Thursday, 18 June 2015

Kerajaan Perpaduan Selangor - Kita tunggu dan lihat siapakah pengkhianat dari PKR?

Jumaat, 19 Jun 2015
HIMPUNAN

Kerajaan per‎paduan PAS-Barisan Nasional (BN) di Selangor boleh dibentuk jika ada salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP atau PKR lompat parti, kata Utusan Malaysia. 

Akhbar itu dalam kolum "Khabar Dari Negeri‎" memetik penganalisis politik, Profesor Dr Azizul Halim Yahya, yang berkata kedudukan gabungan 28 kerusi PAS-BN kini tidak cukup untuk menang majoriti mudah kecuali ada seorang daripada DAP atau PKR lompat parti dan menyokong kerajaan perpaduan itu.

 "Begitu juga dengan PKR dan DAP jika bergabung pun hanya 28 kerusi dan memerlukan sekurang-kurangnya seorang daripada parti lain seperti PAS untuk lompat parti. Baca lagi di sini
Komen al-Husseyn:

angan lupa PAS sudah gantung 2 org keahlian Adunnya kerana menyokong Wan Azizah sewaktu krisis MB Selangor dulu. Ini menjadikan mereka 2 Adun bebas.   

Maka kedudukan PAS kini dari 15 kerusi tinggal 13 kerusi. Bermakna 13 PAS + 12 Umno + 1 bebas = 26 sahaja. Sebaliknya 15 DAP +13 PKR + 2 bebas = 30 kerusi.  

Lainlah jika Umno dan PAS berjaya mengumpan dan membeli sekurang-kurangnya 3 adun dari PKR untuk mendapat simple majoriti.  

Kita tunggu dan lihat siapakah pengkhianat dari PKR itu nanti.....
Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena