Tuesday, 1 April 2014

Ketua Pengarah DCA 'Berkelakuan Aneh' - Usir Media di Persidangan IATA

Selasa, 1 April 2014

AKHIRNYA BELANG KETUA PENGARAH JABATAN PENERBANGAN AWAM (DCA) TERBONGKAR ... FOBIA DENGAN MEDIA SAMPAI SANGGUP HALAU PARA WARTAWAN TINGGALKAN DEWAN PERSIDANGAN!!!
http://omakkau.blogspot.com/2014/04/akhirnya-belang-ketua-pengarah-jabatan.html

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman, mengejutkan para peserta Persidangan Ops Pertubuhan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) di Kuala Lumpur hari ini apabila beliau menghentikan ucapannya separuh jalan dan meminta media untuk meninggalkan dewan persidangan itu. 

Azharuddin, yang memberi penjelasan mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dan usaha pihak berkuasa dalam mengesan pesawat itu, secara tiba-tiba berhenti berucap kira-kira selepas seminit berucap.

"Saya minta maaf, adakah ada media di sini? Saya tidak tahu yang media ada di sini. Saya minta maaf, bolehkah media diminta meninggalkan tempat ini?" katanya di hotel Sheraton Imperial dipetik daripada portal Mstar Online.

Keadaan menjadi senyap di dalam dewan itu apabila Azharuddin yang kelihatan tertekan, enggan untuk meneruskan ucapan sehingga media beredar.

Beliau turut enggan menjawab sebarang soalan daripada media sebaik sahaja meninggalkan persidangan selepas itu.

Peserta persidangan, Tom Ballantyne kemudian memberitahu The Star beliau tidak mengetahui alasan Azharuddin meminta media meninggalkan bilik berkenaan.

Beliau berkata, ketua pengarah DCA itu hanya bercakap mengenai beberapa langkah yang dilakukan oleh para penyiasat dalam usaha mencari dan menyelamat yang sedang berjalan, kini memasuki minggu keempat.

"Ia tidak sepatutnya tidak berlaku. Beliau tidak mengatakan apa-apa yang tidak dilaporkan sejak beberapa minggu lepas. Pegawainya turut memberitahu lebih awal bahawa media akan berada di sini, jadi saya tidak tahu kenapa beliau tiba-tiba berhenti (berucap)," katanya seperti dilapor Mstar Online.

MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang dalam penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu. - tmi
Posted by Jeebond BLM

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena