Friday, 21 August 2015

Isu DEIG makin panas...'Lalu berputar lidah MB Selangor membuat penjelasan'!

Jumaat, 21 Ogos 2015


2 hrs · 
 

Admin tengok 'machai' Umno beriya-iya serang kerajaan Negeri Selangor tentang isu Darul Ehsan Investment Group, #DEIG dengan harapan orang ramai DAPAT DIALIHKAN daripada isu #1MDB dan 'derma' RM2.6 bilion.

Tapi bila disemak, tiada apa isu penyelewengan atau pun rasuah dalam DEIG, kerana apa?

Kerana syarikat itu "BELUM LAGI BEROPERASI"

Sabarlah dulu 'machai' tunggulah syarikat tu beroperasi barulah boleh serang.

Lainlah kalau RM2.6 bilion sudah masuk 'akaun peribadi' memang wajib dibelasah kahkahkah...

MACHAI MEMANG BODOH !!!

RUPANYA DEIG LAHIR SEBELUM ANAK PANDA DAN PENJELASAN AZMIN (VIDEO).

Beberapa hari sudah, PM 1Malaysia mewar-warkan kelahiarn seekor anak panda. Konon hebat diberitakan, kelahiran anak panda pertama di Malaysa itu juga mencatatkan rekod antara negara paling pantas membiak haiwan berkenaan di luar China. 

Ibu dan anak diberitakan sihat.

Fooyoooh!

Malaysia memang sering mencipta rekod!

Bolehlah anak-anak panda ini berkongsi makanan anak-anak rakyat marhaen Malaysia yang terbeban dengan GST dan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

Tapi dalam senyap-senyap rupanya satu anak lagi telah lahir di Selangor. Anak itu sihat kerana diberitakan ia ada sebanyak RM6.7 Billion khazanah negeri Selangor dalam tangannya. Ibunya MBI katanya tak berapa sihat sebab tak mengeluarkan susu!

Patutlah ramai yang rasa kerisauan!

YB BIMBANG, RAKYAT LAGI BIMBANG (MALAYSIAKINI)

Kali ini Yong petik Malaysikini yang ada gambor YB BN. Jangan marah ye yang keluar muka orang BN. Sebelum ini ada gambor YB PAS (yang digantung keahlian), Saari Sungip dan Khalid Ibrahim, bekas MB Selangor. Demer bertiga walaupun fikrah berbeza, tidak berapa gembira dengan kelahiran anak ini yang bernama DEIG.

Bila dah ramai bising, tentu ada yang tak kena.

Lalu berputar lidah MB Selangor membuat penjelasan:

Barulah Yong faham...

PJ PAS mana? PJ?

MASIH PAS LAGIKAH MAMAT NI? 

Fuuh! Memang berbelit lidah.

Mengkomer faham apa yang disebut oleh MB Selangor?

Bagi Yong yang hanya tahu membilang wang RM10.00 sampai RM100.00 tidaklah Yong dapat comprehend bila bilangan mencecah sampai billion-billion.

Orang tanya apa penjelasan perlunya DEIG yang menyebabkan penambahan bilangan anak-anak syarikat? Siapa nak pantau? Macam mana nak pantau? Audit mechanism tu cukup ke? 

4-5 soalan keluar. Beribu bersarang di kepala.

Yong tak faham, kalau banyak syarikat tentu ramai CEO dan BOD. Banyak gaji tu! Belum lagi termasuk keperluan lain seperti fasiliti pejabat, etc. 

Modal besar. 

Siapa buat kerja nanti? Outsource? Siapa dapat contract dari outsourcing? 

Jawapan bertulis, kata MB.

********************

Paling Yong tak faham mengapa PKR (khususnya team Azmin) sangat sukar untuk memberi kata putus tentang hubungan PKR dengan PAS. Ada kaitan dengan  DEIG ke?

Tanya jer. Takkan tanya pun tak boleh.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena