Tuesday, 1 April 2014

MH370: Sebenarnya terhempas ke tidak?... Jangan jadi alasan untuk membeli-belah [beli aset baharu]...

Selasa, 1 April 2014

Jangan jadikan krisis MH370 alasan membeli-belah, kata ahli Parlimen DAP

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

Ahli Parlimen DAP, Steven Sim (gambar) hari ini menyelar kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang dilihat menjadikan misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sebagai peluang untuk membeli aset pertahanan negara baru.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam itu turut mempertikaikan kenyataan Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa) Dr Noordin Ahmad yang menyifatkan satelit RazakSat-2 yang akan dilancarkan pada 2016 dapat membantu negara menghadapi insiden kehilangan pesawat.

“Ini satu rujukan sangat jelas kepada insiden MH370. Hishammuddin dakwa, ini masa untuk dapatkan lebih banyak wang beli aset pertahanan baru dalam hadapi krisis MH370.

“Amat malang sekali, kami berpendapat krisis MH370 sebagai satu alasan untuk pergi membeli-belah,” katanya dpada satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Dicatat oleh Elbi Risalah.

Pesawat #MH370 ni sebenarnya terhempas ke tidak?


 1 2 0 320

SEBELUM ini Perdana Menteri, Najib Tun Razak mengumumkan bahawa pesawat #MH370 berakhir di Lautan Hindi. 

Masa tu aku tengok dalam TV macam-macam reaksi orang, ada yang menangis, ada yang meraung, ada yang pengsan. Najib sendiri pun buat muka sedih.

Keesokan harinya, majoriti akhbar ‎menyiarkan laporan pengumuman itu di muka depan sebagai 'MH370 terhempas'.

Antara akhbar yang mengesahkan MH370 sebagai terhempas di muka depan ialah akhbar anak syarikat Utusan Malaysia milik Umno, iaitu Kosmo.

Tapi sekarang, kenyataan Najib yang menggambarkan pesawat #MH370 sebagai terhempas itu dinafikan pula. Malah oleh akhbar yang melaporkan ia sebagai terhempas sebelum ini.

Jadi apa hasil siasatan sebenarnya? Terhempas ke tidak? Macam manalah orang tak marah dengan negara kita, nyawa orang mana boleh buat main-main.

Sebab itulah keluarga penumpang MH370 sanggup datang dari China beramai-ramai semata-mata nak protes cara kerajaan Malaysia tangani isu ini. 

Mereka rasa seperti ada sesuatu yang disembunyikan.

"Satu kejadian, dua kenyataan bercanggah, maknanya ada pembohongan"

Read more: http://milosuam.blogspot.com/2014/04/pesawat-mh370-ni-sebenarnya-terhempas.html#ixzz2xeJsFM

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena