Friday, 19 June 2015

Ramadhan Kareem...Pemuda UMNO Pulau Pinang nak mengamuk pulak dah...

Ramadhan Kareem



Saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan bagi seluruh ummat Islam. Semoga kita sama-sama ditingkatkan dalam ketaqwaan melalui amalan berpuasa kita pada bulan Ramadhan ini.

Semoga dengan ketaqwaan ini kita akan mampu menyerlahkan kebenaran aqeedah Islam, ketulusan akhlak Islam dan keadilan syariat Islam untuk dipersaksikan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Dan dengan melaksanakan tugasan ini sahaja, yang didorongi ketaqwaan, akan kita mencapai kejayaan dunia dan akhirat.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Pemuda UMNO Pulau Pinang nak mengamuk sebab struktur tulisan UMNO diroboh MPPP?


Melaporlah seorang Blogger UMNO tentang tindakan meroboh struktur tulisan UMNO yang ada di hadapan menara UMNO Pulau Pinang oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang siang tadi..

Katanya.. "Berlaku kekecohan siang tadi di Menara UMNO Pulau Pinang apabila pihak berkuasa tempatan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) hadir untuk merobohkan struktur tulisan UMNO yang didirikan dihadapan jalan masuk ke bangunan tersebut.


"Menurut beberapa saksi yang berada di tempat kejadian , tidak ada sebarang notis dikeluarkan oleh pihak MBPP sebelum itu sehinggalah kedatangan para pegawai terbabit dan berlaku pertikaian apabila struktur tulisan itu dikatakan mengganggu lalu lintas.

"Malah sebahagiannya turut mempertikaikan tindakan MBPP itu memandangkan kewujudan gerai-gerai di seberang jalan dan di sekitar kawasan terbabit yang jelas mengganggu lalu lintas tidak diambil tindakan.

Itu antara laporan Blogger UMNO itu.. ini pula notis untuk merobohkan struktur haram itu..


Rentetan dari itu Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang , Saudara Rafizal Abdul Rahim tampil mengutuk tindakan MPPP itu yang menurutnya telah dipergunakan oleh DAP..

KENYATAAN MEDIA PERGERAKAN PEMUDA UMNO NEGERI PULAU PINANG BERHUBUNG TINDAKAN MPPP MEROBOHKAN STRUKTUR TULISAN UMNO DI IBU PEJABAT UMNO NEGERI

Satu lagi tindakan kurang ajar dan biadab Kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah Lim Guang Eng yang mempergunakan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) untuk merobohkan struktur tulisan UMNO di Ibu Pejabat UMNO Negeri Pulau Pinang tadi.

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang mengecam tindakan ini dan sengaja 'mencari pasal 'di bulan Ramadhan yang mulia ini. Tanpa sebarang makluman malah perbincangan dengan pihak pengurusan UMNO Pulau Pinang struktur tersebut terus dirobohkan.

Pembinaan struktur tersebut sebenarnya terletak dalam kawasan tanah JKP Sdn Bhd. Apa salahnya sebelum tindakan diambil berbincanglah terlebih dahulu dengan pihak pengurusan UMNO.

Saya sendiri berada di lokasi kejadian, melihat dan berunding tetapi kesimpulannya, betapa zalimnya Ketua Menteri Pulau Pinang memperkudakan Anggota Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) untuk merobohkan struktur tersebut dan sememangnya beliau takut pada bayang-bayang sendiri.

Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang hari ini ingin mengingatkan Lim Guang Eng agar jangan terlalu kerap bermain dengan api. Cubaan merobohkan strukturtulisan ayat keramat 'UMNO' di Ibu Pejabat UMNO Negeri seperti mencabar kami ahli-ahli UMNO. Kami bimbang kemarahan ahli UMNO akan sampai kemuncaknya.

Salam hormat dari saya

RAFIZAL BIN ABDUL RAHIM
Ketua Pergerakan
Pemuda UMNO Pulau Pinang


Pergh.. ayat kearamat tu.. ha.. ha.. ha... 


Posted by Anak Sungai Derhaka

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena