Zuhdi menggertak DAP menggunakan DHPP

Menurut pengarah operasi Pusat Penyelidikan PAS itu, PAS kini akan berusaha untuk mengukuhkan kedudukan untuk menembusi dua demografi pengundi yang sebelum ini mengelak daripadanya - orang bukan Melayu, dan Bumiputera bukan Islam di Sabah dan Sarawak. Baca seterusnya komedi Zuhdi di themalaymailonline
Komen al-Husseyn:
Patutlah Zuhdi gunakan perkataan 'mungkin'...mungkin ya, mungkin tidak? Tapi bagi saya ia adalah satu angan-angan Mat Jenin yang hanya mahu menggula-gulakan harapan kosong kepada DHPP.
Ianya cuma auta lebih, hanya cakap-cakap gebong sebagaimana perwakilan Sabah yang pernah mengugut DAP, bahawa PAS akan bertanding di semua kerusi di Sabah! Baguslah kalau PAS mampu nak hilang deposit. Nak bertanding 9 kerusi hari tu pun jenuh kutip derma .... Hahahaaha!
Setahu saya DHPP di Perak tidak menyokong kepimpinan PAS 'chai' yang ada sekarang ini. Tunggulah sedikit masa nanti mereka akan buat pengistiharan melalui PC.
Tapi sebelum itu saya nak tanya, para ulama PAS dah jawapkah pertanyaan Ketua DHPP, N.Balasubramaniam :
"Saya tak pasti apakah dalam ajaran Islam atau dalam Al-Quran tiada larangan supaya jangan memfitnah dan melabel orang lain dengan label yang buruk.
"Kenapa kita mengamalkan larangan Al-Quran dalam parti PAS?" soalnya dalam ucapan penangguhannya pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Kuala Selangor.
Menurut Zuhdi lagi, "Peranan yang dimainkan oleh DHPP menjadi lebih penting, di celah-celah PAS meneroka hubungan persefahaman dengan penduduk asal Sabah dan Sarawak,"
Woit mangkuk, PAS di dua negeri itu kuat manalah sangat.....Ini lagi nak suruh DHPP bertanding pula?
Sedangkan nyawa PAS Sarawak dan Sabah tercungap-cungap bagai ikan tak cukup air.
PAS Sarawak khabarnya sedang bergolak dan diambang perpecahan.... Orang Kanan Pesuruhjaya PAS Sarawak Hj Adam Ahid telah mengisytihar keluar PAS!
Pertembungan dalaman PAS Sarawak semakin rancak sejak baru-baru ini apabila Pesuruhjaya PASA Sarawak itu bertindak menjadi juru kempen atau kepala pengedar “chai”kepada kumpulan ulama di Semenanjung.
Manakala, sepanjang Muktamar PAS 2015 baru-baru ini, habuan berupa tajaan tiket kapal terbang, penginapan dan transport sepanjang muktamar telah diberikan kepada perwakilan tertentu dari Sarawak.
Akibat daripada sikap dan perbuatan Pesuruhjaya PAS Sarawak itu, Orang Kanan itu tidak boleh menerima tindakan Hj Adam tersebut lalu keluar PAS.
Di Sabah pula PAS cuma bertanding di 9 kerusi dan semuanya hanyut. Malah 2 daripadanya lebur wang deposit! Mampukah dari segi kewangannya nak bertanding lagi untuk menaja DHPP dan hilang deposit? Hahahaha!
Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn
0 comments:
Post a Comment