Wednesday 5 August 2015

Dulu penyokong Najib kata 'BODOH SANGAT KE NAJIB' masukkan RM2.6 bilion dalam akaunnya sendiri...Betoi ka, Ntahle...

Rabu, 5 Ogos 2015

[MELAYU SUDAH LUPA] Dulu Penyokong Najib Pernah Kata BODOH SANGAT KE NAJIB Masukkan RM2.6 Bilion Dalam AKAUN SENDIRI


KISAH AKAUN PM DAN PENYOKONGNYA
Penyokong 1MDB dan PM mula-mula kata mustahil wang sebanyak USD700 juta boleh masuk ke akaun peribadi tanpa dikesan oleh Bank Negara.
Lepas itu kata takkanlah bodoh sangat PM nak songlap duit dengan guna akaun sendiri di dalam negara.
Bila kena kritik, penyokong ini jawab kita tunggulah hasil siasatan pihak berkuasa.
Semalam pihak berkuasa sahkan wang sebanyak USD700 juta memang masuk ke akaun PM kesayangan mereka.
Maka skrip baru diguna pakai iaitu tak salah untuk Presiden parti terima wang derma kerana beliau adalah pemegang amanah.
Tetapi semalam juga bekas Presiden UMNO berkata sepanjang 22 tahun beliau memimpin UMNO, wang derma tidak masuk ke akaun peribadi pemegang amanah.
Jadinya.....
Hari ini skrip mereka adalah- PM kesayangan mereka terpaksa pegang duit derma sebanyak itu di dalam akaun sendiri kerana tak percaya pemegang amanah atau mana-mana 'proksi' harta UMNO.
Tidak mustahil esok lusa golongan IM4U ini akan berkata wang tersebut digunakan untuk bayar BR1M atau turunkan tarif elektrik.
Sesungguhnya mereka ini ibarat gerombolan agas-agas yang bergelumang dalam penipuan, ketuanya berjerebu dengan skandal, kemarau dengan idea, bergentayangan ke hulu ke hilir menabur dusta dan nista.
oleh: MatRodi

Betoi ka...Ntahle...

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena