Friday, 14 February 2014

Najib Dah Malu Sebab Tu Cakap Macam Ni... Isu Letak Jawatan T/ Menteri JPM P.Waytha Moorthy

Sabtu, 15 Februari 2014

Najib Dah Malu Sebab Tu Cakap Macam Ni..

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) hari ini mengesahkan beliau telah menerima surat peletakan jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P.Waytha Moorthy pada Isnin lepas (10 Februari). 

Bagaimanapun perdana menteri berkata Waytha Moorthy tidak berjumpa dan berunding dengannya terlebih dahulu sebelum berbuat demikian. "Saya menghormati dan menerima keputusan beliau serta mengucapkan selamat berjaya dan mengharapkan yang terbaik untuk usaha beliau di masa hadapan.

"P.Waytha Moorthy mungkin mempunyai pendekatan yang berbeza, namun beliau sepatutnya berjumpa dan berunding dengan saya terlebih dahulu sebelum mengumumkan peletakan jawatannya," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Najib berkata keputusan pengerusi Hindraf itu untuk meletakkan jawatan setelah memeterai perjanjian persefahaman dengan Barisan Nasional bagi memajukan lagi agenda masyarakat India, adalah mendukacitakan.

"Bagi menjayakan persefahaman ini, P. Waytha Moorthy seharusnya menyesuaikan diri dalam sistem pentadbiran kerajaan dan menjalin kerjasama bagi mendapatkan konsensus untuk melaksanakan program kerajaan.

"Saya ingin menegaskan bahawa selaras dengan pendekatan saya membentuk kerajaan yang mudah didekati dan sentiasa memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan, kita akan melaksanakan program pembangunan sosioekonomi kepada kaum India sebagaimana kita lakukan untuk kaum-kaum yang lain," kata perdana menteri.

Dalam satu kenyataan Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf) pada Isnin lepas, Setiausahanya P.Ramesh berkata Waytha Moorty memutuskan untuk meletak jawatan kerana mendakwa kerajaan BN gagal mengotakan janji, biarpun menang Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lepas.

Waytha Moorthy dilantik sebagai senator dan timbalan menteri selepas PRU13. Sebelum itu, Hindraf memeterai perjanjian persefahaman dengan kerajaan pada 18 April untuk berusaha menyelesaikan isu sosioekonomi melibatkan masyarakat India. ~tmi/
Photo: [admin]   Sumbangan anda diperlukan...

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena