Wednesday, 16 April 2014

Wan Muhammad Azri Bukan Papagomo dan Janda Pula Resah Jadi Buruan Seks...

Rabu, 16 April 2014

Mahkamah Putuskan Wan Muhammad Azri Bukan Papagomo




KOTA BHARU 16 April - Mahkamah Tinggi Kota Bharu memutuskan Wan Muhammad Azri Wan Deris hari ini bukan pengendali laman blog Papa Gomo sepertimana yang didakwa sebelum ini.

Keputusan tersebut berikutan Peguam kepada Datuk Shukri Mohamed, Hisham Fauzi, gagal membuktikan Wan Azri sebagai Papa Gomo dalam tuntutan saman RM10 juta terhadap defendan.

Ketika membacakan keputusan, mahkamah mendapati tiada sebarang dokumen yang boleh membuktikan Wan Azri sebagai Papa Gomo malah keterangan saksi plaintif bukan satu bukti sahih yang boleh disahkan oleh mana-mana dokumen rasmi.

Mahkamah kemudiannya memutuskan Shukri membayar kos mahkamah sebanyak RM10 ribu kepada defendan.

Sebelum ini Shukri memfailkan saman terhadap Wan Azri yang dikatakan sebagai Papa Gomo berikutan terbitan artikel dalam blog bertajuk 'Ratusan Ribu Wang Lesap Disamun Penasihat Sultan Kelantan' beralamat di www.papagomo.com pada 4 Mei 2011.

Tuntutan Shukri juga meliputi arahan Wan Azri mengemukakan permohonan maaf secara terbuka termasuk mengiklankannya di akhbar berbahasa Melayu tempatan. BLM


Janda Resah Jadi Buruan Seks



MANGSA menunjukkan ugutan yang diterimanya melalui pesanan ringkas yang dihantar bekas teman lelakinya.
Kuala Lumpur: Seorang janda resah apabila menjadi buruan puluhan lelaki miang yang menghubungi telefon bimbitnya dengan tujuan menagih perkhidmatan seks daripadanya sejak lebih sebulan lalu.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Chong, 35, berkata, gangguan itu bermula apabila identiti, gambar dan nombor telefon bimbitnya tersebar di sebuah laman web `Badoo' pada Februari lalu. 

Menurutnya, dia mensyaki identitinya itu disebarkan oleh bekas teman lelakinya bermotifkan dendam selepas dia membuat keputusan untuk menamatkan hubungan cinta mereka akhir tahun lalu. 

“Bekas teman lelaki saya yang bekerja sebagai pembantu jualan berusia 30-an tidak dapat menerima kenyataan dan kerap mengganggu saya selepas itu.

“Tidak lama kemudian saya mula berasa pelik apabila berpuluh lelaki tidak dikenali mula menghubungi telefon saya selain menghantar mesej melalui `Whatsapp' untuk mengajak saya melakukan hubungan seks,” katanya.

Dia yang pelik dengan kemunculan lelaki tidak dikenali itu terkejut apabila mendapat tahu semua mereka memperolehi nombor telefonnya dari laman web `Badoo'. BLM

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena