Tuesday, 1 April 2014

MH370 Teori Rampas: Akhbar Malaysia kali pertama... Kini "Good night, Malaysian 370" komunikasi terakhir...

Selasa, 1 April 2014
MH370_Rampas


MH370 -Kini “Good night, Malaysian 370″ komunikasi terakhir


Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengesahkan perbualan terakhir dalam transkrip antara pengawal trafik udara dan kokpit pesawat adalah “Good night Malaysian 370″(Selamat malam Malaysia 370).
Perbualan terakhir itu berlaku pada 1.19 pagi waktu Malaysia.
Kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pengangkutan pada lewat malam Isnin itu menjawab soalan yang dibangkitkan pada sidang media oleh Pemangku Menteri Pengangkutan Dato Seri Hishammuddin Hussein berkaitan komunikasi terakhir antara pusat pengawal trafik udara dan kokpit.
Hishammuddin turut berkata, beliau tidak pasti sama ada wujud dua versi transkrip yang disiarkan kepada orang ramai sebelum ini dikeluarkan oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
“Saya tidak pasti mengenainya tetapi saya boleh mengesahkan bahawa saya turut terlibat dalam penyiasatan yang dilakukan oleh FBI sejak hari pertama.
“Transkrip merupakan sebahagian daripada siasatan. Jika ia penting bagi anda, saya akan berbincang dengan pakar sekiranya ia boleh disiarkan atau tidak,” ujarnya.
Hishammuddin turut mengarahkan pasukan penyiasat untuk menyiarkan transkrip penuh pada sidang media seterusnya jika mereka mendapat kelulusan.
“Kami tidak menyembunyikan apa-apa. Kami hanya mengikut prosedur yang telah ditetapkan,” tegas Hishammuddin.
Terdahulu pada 17 Mac, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS) Ahmad Jauhari Yahya memberitahu komunikasi terakhir pesawat MH370 adalah “All right, good night“ dibuat oleh Pembantu juruterbang pesawat tersebut, Fariq Ab Hamid.
Namun begitu, pihak berkuasa masih menjalankan siasatan forensik untuk menentukan sama ada kata-kata terakhir dari kokpit diucapkan oleh juruterbang atau pembantu juruterbang. – Astro Awani

MH370 Edisi Pening : Mana Satu Yang Betul, All Right Good Night Atau Good Night Malaysian 370

Apa yang lu MELALUT macam orang MABUK San Maguel Kepunyaan Anak Tun Mahathir Penyokong Kuat Kassim Ahmad Anti Hadis tu Hishamuddin, yang Wartawan Tanya adalah mana satu yang Betul sama ada "All Right,Good Night" atau pun "Good Night Malaysian 370". Yang lu pergi jawap "Saya Boleh Mengesahkan Yang Saya Terlibat Sama Dengan FBI" kenapa beb... kah kah kah !.

Apa lu ingat Rakyat Malaysia HERANNNN sangat ke bila lu kata yang lu TERLIBAT sama dengan FBI, lu tu hanya baru Terlibat sama lu tahu tak tetapi MANTAN Ulul Amri Umno yang bernama Tun Andullah Ahmad Badawi lagi HEBAT kerana nama beliau berada dikedudukkan TERTINGGI dalam Pengawasan Perisik Amerika walaupun kerja beliau hanya TIDUR... kah kah kah !.

Sebelum ini pada 17 Mac, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS) Ahmad Jauhari Yahya Memberitahu kepada Wartawan dalam Sidang Media yang KOMUNIKASI TERAKHIR antara Pusat Pengawal TRAFIK UDARA dan KOKPIT Pesawat  Mas MH370 adalah "All Right, Good Night" dikatakan dibuat oleh Pembantu Juruterbang Pesawat iaitu Fariq Ab Hamid pada Jam 1.19 Pagi Waktu Tempatan.

Tiba-tiba hari ini Pihak Jabatan Penerbangan Awam (DCA) MENGESAHKAN pula yang Komunikasi Terakhir dalam TRANSKRIP antara Pengawal Trafik Udara dan Kokpit Pesawat adalah "Good Night Malaysian 370". Gua rasa sikit hari lagi Komunikasi Terakhir yang datang dari Kokpit ialah "Good Night Umno/Bn", "Good Night Najib" atau pun "Good Night Rosmah"... kah kah kah !.

Lu orang nampak tak apa yang gua nampak, betapa BERCELARUNYA setiap KENYATAAN yang keluar dari Mulut dia orang, macam mana lah WARIS Penumpang dari Negara China tu tak Marah dengan dia orang. Yang gua tahu Tak Marah hanya lah Penchacai Angkat Najis aje yang akan mengatakan BETUL setiap Kenyataan walaupun ianya BERCANGGAH seperti  Langit dengan Bumi.

Yang PELIK BIN AJAIB nya di orang ni SELAMBA aje dengan Kenyataan dia orang walaupun sudah TERANG-TERANG ianya Bercanggah dari Kenyataan SEBELUM dengan Kenyataan SELEPAS itu. Terutama nya bila Sepupu Sepapat Sepepet Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib tu bercakap, antaranya "Mana Ada PM kata Yang Pesawat Terhempas Dan Tiada Yang Terselamat".

Sedangkan semasa Sidang Media Yang dibuat oleh Najib pada Jam 10 Malam 24 Mac 2014, Raut Wajah serta Keadaan beliau cukup SAYU seolah-olah KEHILANGAN TELOR Sambil berkata "Bukti-Bukti yang sedia ada MENCADANGKAN Kedudukkan Terakhir Pesawat MH370 adalah di Pertengahan Lautan Hindi, Tempat ini adalah Lokasi Terpencil, JAUH daripada Tapak Pendaratan yang MUNGKIN".

"Malaysia Airlines (MAS) sudah Memberitahu Perkara tersebut kepada Anggota Keluarga Penumpang dan Anak Kapal Pesawat yang HILANG itu. Beberapa Minggu yang lepas sungguh MEREMUKKAN HATI mereka. Saya tahu BERITA itu tentu SUKAR diterima. Saya gesa Media Menghormati PRIVASI mereka dan memberikan mereka RUANG yang diperlukan pada MASA SUKAR ini".

Tak cukup dengan Wajah Kesayuan serta Keadaan yang seperti orang Hilang Telor maka Keesokan hari nya buat pulak membawa USUL MH370 di Parlimen sambil Ucapkan TAKZIAH kepada Ahli Keluarga Penumpang dan Anak Kapal, serta meminta Majlis Fatwa SONGKOK TINGGI untuk BERSIDANG bagi menentukan masa yang sesuai dijalankan SOLAT JENAZAH GHAIB.

Kalau sudah sendiri pun Mengeluarkan Kenyataan SESUKA HATI Mak Bapak dia orang, apa Salah ke kalau Waris Penumpang serta yang BERSIMPATI dengan Waris Penumpang dan Anak Kapal MEMPERSOALKAN setiap Kenyataan yang Bercanggah seperti Langit dengan Bumi tersebut. Cuba gak buat Kerja Menggunakan Kepala Otak dan bukan nya Kepala Lutut boleh tak Hishamuddin... kah kah kah !. sumber


hemmmmm..... ini ke yang dikatakan ranking beliau sudah naik berbanding dua lagi naib presiden umno serta timbalan presiden umno, kalau ini dikatakan ranking beliau sudah naik buat malu malaysia aje beb... kah kah kah... A B U.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena