BENARLAH ungkapan:
"Sekali kamu menipu, lebih banyak penipuan diperlukan untuk melindungi penipuan itu..."
Ungkapan ini nampaknya begitu sesuai menggambarkan kisah berbelit-belit berhubung dana RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.
Awalnya, pembela-pembela Najib menafikan ada wang sebanyak itu masuk ke akaun akaun peribadi Najib, namun selepas rakaman perbualan Muhyiddin Yassin dengan Mukhriz di rumahnya yang mendedahkan pengakuan Najib sendiri bahawa memang ada RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya menjadi 'viral' di laman sosial, pelbagai skrip baru muncul.
Najib mula mengakui memang ada wang RM2.6 bilion masuk ke dalam akaun peribadinya. Sebelum ini mereka kata wang itu diterima oleh Najib sebagai dana politik untuk Umno.
Kemudian cerita ditukar, dana itu katanya sebagai tanda terima kasih pihak dari Timur Tengah kerana Malaysia bersungguh-sungguh menentang pejuang Islamic State (IS).
Bila rakyat persoal, apa kejadahnya Malaysia menentang IS, maka akaun peribadi Najib pula yang dipenuhi wang RM2.6 bilion? Lagipun, semasa duit RM2.6 bilion wujud dalam akaun Najib, pada bulan Mac 2013, Islamic State, IS belum ditubuhkan. sekarang cerita baru pula keluar, dana itu diterima masuk akaun peribadi Najib untuk menentang pengaruh Yahudi dan DAP.
Sama-samalah kita tunggu cerita seterusnya. Ternyata serangan tidak langsung (indirect attack) Muhyiddin melalui video perbualan beliau bersama Mukhriz itu telah berjaya mengkucar-kacirkan Umno dan para penjilat Najib.
"Rakyat makan 'pop corn' sambil menonton penipu-penipu ni semua berlakon"
Read more: http://milosuam.blogspot.com/2015/08/kisah-rm26-bilion-dalam-akaun-peribadi.html#ixzz3jayb2PXL
0 comments:
Post a Comment