Thursday, 3 April 2014

Spekulasi 'Panggilan Penumpang' MH370: Syarikat Telekomunikasi di M'sia Enggan Ulas...

Khamis, 3 April 2014
Hari Kebangkitan Rakyat


Ulasan TikaqBuloh :
Adakah syarikat telekomunikasi kita berada dibawah kawalan Menteri Pengangkutan. Persoalan yang timbul kenapa pihak Sinar dimaklumkan sebarang kenyataan berkaitan sewajarnya diajukan kepada Hishammudin.

Kita tahu memang semenjak dua menjak ini, Hishammuddin telah mengetuai sidang media tidak seperti awal-awal dulu. Padaku syarikat komunikasi itu sendiri sepatutnya ada hak untuk menjawap soalan ini kerana ini bidang kuasa mereka. 

Segala perhubungan yang dibuat oleh ahli keluarga kepada mangsa boleh diketahui. Adakah sesuatu disembunyikan daripada pihak ramai tentang kesahihan cerita dari ahli keluarga yang mendakwa mereka boleh menghubungi mangsa selepas pesawat MH370 diistiharkan hilang. Harap pihak Sinar akan bertanyakan hal ini kepada Hishammuddin dalam sediang media hari ini bagi merungkai kekeliruan.


Sinar Harian : Shah Alam - Penyedia perkhidmatan dan syarikat telekomunikasi di Malaysia, tidak dapat memberikan sebarang maklum balas berkaitan dakwaan ahli keluarga dapat menghubungi penumpang pesawat MH370, yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Ketika dihubungi Sinar Harian, pihak terbabit menyatakan, sebarang kenyataan berkaitan sewajarnya diajukan kepada pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Jelas pihak tersebut lagi, pelbagai agensi media lain juga turut mendapat maklum balas sama berkaitan dakwaan itu.

Sebelum ini timbul beberapa spekulasi apabila penumpang pesawat MH370 berjaya dihubungi oleh ahli keluarga mereka.

Bagaimanapun, panggilan telefon berkenaan tidak berjawab, meskipun kedengaran nada dering.

Selain itu, terdapat juga spekulasi, salah seorang penumpang MH370, Philip Wood meminta pertolongan melalui laman forum 4plebs.org yang memberitahu pesawat MH370 berada pangkalan rahsia Amerika Syarikat di Lautan Hindi iaitu Diego Garcia.

Menerusi forum tersebut, Philip Wood telah sempat memuat naik sekeping gambar hitam sebagai gambar profil.
TikaqBuluh.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena