Tuesday, 9 June 2015

'Umno Gumbira' - Ada Sesuatu Akan Berlaku - Mat Sabu

Rabu, 10 Jun 2015
Umno Gembira Keputusan Pemilihan PAS, Ada Sesuatu Akan Berlaku - Mat Sabu
Mat Sabu pelik Umno gembira keputusan pemilihan PAS, sesuatu bakal berlaku [gambar fail] 

Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menduga sesuatu akan berlaku selepas berakhirnya muktamar tahunan ke-61 parti itu baru-baru ini, berdasarkan beberapa perkara yang disifatkannya pelik berlaku sebelum dan semasa muktamar itu. 

Bekas ahli Parlimen 3 penggal itu mendakwa turut berasa hairan mengapa akhbar arus perdana, termasuk agensi berita negara seolah-olah campur tangan menentukan kemenangan golongan konservatif dalam pemilihan parti kali ini yang menyaksikan semua calon golongan profesional disingkirkan. 

"Pertama kali Umno dilihat gembira dengan keputusan muktamar, Saya orang lama dalam parti rasa pelik bin pelik bin pelik. 

"Ada sesuatu akan berlaku," katanya kepada The Malaysian Insider malam tadi. 

"Hampir seluruh alat propaganda Umno dan Barisan Nasional (BN) campur tangan dalam urusan pemilihan PAS, TV3, Utusan Malaysia, Sinar Harian, boleh dibaca dan difahami mereka mahu 'golongan ulama' menang. 

"Bahkan seminggu sebelum pemilihan, Bernama cuba memainkan peranan dan dilihat cuba memihak kepada golongan yang dikatakan 'pro ulama',” katanya.

 Mohamad yang mesra dipanggil Mat Sabu berkata, beliau hairan melihat pimpinan parti terang-terangan membuang undi berpandukan satu senarai nama yang membariskan semua golongan ulama atau pro ulama. 

Mat Sabu, dalam pemilihan minggu lepas gagal mempertahankan jawatannya apabila hanya mendapat 279 undi berbanding 881 diperoleh lawannya, bekas naib presiden PAS dan penceramah Forum Perdana Radio Televisyen Malaysia (RTM) Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. 

Katanya, selama ini, pertembungan antara ulama dan profesional dalam PAS merupakan perkara biasa, Ini terbukti apabila pihak yang kalah dan menang masih boleh berceramah atas pentas sama.

 Bagaimanapun menurut Mat Sabu, keadaan berbeza selepas pemilihan kali ini.

IdaMan.


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena