Rupa-Rupanya Aziz Kaprawi Lebih Bebal Dari Ahmad Maslan
Dana RM2.6b untuk hadapi DAP, Yahudi
Seorang pemimpin Umno mendakwa derma diberi pihak tertentu dari Timur Tengah kepada Datuk Seri Najib Razak sebelum ini bertujuan untuk membiayai perjuangan melawan DAP "yang dibiayai Yahudi".Ketua Umno Sri Gading Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, jika parti itu kalah dalam pilihan raya, DAP yang disokong Yahudi akan berkuasa.
"Rakan-rakan (di kalangan) pemimpin Islam menyedari ancaman DAP ini.
"Kalau kerajaan Islam Malaysia tumbang, rosaklah perjuangan Islam seluruh dunia," katanya di mesyuarat tahunan Umno bahagian itu di Johor hari ini.
Ahli Parlimen Sri Gading itu bercakap demikian merujuk kepada dana bernilai RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun persendirian perdana menteri menjelang pilihan raya umum ke-13 pada 2013 lalu.
Copy Paste Dari SINI
BLM.
0 comments:
Post a Comment