Geng Ulama cuba putar usul berbelit-belit
Mohd Fitri Bin Asmuni Kepada YB Datuk Iskandar A Samad,
Keputusan Muktamar PAS tidak pernah diputar belit. Di sini saya perturunkan kembali 'wording' asal kertas Usul daripada Muktamar Pusat tersebut:-
"Maka Muktamar PAS Pusat yang bersidang pada hari ini 19 Syaaban 1436 bersamaan 06 Jun 2015 di Stadium Melawati, Kuala Selangor dengan sesungguhnya menuntut dan menggesa:
i. PAS Pusat berusaha memperkukuh dan memperkuatkan Pakatan Rakyat (PR) sebagai satu kerjasama politik bagi menumbangkan kerajaan UMNO BN.
ii. PAS Pusat mempertegaskan kepada rakan PR agar menghormati pendirian, polisi dan dasar parti masing-masing.
iii. PAS Pusat tidak menggadaikan dasar perjuangan PAS demi mencapai matlamat dan kemenangan.
iv. PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak hendaklah memutuskan hubungan dan kerjasama politik dengan DAP, sebaliknya kekal bersama PR dalam Pakatan Rakyat."
Usul di atas adalah gabungan daripada usul Dewan Ulamak PAS Pusat dan Perwakilan Tumpat. Perkara nombor (iv) di ataslah yang menjadi "subject matter" kepada pertikaian hubungan diantara PAS dengan DAP. Adalah merupakan fakta bahawa atas arahan Presiden PAS, Usul di atas inilah yang telah diterima tanpa bahas di dalam Muktamar penuh PAS Pusat yang lalu walaupun keputusan tersebut dibantah oleh perwakilan daripada Rembau dan Kota Raja.
Menurut pemahaman saya terhadap perkara nombor (iv) kertas Usul di atas, sangatlah jelas bahawa Usul tersebut menggesa bahawa PAS Pusat dan MSU hendaklah memutuskan hubungan dan kerjasama politik dengan DAP.
Cuba lihat, baca dan cari, di mana di dalam perkara nombor (iv) kertas Usul di atas yang menunjukkan bahawa Muktamar PAS Pusat menuntut dan/atau menggesa agar PAS Pusat dan MSU menilai dan/atau menyemak semula hubungan dan kerjasama politik PAS dengan DAP?
Jadinya, di mana yang mengatakan bahawa keputusan Muktamar PAS diputar belit?
Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn
Geng Ulama yang tak mahu ambil tahu...?
Tu la pasal, pikiaq dulu sebelum nak usul, cakap berdegar-degar..
0 comments:
Post a Comment