kuala Lumpur (berhampiran muzium TUDM), lawan tetap lawan. kehadiran anda amat2 bermakna bagi mengidupkan obor perjuangan rakyat tertindas! Allahuakbar!!!

7 PERTUDUHAN YG DIKENAKAN KE ATAS SAYA DI MAHKAMAH TENTERA 
Photo: 7 PERTUDUHAN YG DIKENAKAN KE ATAS SAYA DI MAHKAMAH TENTERA JUMAAT 7 FEB DEPAN

1.  Kamu tlh dipertuduhkan melakukan kesalahan iaitu TIDAK MEMATUHI SUATU PERINTAH YANG SAH DISISI UNDANG2 YG BERTENTANGAN DGN SEKSYEN 50(2) AAT 72. 

 Butir2 kesalahan iaitu kamu di perkarangan Balai Polis IPD Kepala Batas pada 01 Mei 13 telah melanggar perintah majlis angkatan tentera (MAT), No 13 tahun 1961, discipline and security, publication of information by individual member, para 5, dengan membuat kenyataan mediauntuk menyatakan rasa tidak puas hati yang sepatutnya perkara tersebut di panjangkan mengikut saluran pihak angkatan tentera (AT).

2. Kamu tlh dipertuduhkan melakukan kesalahan iaitu TIDAK MEMATUHI SUATU PERINTAH YANG SAH DISISI UNDANG2 YG BERTENTANGAN DGN SEKSYEN 50(2) AAT 72. 
 
Butir2 kesalahan iaitu kamu di perkarangan Balai Polis IPD Kepala Batas pada 01 Mei 13 telah melanggar perintah majlis angkatan tentera (MAT), No 13 tahun 1961, discipline and security, publication of information by individual member, para 13, dengan membuat kenyataan media berhubung isu dakwat kekal tanpa mendapatkan kelulusan daripada pihak Kementerian Pertahanan. 

3. Kamu tlh dipertuduhkan melakukan kesalahan iaitu TIDAK MEMATUHI SUATU PERINTAH YANG SAH DISISI UNDANG2 YG BERTENTANGAN DGN SEKSYEN 50(2) AAT 72.  

Butir2 kesalahan iaitu kamu di Taman bertam indah, Kepala Batas pada 03 Mei 13 telah melanggar perintah majlis angkatan tentera (MAT), No 13 tahun 1961, discipline and security, publication of information by individual member, para 3, dengan menyiarkan maklumat rasmi berupa kawat tumpangan keluar kepada pihak media tanpa mendapat kelulusan daripada pihak MAT. 

4. Kamu tlh dipertuduhkan melakukan kesalahan iaitu TIDAK MEMATUHI SUATU PERINTAH YANG SAH DISISI UNDANG2 YG BERTENTANGAN DGN SEKSYEN 50(2) AAT 72.  

Butir2 kesalahan iaitu kamu di Taman bertam indah, Kepala Batas pada 03 Mei 13 telah melanggar perintah majlis angkatan tentera (MAT), No 13 tahun 1961, discipline and security, publication of information by individual member, para 5, dengan membuat kenyataan media untuk menyatakan rasa tidak puas hati berhubung isu dakwat kekal yang sepatutnya perkara tersebut disiasat melalui saluran pihak AT.  

5. Kamu tlh dipertuduhkan melakukan kesalahan iaitu TIDAK MEMATUHI SUATU PERINTAH YANG SAH DISISI UNDANG2 YG BERTENTANGAN DGN SEKSYEN 50(2) AAT 72.  

Butir2 kesalahan iaitu kamu di Taman bertam indah, Kepala Batas pada 03 Mei 13 telah melanggar perintah majlis angkatan tentera (MAT), No 13 tahun 1961, discipline and security, publication of information by individual member, para 13, dengan membuat kenyataan media berhubung isu dakwat kekal tanpa mendapatkan kelulusan daripada pihak Kementerian Pertahanan. 

6. Kamu tlh dipertuduhkan melakukan kesalahan iaitu TIDAK MEMATUHI SUATU PERINTAH-PERINTAH TETAP YG BERTENTANGAN DGN SEKSYEN 51 AAT 72.  

Butir2 kesalahan iaitu kamu semasa bertugas di PU Bworth pada 1 Mei 13 telah melanggar perintah tetap pangkalan , bahagian 2 perintah no 51 yang diketahuinya atau sepatutnya dia ketahui, dengan menghantar SMS berbaur politik dan/atau hasutan dengan menyatakan “Ayuh mempertahankan ibu pertiwi dri dijajah oleh penipu dan perasuah, jgn jdi bacul dan nnt anak cucu kencing d atas kubur kita” ialah satu perintah yang diketahui atau sepatutnya dia mengetahui. 

7. Kamu tlh dipertuduhkan melakukan kesalahan iaitu TIDAK MEMATUHI SUATU PERINTAH-PERINTAH TETAP YG BERTENTANGAN DGN SEKSYEN 51 AAT 72. 
 
Butir2 kesalahan iaitu kamu semasa bertugas di PU Bworth pada 1 Mei 13 telah melanggar perintah tetap pangkalan , bahagian 2 perintah no 51 yang diketahuinya atau sepatutnya dia ketahui, dengan menghantar SMS berbaur politik dan/atau hasutan dengan menyatakan “Sama2 lah kta berdoa agar Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kpada kita semua serta dilindungi Negara kita yg tercinta ini dari diperintah oleh SIPENZALIM, PEMFITNAH, PERASUAH, PENIPU DAN PENGANJUR PGRM2 MAKSIAT” iaitu satu perintah yang diketahui atau sepatutnya dia mengetahui. 

SEKSYEN BERKENAAN

1. Seksyen 50(2)  (Tidak patuh kepada pegawai atasan)  Tiap-tiap org yg tertakluk kepada undang2 perkhidmatan di bawah Akta ini yang, sama ada dengan sengaja atau oleh sebab kecuaian, tidak mematuhi apa-apa perintah yg sah dari pegawai atasnya boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dikenakan penjara atau apa-apa hukuman yang lebih ringan yg diperuntukkan oleh Akta ini.

Dengan syarat bahawa jika kesalahan itu tidak dilakukan dalam perkhidmatan giat, ia tidak boleh dikenakan penjara selama tempoh lebih daripada dua tahun.

2. Seksyen 51 (Tidak patuh kepada perintah tetap) Tiap-tiap org yg tertakluk kepada undang2 perkhidmatan di bawah Akta ini yang melanggar atau  tidak mematuhi apa-apa peruntukan perintah yg baginya dipakai seksyen ini , iaitu peruntukan yg diketahui atau yg munasabah dijangka diketahui olehnya boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun atau apa-apa hukuman yg lebih ringan yg diperuntukkan oleh Akta ini.

7 PERTUDUHAN YG DIKENAKAN KE ATAS SAYA DI MAHKAMAH TENTERA JUMAAT 7 FEB DEPAN

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena