Tuesday, 16 June 2015

AWAS, Jangan panik! Satelit ini dijangka jatuh di Malaysia...Persoalannya, di mana PR sekarang? Hancusss...

Selasa, 16 Jun 2015
AWASS!!! Tapi jangan panik:Satelit ini dijangka jatuh, mungkin di Malaysia 

 MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI 

Satelit dijangka jatuh, mungkin di Malaysia
Satelit dijangka jatuh, mungkin di Malaysia Satelit Misi Mengukur Hujan Tropika (TRMM).

 SHAH ALAM: Sebuah satelit yang dibina oleh Nasa dan Jepun untuk mengesan hujan dijangka akan jatuh ke bumi esok, menurut laman web rasmi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (Nasa). 

Satelit yang dinamakan sebagai satelit Misi Mengukur Hujan Tropika (TRMM) yang dibina oleh Nasa dan Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA) untuk mengukur jumlah hujan di bumi itu sekarang berada 100 kilometer daripada bumi. ‎ 

Menurut laman web rasmi Nasa, Amerika Syarikat Space Surveillance Network, yang dikendalikan oleh jabatan angkasa yang beroperasi bersama Pertahanan AS, pihaknya memantau kedudukan TRMM sejak misi itu berakhir pada bulan April lalu. ‎

 “Kebanyakan satelit dan kapal angkasa yang memasuki atmosfera bumi akan terbakar, dan ia tidak boleh dikawal,-sinarharian-


DI MANA PAKATAN KETIKA BN HAMPIR TENAT?


Rakyat Malaysia bermula untuk tidak mempercayai kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dan barisan menteri kabinetnya dalam mentadbir negara.

Skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), GST dan bermacam-macam isu membuatkan rakyat mula rasa mual dengan janji palsu Barisan Nasional (BN) yang
hanya mengenyangkan golongan elit dan kapitalis Malaysia.

Rakyat mula mengharapkan kepimpinan baru daripada Pakatan Rakyat (PR) sebagai sebuah gabungan parti yang mampu mengambil alih tugas BN di peringkat kerajaan
persekutuan. Persoalannya, di mana PR sekarang?

PR kini lebih gemar berlawan sesama sendiri. Daripada memfokuskan kepada isu negara Islam dan hukum hudud yang tidak sudah menjadi perbalahan antara gabungan
parti pembangkang zaman berzaman, isu tentang pilihan raya kerajaan tempatan (PKT) dan "Kajang Move" yang tidak menjadi, PR sepatutnya memikirkan langkah
yang paling baik untuk menawan semula Putrajaya dan menjadi sebuah gabungan parti yang bersama-sama bertanggungjawab untuk membentuk sebuah pentadbiran
yang lebih baik daripada BN.

Masa dan peluang ini begitu cerah bagi PR mengembalikan kepercayaan dan sokongan rakyat untuk memenangi Pilihan Raya Umum
ke 14.

Untuk memulakan langkah ini, pembentukan sebuah institusi yang dikenali sebagai kabinet bayangan (Shadow Cabinet) merupakan suatu perkara yang baik bagi
PR membuktikan, mereka merupakan gabungan parti yang bersedia, bertanggungjawab dan serius untuk mengambil alih Putrajaya.
Fungsi kabinet bayangan ini juga bukan hanya menyenaraikan pemimpin yang bakal menerajui pembangkang sekiranya memenangi pilihan raya, tetapi institusi
ini mampu memberi impak baharu kepada prestasi pihak pembangkang.

Kabinet bayangan mampu memberikan persediaan awal kepada pihak pembangkang untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Melalui kabinet bayangan, ahli
parlimen pembangkang yang dilantik ketua pembangkang untuk menjadi menteri bayangan mempunyai tanggungjawab merangka dasar alternatif bagi kementerian
yang "dibayanginya"
.
Tanggungjawab ini memberi satu pendedahan awal kepada ahli Parlimen pembangkang memikul tugas sebagai seorang menteri kabinet yang sebenar dalam merangka
dasar dan menguruskan kementeriannya. Secara tidak langsung, menteri bayangan juga mempunyai pengalaman dan terdedah dengan pengetahuan asas pentadbiran
bagi kementerian yang dibayanginya.

Tidak dapat dinafikan ahli Parlimen PR mempunyai pemimpin yang bijak dan lantang mengkritik kerajaan seperti Rafizi Ramli, Tony Pua dan Khalid Samad. Persoalannya,
adakah mereka ini mempunyai kepakaran untuk mentadbir sebuah kementerian kerajaan persekutuan? Bagaimana mereka boleh bekerjasama dengan penjawat awam
di setiap kementerian untuk melaksanakan dasar PR?

Pembentukan kabinet bayangan juga membuka peluang untuk PR menambah kualiti dasar mereka dalam setiap aspek dan kementerian kerajaan. Pihak pembangkang
bukan sahaja menumpukan perhatian merangka dasar dalam satu aspek sahaja, tetapi turut merangka dasar dalam pelbagai aspek yang berbeza.

Hari ini, kita hanya mendengar kehebatan pihak pembangkang berbicara dan membentangkan dasar mereka tentang isu ekonomi, politik dan demokrasi Malaysia
bagi mencabar dasar kerajaan. Tetapi mana dasar alternatif PR yang menyentuh tentang kesenian? Apakah dasar alternatif PR mengenai pembangunan sukan negara
dan remaja? Apakah dasar PR dalam soal kesihatan?

Terbukti pembentukan kabinet bayangan merupakan jalan terbaik untuk PR merangka dasar alternatif yang lebih baik daripada BN bagi setiap kementerian kerajaan
persekutuan. Proses merangka dasar alternatif ini tidak mendatangkan apa-apa kerugian kerana dasar tersebut boleh digunakan sekiranya mereka berjaya memerintah
kerajaan persekutuan.

Perkara utama dalam membentuk kabinet bayangan bagi PR adalah untuk menstrukturkan organisasi gabungan parti yang lebih berdisiplin dan bersatu. Setiap
ahli pembangkang yang dilantik sebagai menteri bayangan mempunyai tanggungjawab untuk bersetuju dan bersama-sama mempertahankan dasar alternatif pihak
pembangkang.

Kesepakatan ini menjadi tunjang utama kekuatan gabungan parti pembangkang untuk bekerjasama dan bersatu dalam membawa haluan mereka bagi menumbangkan parti
pemerintah. Malah, lebih penting lagi apabila parti PR memberi kerjasama untuk bersetuju dengan dasar alternatif secara bersama bagi menubuhkan sebuah
"kerajaan alternatif" yang berkesan dan ke hadapan.

Bukankah ini lebih baik berbanding berbalah dengan dasar parti PKR, DAP dan PAS yang hanya membawa kepada kerosakan "rumah sendiri"?

Selain itu, kabinet bayangan juga mampu meningkatkan keberkesanan PR untuk menyemak dan mengimbangi ketelusan pentadbiran menteri kabinet BN di Parlimen.
Menteri bayangan mempunyai tanggungjawab menyelia segala gerak kerja menteri dan kementerian yang dibayanginya secara sistematik.
Setiap menteri bayangan PR diberikan tugas untuk mengkritik dan memberi pandangan tentang dasar alternatif mereka bagi mencabar dasar kerajaan yang dibawa
menteri kabinet di Parlimen. Menteri kabinet tidak boleh rasa selesa dan selamat dalam Parlimen kerana mereka mengetahui menteri bayangan sudah bersiap
sedia dengan hujah, kritikan dan dasar alternatif untuk "menghentamnya" di Parlimen.

Sekiranya mereka gagal menjawab soalan menteri bayangan, maka prestasi mereka akan dikritik rakyat atas sebab kelemahannya bertanggungjawab ke atas Parlimen.
Persidangan Parlimen juga lebih berfokus dan berkesan dengan wujudnya perbahasan dasar antara menteri kabinet dan menteri bayangan dan penstrukturan masa
perbahasan yang sistematik serta berkesan sekiranya Parlimen Malaysia ditubuhkan PR.

Pembentukan kabinet bayangan PR sepatutnya menekan kerajaan persekutuan mengiktiraf peranan kabinet bayangan di Parlimen Malaysia. Sekiranya PR serius
untuk menubuhkan kabinet bayangan, tiada sebab atau alasan kerajaan persekutuan untuk menolak pengiktirafan institusi ini dalam Parlimen.

Penafian kerajaan persekutuan mengiktiraf kabinet bayangan PR merupakan satu tindakan kurang bijak kerana mereka secara tidak langsung menafikan PR yang
dipilih secara demokratik untuk mewakili suara mereka bagi membangkang dan tidak bersetuju dengan dasar kerajaan di Parlimen.

Sudah tiba masanya PR memikirkan langkah untuk membentuk kabinet bayangan bagi memperkukuhkan keberkesanan mereka mencabar kedudukan parti pemerintah BN
yang semakin tenat dan lumpuh atas tindakan dan perbuatan sendiri.
Kesengsaraan dan persengketaan antara parti PR melemahkan gerakan pihak pembangkang mengambil semula hati rakyat untuk mengundi mereka pada PRU 14 akan
datang. Walau bagaimanapun, kengganan pemimpin PR untuk menubuhkan kabinet bayangan menunjukkan, tiada sebarang perubahan yang akan berlaku dalam sistem
demokrasi berParlimen Malaysia.

Kegagalan PR untuk bertolak ansur dan bekerjasama bagi menumbangkan BN memperlihatkan rakyat tidak mempunyai pilihan lain untuk "pangkah" BN sekali lagi
kerana mereka tidak mempunyai pilihan yang lain untuk menjatuhkan regime yang penuh dengan korupsi dan penyelewengan kuasa.

Saya titipkan sepotong ayat daripada seorang ahli Parlimen Britain daripada Parti Konservatif, Kenneth Clarke, untuk pemimpin PR supaya dijadikan pedoman
dan refleksi diri.
“I am sorry to upset my colleagues by saying we wasted four years in opposition, but if you do get so badly defeated as a party you do have to face up
to some painful facts and you do have to change.

Mohammad Fakhrurrazi Mohd Rashid

pen buruk online ™

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena